'Ya, saya kagum Khomeini, tapi bukan Syiah'
Timbalan
Presiden PAS Mohamad Sabu mengakui kagum dengan kepimpinan bapa
revolusi Iran Ayatullah Khomeini serta pemimpin Lubnan Hassan Nasrallah.
Bagaimanapun beliau tetap menafikan mengikuti fahaman Syiah.
"Dakwaan kagum dengan Khomeini, saya ucap terima kasih.
"Saya memang kagum dengan kepimpinan Khomeini kerana dia seorang pemimpin yang boleh bawa orang Islam berdiri sendiri.
"Saya juga kagum dengan Hassan Nasrullah," kata beliau dalam kenyataan ringkas hari ini.
Mohamad yang lebih dikenali dengan nama Mat Sabu turut menyatakan akan menyerahkan isu tersebut untuk diteliti peguamnya.
sementara itu
Saifuddin dalam tulisan di Twitter berkata, beliau juga mengagumi Khomeini, dan juga tokoh revolusi lain seperti tokoh anti-apartheid Nelson Mandela, pemimpin gerila Bolivia Che Guevara, dan pejuang kebebasan India Mahatma Gandhi.
"Saya kagum Mandela, Che Guevara, Ghandi, Mother Theresa. Adakah bermakna saya Kristian, komunis, Hindu?
"Saya juga kagum Khomeini. Adakah saya Syiah?," tulisnya.

{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment