Tanggal 26 Disember 2004 kekal dalam ingatan penduduk Kuala Muda

KUALA MUDA - Tanggal 26 Disember 2004 pasti menjadi ingatan kekal kepada penduduk di sekitar Kota Kuala Muda, Kedah berikutan gelombang tsunami yang meranapkan 10 kampung, sembilan tahun lalu. Ombak besar yang tercetus akibat gempa bumi kuat di perairan Sumatera, Indonesia itu turut melanda Thailand, India, Sri Lanka, Maldives, Myammar dan meragut ribuan nyawa.
Di Malaysia, selain Kota Kuala Muda yang terjejas teruk, pesisiran pantai Pulau Pinang, Perlis dan Selangor turut merasai gelombang tsunami dengan angka kematian dianggarkan 45 orang. Tsunami yang mencapai ketinggian enam meter itu menyusuli gempa bumi berskala 8.9 skala Richter, dikatakan paling kuat dalam tempoh 40 tahun.
Menceritakan kembali detik hitam berkenaan, penduduk Kampung Masjid, Yusoff Yahya, 72, berkata, sekurang-kurangnya 11 orang maut di Kota Kuala Muda yang kebanyakan dari Kampung Kepala Jalan. “Semasa itu, saya baru selesai mandi dan persiapkan diri untuk ke majlis perkahwinan tidak jauh dari rumah lebih kurang jam 1 petang.
“Sekali pandang ternampak gelombang air putih dari laut yang tingginya melebihi pokok kelapa,” katanya kepada Sinar Harian. Menurutnya, ramai yang kehairanan menyebabkan kebanyakan penduduk meluru ke tepi laut untuk menyaksikan dengan lebih dekat fenomena yang berlaku.
“Dalam sekelip mata, ombak besar yang membawa limpahan air sudah sampai ke kaki menyebabkan penduduk lari lintang pukang menyelamatkan diri, ada yang menjerit, ada yang menangis dan tidak kurang yang mendukung anak atau bayi masing-masing,” katanya. Lebih kurang 1,000 rumah membabitkan 5,000 penduduk di perkampungan nelayan itu ranap manakala sebahagian lagi rosak akibat dinding hilang, bumbung tercabut dan harta benda seperti kereta, motosikal dan perkakasan rumah kesemuanya hanyut ataupun rosak diseliputi lumpur. sumber:sinar harian
Ranking: 5

{ 2 comments... read them below or add one }

HAMBA ALLAH said...

SAYA CUCU KEPADA YUSUFF YAHYA, INGIN MEMAKLUMKAN BAHAWA BELIAU TELAH MENINGGAL DUNIA PADA RAMADHAN KALI INI, SEMOGA DITEMPATKAN BERSAMA ORANG² YANG BERIMAN.


April 22, 2023 at 5:01 AM
HAMBA ALLAH said...

HAMINAH TELAH KEMBALI KE RAHMATULLAH PADA BULAN 9 TAHUN LEPAS


April 22, 2023 at 5:02 AM

Post a Comment

Koleksi Banjir Di Kemaman Dan Kuantan 2013

 
© Gi Mari Gi Mari All Rights Reserved