Jadilah pengguna Simkad ToneExcel sekarang!
NOM LAMA ANDA BOLEH DIKEKALKAN
Simkad yang membantu menjimatkan duit anda
Simkad yang memberi duit sampingan kepada anda.

Subhanallah! Mayat Wanita Solehah Harum Walaupun Sudah 19 Tahun

Subhanallah! Mayat Wanita Solehah Masih Elok Harum Walaupun Sudah 19 Tahun Dikebumikan



Mayat seorang wanita di Tuban, Jawa Timur masih utuh dan mengeluarkan bau harum ketika kuburnya digali semula untuk dipindahkan, walaupun sudah 19 tahun dikebumikan di situ. kubur itu digali semula bersama 16 kubur lain dalam rangka perluasan masjid.

Jasad yang utuh tersebut adalah jasad Siti Masrinah, warga Kampung Penambang, Semanding, Daerah Tuban di Indonesia. Siti Masrinah yang dilahirkan pada 1913 itu meninggal dunia pada 1994 dan dimakamkan di kawasan perkuburan di Desa Bejagung

Menurut ahli keluarganya, semasa hidup Siti Masrinah merupakan seorang wanita yang sabar dan rajin beribadah. Dia juga menyayangi anak yatim dan tidak keberatan mendermakan sebahagian hartanya untuk membantu anak yatim dan jiran tetangga di kampungnya.







billyinfo.blogspot.com

Catatan Penghormatan untuk Ustaz Azizan Abdul Razak


Mohd Zuhdi Marzuki
Catatan Penghormatan Ustaz Azizan Abdul Razak

Ustaz Azizan Abdul Razak adalah sebuah nama besar dalam gerakan Islam di Malaysia, malah turut dikenali di kalangan pimpinan gerakan Islam di luar negara. Seorang yang hidup secara sederhana, suka bergurau tetapi sangat tegas dalam membuat keputusan. Sifat-sifat yang ada pada beliau, menjadikan setiap mesyuarat yang beliau hadiri menjadi hidup dan begitu bermakna. 

Dalam mana-mana mesyuarat yang beliau hadiri, beliau antara yang kerap memberi pandangan dan komentar. Pernah ketika aku menghadiri satu mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat, aku bertanya kepada Setiausaha Politik beliau, Saudara Muhammad Sanusi Md Nor, "Apa khabar Ustaz Azizan?". Kata Sanusi: "Kalau dia banyak cakap dalam mesyuarat tu, tandanya dia sihat".


Ketegasan beliau ini di bawa ke mana-mana sama ada semasa beliau berkhidmat sebagai Pensyarah di UKM sehinggalah terlibat secara sepenuh masa dengan PAS. Aku pernah mendapat pengkhabaran, beliau pernah menempelak Dr Yusof al-Qaradawi sewaktu sama-sama hadir mewakili PAS dalam persidangan gerakan Islam sedunia. 

Beliau menempelak Dr al-Qaradawi disebabkan beliau pernah menyebut PAS sebagai musta`jilun (golongan yang tergesa-gesa) dalam persoalan melaksanakan hukum hudud. Aku diberitahu, Ustaz Azizan bertanya Dr al-Qaradawi, adakah beliau benar-benar faqih dengan realiti Malaysia?, dan kalau beliau tidak faqih sepatutnya bertanyalah kepada PAS, bukannya ke datang Malaysia terus berjumpa dengan golongan sekular di dalam UMNO.

Aku mula mengenali Ustaz Azizan hampir 20 tahun yang lalu, ketika itu beliau dalam tahun-tahun terakhir berkhidmat di UKM. Ketika itu aku bertemu dengan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang untuk menyampaikan jemputan memberi pengisian ilmu kepada anak-anak muda yang bakal bertamrin. Tuan Guru Haji Abdul Hadi tidak dapat memenuhi jemputan, lalu beliau mencadangkan nama Ustaz Azizan. 

Ketika itulah aku mula mengenali nama Ustaz Azizan, salah seorang ulama yang mula berkecimpung sepenuh masa dengan PAS. Selepas bergraduasi, aku menjadi salah seorang ahli jawatankuasa Lajnah Tarbiyah dan Latihan Kepimpinan PAS Pusat, dan Ustaz Azizan adalah salah seorang anggotanya. Di kesempatan itulah aku semakin mengenali Ustaz Azizan dengan sifat-sifat yang dinyatakan sebelum ini.


Dalam mesyuarat-mesyuarat yang dihadiri bersama, Ustaz Azizan adalah kuat mempertahankan pandangannya, malah beliau begitu tegas dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan pengurusan kewangan. Beliau sering mengingatkan supaya 'ikut buku' ataupun sentiasa mematuhi peraturan-peraturan yang dibuat. Sebagai contoh katanya, "sekiranya enta berniaga, enta jangan sesuka hati beri anak enta barangan yang diniaga (seperti gula-gula dan lain-lain). Kalau mereka ambil, minta mereka bayar atau enta sendiri keluarkan duit enta untuk membayarnya". Ketegasan Ustaz Azizan itu, menyebabkan kadang-kadang berlaku ketegangan dalam mesyuarat, tetapi selepas selesai mesyuarat, Ustaz Azizan akan kembali ramah seperti biasa.


Bagi mereka yang tidak biasa dengan sifat-sifat Ustaz Azizan ini, pasti mereka akan terkedu pada permulaannya, tetapi setelah mengenali beliau barulah kita akan memahami tingkahlakunya. Demikianlah sifat-sifat Ustaz Azizan dalam berkecimpung sepenuh masa dengan PAS, sehingga beliau menjadi salah seorang pimpinan PAS yang sangat kritis dalam memberi pandangan dan membuat keputusan. Ustaz Azizan terlibat dengan organisasi PAS di peringkat tertinggi, iaitu Majlis Syura Ulama sehinggalah ke peringkat akar umbi kawasan dan cawangan. Beliau mula menjadi tulang belakang utama PAS di Kedah selepas pemergian Ustaz Fadzil Mohd Nor. Selepas kemenangan PAS di Kedah dalam PRU 2008, beliau dilantik sebagai Menteri Besar Kedah.


Sewaktu menjadi Menteri Besar Kedah, beliau menunjukkan kesederhanaan sebagaimana Mursyidul Am PAS yang menjawat jawatan Menteri Besar di Kelantan. Ustaz Azizan tidak mengambil elaun-elaun selaku pengerusi beberapa syarikat berkepentingan kerajaan negeri (GLC), malah memotong elaun Menteri Besarnya untuk diinfaqkan bagi kegunaan rakyat dan parti. Beliau tidak mendiami rumah rasmi MB, sebaliknya terus hidup di tengah-tengah rakyat bawahan di rumah yang serba sederhana. Cara beliau berpakaian juga sangat sederhana, dengan membeli pakaian-pakaian yang berharga murah sepertimana rakyat kebanyakan. Banyak sekali catatan mereka yang bersama-sama dengan Ustaz Azizan, melihat sendiri kesederhanaan beliau dalam kehidupan sehari-hari.


Ramai yang tidak menyedari bahawa Ustaz Azizan berpendidikan tinggi disebabkan kehidupannya yang seperti orang kampung. Ketika beliau mula menjawat jawatan Menteri Besar, ramai juga yang menyangka beliau berkelulusan sekolah pondok, bekas guru sekolah rendah dan lain-lain sangkaan. Bila diberitahu Ustaz Azizan adalah bekas pensyarah UKM dan berkelulusan sarjana dari University of Kent, United Kingdom, ramai juga yang terkejut. Beliau menguasai bahasa Arab dan bahasa Inggeris disebabkan pengalamannya hidup beberapa tahun di Mesir dan United Kingdom. Pengkhususan Ustaz Azizan adalah Shari`ah dan Perundangan Islam, di samping beliau mahir dalam Usul al-Fiqh. Dengan latar belakang tersebut, Ustaz Azizan sering menjadi kepercayaan Tuan Guru Haji Abdul Hadi untuk menyemak buku-buku yang ditulisnya sebelum diterbitkan.


Ketika aku menziarahi bekas Ketua Pemuda PAS, Ustaz Jais Anwar, di rumahnya di London sekitar tahun 2008, aku diberitahu bahawa Ustaz Azizan adalah salah seorang rakan karibnya. Ketika berbual tersebut, Dr Mahfuzd Mohamad yang ada bersama dalam rombongan itu menyatakan, bahawa selepas tamat pengajian di Universiti Azhar Mesir, mereka seramai empat orang mengambil keputusan tidak mahu kembali ke Malaysia. Sebaliknya mereka merancang untuk menyambung pengajian di United Kingdom. Keempat-empat sahabat itu ialah Ustaz Jais Anwar, Ustaz Azizan Abdul Razak, Dr Mahfuzd Mohamad dan seorang lagi bekas pensyarah UKM yang aku lupa namanya. Mereka berkelana ke UK dengan tiada sebarang biasiswa atau bantuan kewangan dari mana-mana pihak.


Mereka memulakan kehidupan mereka di UK dengan melakukan pelbagai pekerjaan termasuklah membasuh pinggan, menjadi buruh kasar keretapi, berniaga sate dan lain-lain. Bila mereka mempunyai kewangan, barulah mereka menyambung pengajian mereka di peringkat sarjana. Tiga orang dari mereka berjaya menamatkan pengajian di peringkat sarjana dan PhD, dan kembali ke Malaysia menjadi pensyarah di UKM dan UM. Manakala Ustaz Jais Anwar terus menentap di UK sehinggalah beliau meninggal dunia di sana. Aku diberitahu oleh Ustaz Jais dan Dr Mahfuzd, pengalaman mereka di sana menyebabkan mereka tidak begitu bergantung kepada orang lain dan berani untuk menyatakan pendirian masing-masing. Ustaz Jais Anwar yang merupakan menantu Dato Asri Muda, juga meninggal dunia dalam keadaan hatinya terus komit bersama dengan PAS.


Ustaz Azizan telah dijemput oleh Allah pada hari semalam 26 September 2013, meninggalkan jasanya yang begitu besar kepada anak bangsa yang pernah menuntut di UKM dan UIA, dan lebih utama lagi jasanya kepada masyarakat Kedah termasuk legasinya yang cemerlang dalam melaksanakan pentadbiran yang berhemah dan telus. Sudah barang pasti, jasanya kepada perjuangan Islam melalui PAS juga cukup cemerlang, sehingga beliau berjaya mengemudi PAS Kedah untuk menawan negeri Kedah dalam PRU yang ke 12. Semoga ALlah memayungi Ustaz Azizan dengan rahmatNya dan mengampunkan dosa-dosanya, agar ia ditempatkan bersama-sama dengan para anbiya', siddiqin, shuhada' dan salihin. Semua kita akan pasti melalui detik itu, yang berbeza ialah sama ada kita akan mati dalam perjuangan meninggikan kalimah Allah atau tidak.
 

Ciuman Terakhir Buat Almarhum TS Ustaz Azizan

Pejuang Hebat!!! Bekas Imam Masjid Al-Aqsa Berikan Ciuman Terakhir Buat Almarhum TS Ustaz Azizan.. Jom Saksikan!!!

Sheikh Mohd Mahmood Siyam rakyat Palestine adalah Bekas Rektor Universiti Islam Gaza Palestine, Bekas Imam dan Khatib Masjid Al-Aqsa, Palestine tidak ketinggalan memberi penghormatan kepada rakan seperjuangan menegakkan islam di bumi Allah.

Tuan Guru Haji Salleh Musa , tokoh ulama pondok Kedah
Beliau sekarang hidup dalam buangan dan menetap di Yaman, merupakan salah seorang Ahli Majlis Syura' Al-Quds (Yayasan Pembebasan Al-Quds) yang diketuai oleh Ulama' besar Sheikh Yusof Qhardawi.Beliau juga adalah ketua dewan ulamak palestine

Sementara itu musrsyidul am PAS Tuan Guru Haji Nik Aziz pula mengucapkan takziah kepada kelurga almarhum.

“Beliau seorang pemimpin yang banyak berjasa kepada rakyat dan negara,” ujarnya dalam satu kenyataan.

“Saya berhajat benar untuk menziarahi beliau sebelum ini, tetapi disebabkan masalah kesihatan, niat itu tertangguh. Termasuklah ketika Multaqa Ulamak baru-baru ini saya berhasrat hadir dan berniat untuk menziarahinya. 

“Namun, Allah mentakdirkan ia tidak berlaku disebabkan kesihatan saya. Saya mendoakan semoga rohnya dirahmati Allah SWT dan ditempatkan bersama orang yang beriman dan para solihin,” ujarnya


sumber:klik

Al Fatihah l VIDEO Penghormatan Terakhir Buat Allahyarham Ustaz Azizan l 26 sept 2013

Al Fatihah l VIDEO Penghormatan Terakhir Buat Allahyarham Ustaz Azizan l 26 sept 2013


Pulau Baru dikesan selepas gempa bumi di Pakistan September 2013

Gempa berkategori kuat dengan magnitud 7.8 telah menggegarkan daerah terpencil Awaran di wilayah Balochistan pada tengah hari 24 September turut dirasai sejauh New Delhi, ibu kota India yang terletak 1,200 kilometer, namun tiada kerosakan atau kecederaan dilaporkan di sana

Menurut seorang pegawai wilayah, Setiausaha Dalam Negeri Tambahan Baluchistan, Zahid Maqsood meletakkan angka kematian kepada 210 orang dan 375 cedera, sementara seorang jurucakap kerajaan wilayah, Jan Mohammad Bulaidi, meletakkan angka kematian kepada 216 orang

pulau baru muncul di pakistan selepas gempa bumi kesan gempa bumi di pakistan 2013 muncul pulau baru

Kelihatan sebuah pulau kecil muncul berhampiran Pelabuhan Gwadar di Laut Arab selepas gempa bumi melanda Awaran, Baluchistan

pulau baru muncul di pakistan selepas gempa bumi 2 kesan gempa bumi di pakistan 2013 muncul pulau baru

Pada masa sama pihak berkuasa Pakistan menyiasat sama ada gempa bumi kuat mewujudkan sebuah pulau baru di luar pantai selatan negara itu

Ketua pengarah Jabatan Meteorologi Pakistan, Arif Mahmood, berkata saksi melaporkan sebuah pulau kecil muncul berhampiran Pelabuhan Gwadar di Laut Arab dan boleh dilihat dari pantai


Al Fatihah....semoga rohAllahyarham Ustaz Azizan ditempatkan disisi orang beriman. Amin.

Alfatihah ...
أعوذُ بِاللهِ منَ الشَّيطاَنِ الرّجيم
بِسْمِ اللهِ الرَّحمنِ الرَّحِيْم
أَلحَمدُ لِلّه رَبِّ العَالَمِين..
ألرَّحمَنِ الرَّحِِيم..
ملِكِ يَوْمِ الدِين..
إيّاكَ نَعبُدُ وَ إيّاكَ نَستعِين..
إهدِنَا الصِّرَاط المُستَقِيم.
صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ

Al-FATIHAH : Tan Seri Ust Azizan Razak telah menghembuskan nafas yang terakhir paad jam 11.10 pagi di wad ICU Hospital Sultanah Bahiyah.

Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan segala amalan, dan jasa perjuangan beliau dikira sebagai amal soleh. Insya Allah.

Doakan untuk kesihatan Ustaz Azizan-doktor masih terus berusaha

Doakan untuk kesihatan Ustaz Azizan


KUALA LUMPUR: Kesihatan bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak yang sebelum ini agak stabil, mula merosot sejak jam 3.30 pagi tadi.

Keadaan itu dilihat melalui bacaan tekanan darahnya yang mula menurun, selain kadar jantungnya yang juga perlahan.

Ketika bercakap kepada Harakahdaily, setiausahanya, Muzaini Azizan berkata ruang wad Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar yang menempatkan Azizan juga dipenuhi ahli keluarga dan pimpinan PAS Kedah.

"Ketika ini ruang wad dipenuhi dengan keluarga dan pimpina Kedah yang bersama-sama membacakan surah Yasin. Biarpun demikian, doktor masih terus berusaha," kata beliau lagi.

Hujung bulan lalu, Azizan menunjukkan perkembangan positif apabila doktor mula menukar tiub pernafasan, selain mula bersuara biarpun masih perlahan.

Ustaz Azizan, 69, yang juga bekas Pesuruhjaya PAS Kedah dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang (HPP) selepas mendapat jangkitan kuman di kaki dan menerima rawatan di Kedah Medical Centre (KMC) pada awal Mei lalu.

Bagaimanapun kedua-dua belah kakinya terpaksa dipotong pada 9 Mei lalu di HPP akibat jangkitan kuman

sumber:harakahdaily

Ustaz Azhar Idrus"ustak injin kaca niii"

Ustaz Azhar Idrus komen untuk zizan rajalawak tiru gaya ustaz,
"ustak injin kaca niii"

Bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya, Chin Peng meninggal dunia

Chin Peng meninggal dunia di Bangkok
BANGKOK: Bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya, Chin Peng meninggal dunia akibat sakit tua pada jam 6.20 pagi di sebuah hospital di Bangkok, lapor Bangkok Post.

Beliau yang tinggal dalam buangan di Thailand dan tidak dibenarkan untuk kembali ke Malaysia.

Chin Peng mengetuai pemberontakan gerila PKM dan berjuang menentang British dan tentera Komanwel untuk menubuhkan sebuah negara Komunis bebas.


Read more at:>>>>>>

Dr Maza Vs Fathul Bari:Islam versi siapa?”

Lagi pedas Dr Maza bantai Fathul Bari
sumber:tranungkite online

"Hari ini Fathul bari menjawab kontroversi “Barang Naik Ketentuan Allah” seperti yang disiarkan sebelum ini di sini.

Nampaknya perbahasan ini diteruskan lagi oleh mereka. Dr Maza membuat tweet di akaun beliau dengan memaparkan keratan jawapan Fathul Bari di TMI

“Apa dalil cukai? Apakah dlm Islam kerajaan hnya mengambil, x boleh mmberi?! Islam versi siapa?”


DrMaza_FathulBari1

Seterusnya Dr maza bantai dengan ayat lebih pedas dengan menulis…

“Org yg stiap bln meraih wang rakyat 15k mmegang jwtn atas ksetiaan politik mmg sedap bela & ckp ‘smuanya takdir Allah’.”

DrMaza_FathulBari2

Lebih baik mereka berdua adakan perdebatan, boleh balas-membalas secara ‘direct’, barulah seronok. Namun begitu jangan harapkan sangat dengan Fathul Bari. Sebelum ini Sinar Harian dah nak mempertemukan mereka di satu pentas, akhirnya ulamma Umno tu tak juga muncul-muncul juga!!

Terbaik Dari Apple iPhone 5S - Camera

iphone 5s

Kamera iPhone 5S didatangkan dengan Aperture sebesar besar f/2.2 dan sensor lebih baik dan 1.5μ piksel untuk gambar kurang cahaya lebih baik. Penambahbaikan ini, bersama-sama dengan cip ‘image signal’ ciptaan Apple di dalam A7 membuatkan auto fokusnya dua kali lebih pantas, mengambil gambar dengan lebih cepat serta ‘automatic stabilization’ untuk gambar dan video.

Selain itu, iPhone 5s kini menggunakan dua LED flash yang berbeza diberi nama 'True Tone'. yang merupakan teknologi yang pertama di dunia. Flash pada bahagian belakang tersebut akan mengubah kombinasi warnanya mengikut suasana dan menghasilkan gambar yang lebih natural dan tidak flat seperti kebiasaaannya jika anda mengambil gambar menggunakan flash. iPhone 5S juga mempunyai beberapa fungsi kamera seperti Burst Mode dan rakaman slow-motion HD 720p dengan 120fps. 
 
 

Dunia Terbalik???

Dunia Sudah Terbalik


SIAPA mAU nAIK ini Bas

pemandu yang paling ?????


Pelancaran tabung untuk keluarga Ustaz Taufik

Assalamualaikum
Pelancaran tabung untuk keluarga ustz Taufik yg isteri & 3 anaknya meninggal d tpt kejadian hari ini dlm kemalangan ngeri d teras jernang.

Sumbangan sahabat semua diharap dpt meringankan beban yg alami beliau. 
Sila maklum kpd pn Hamsatul 012 2733145 sekiranya telah bank in sumbgn. No akaun Ikatan Melayu Prihatin BIMB 12029010044047 atau Maybank: 562834611259 atas nama DEWAN MUSLIMAT PAS KAWASAN SERDANG.

Terima kasih. Hanya Allah yg mampu membalas pengorbanan tuan/puan ini.
 
sumber:fb PemudaGombak.com

Tengok JEEEEE,JangAn KomPLEN

Tengok JEEEEE,JangAn KomPLEN


A. Samad Said: Saya cari gelaran akhirat

A. Samad Said
A. Samad Said: Saya cari gelaran akhirat


Pesta Bola Merdeka 2013 l Skuad bawah 23 tahun kebangsaan mara ke final

Pesta Bola Merdeka 2013 l Skuad bawah 23 tahun kebangsaan mara ke final


Dr MAZA l Agama Bukan Candu UTK menggula-gulakan orang bawahan

Dr Maza l Sedutan Khutbah l ketirisan ekonomi! rakyat menanggungnya
Agama Bukan Candu UTK menggula-gulakan orang bawahan!!


RAFIZI RAMLI BUAT MENTERI 2 UMNO PANAS !!! LAGI !!!

Pengarah Strategi PKR, YB Rafizi Ramli berkata, ada hampir 70 menteri dan timbalan. Setiap menteri ada hampir lima pegawai, menjadikan jumlah mereka seramai 350 orang.
"Jika setiap orang diberikan elaun petrol RM1,000 selama sebulan, ia akan menjadi RM350,000 dan untuk tempoh setahun kerajaan perlu mengeluarkan RM4 juta untuk mereka.


"Jika elaun ini dipotong, ia dapat membantu kerajaan untuk perkara lain yang lebih bermanfaat kepada rakyat, ini juga akan mengajar mereka supaya lebih berhati-hati dalam merancang perjalanan dan program mereka." katanya kepada Sinar Harian, pada Rabu.
Beliau berkata, sudah tiba masanya semua menteri sama-sama merasai bebanan yang ditanggung rakyat kesan daripada kenaikan harga minyak.

"Bukan hanya elaun, malah banyak majlis-majlis kerajaan dilihat lebih bersifat membazir.
"Tidak perlu ada lagi tajaan bas, trip bercuti ke luar negara dan banyak lagi. Sekarang, kerajaan perlu berjimat, bukan rakyat," katanya.


Rafizi berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak perlu telus untuk membentangkan apakah program yang boleh mengurangkan pembaziran wang negara.
"Kerajaan perlu tampil memberitahu rakyat mengenai program tersebut. Jangan hanya menyalahkan rakyat.


"PKR juga sudah ada program untuk disyorkan kepada rakyat bagi mengelakkan pembaziran, seharusnya kerajaan juga harus begitu, mengutamakan rakyat dan bukannya menteri atau kroni," katanya.

Seloka Naik MINYAK hARGA mINYAK

Seloka Naik MINYAK hARGA mINYAK


Seloka Naik MINYAK hARGA mINYAK

Kisah 20 sen je...

kisah benar dari seorang sahabat fb

Kisah 20 sen je...


Masuk2 opis, termenung skjap..muhasabah diri sbentar. Sayu mengenangkan kejadian sebentar tadi..Bersyukur atas nikmatMu. Alhamdulillah..Kalau kita terasa susah, ada lagi yang lagi sus
ah. Dan mereka tak pernah merungut, kerana mereka tahu, rungutan mereka tidak akan kemana..Allahhurabbi..

Tiap pg,sblum sampai opis, akn sy berhenti beli nasi lemak di simpang tak jauh dari rumah sewa. Pelanggan tetap pcik tu kononnye (^_^) dan sy pasti akan muncul di sekitar jam 6:30pg. Dan setiap kali berhenti membeli, setiap kali itulah juga anak kecik bernama Ashraf berusia 9 tahun akn membeli nasi lemak di gerai yg sama dgn lengkap berpakaian sekolah. Setiap kali kami membeli diwaktu yg sama, akn sy byrkan nasi lemak yg adik ini mahukan. Pd sy,apalah sgt harga Rm1.50 untuk dikongsi bersama adik comel ni.. Dan dlm kesayuan suaranye, dia tak putus2 ucapkan terima kasih.Mungkin inilah peluang yang Allah berikan utk sy bersedekah. Pernah sy bertanya pdnya, berskolah dimana, awalnye keluar berjalan kaki ke sekolah dimana tinggal dan sbagainye. Katanye, dia bersekolah agak jauh, 25-30 minit berjalan kaki, sbb tu kena keluar awal. (terkenang anak2 sedara dirumah yg sebaya dgn Ashraf, semuanye serba tersedia, walaupun tidaklah semewah mana,tp lbh beruntung dari adik ini..Kesian adik ini..)
Setelah hmpir 3 minggu berulang alik dari umah Ayah Bonda di Kajang (masih dlm mood raya kononnye), maka 3 minggu jugalah sy tak membeli nasi lemak pcik dan tak berjumpa dgn Asyraf. Hinggalah pagi ni, sy memulakankan kembali rutin membeli nsi lemak pcik. Tapi, sy pelik kenapa Asyraf terus berjalan tanpa berhenti di kedai pakcik mcm selalu..sy belikan sebungkus dan sy berhentikan kereta sy disebelah Ashraf.

Jiha: Ashraf~~!! akak tggu ashraf td. knape x beli nasi lemak? dah boring nsi lemak pcik? (cuba bergurau). Nah akak belikan satu.
Ashraf: eh, kak jiha..lama x nmpak.trima ksh byk2 kak. Ashraf igt k.jiha dah pindah. bukan dh boring.Tapi..(muka sayu)
Jiha:ehh..nape mcm sedih je tiba2 ni..jom akak hntr p skolah nk?? (setelah 2-3 kali sy bertnya, barulah adik ini bersuara)
Ashraf: Ashraf tak ada duit nk beli. Sbelum ni mak bagi RM1.50 sehari utk sekolah pagi dan petang,blhla Ashraf beli.Tp, minggu lps mak terpaksa potong duit belanja sebab ayah sakit. Mlm td mak potong lagi sebab mak kata minyak naik, mak perlukan duit lebih untuk tambang ke tempat kerja. Ashraf ada RM0.80 je kak jiha.Takpe la, Ashraf beli karipap je disekolah nnt. Ashraf tak boleh tumpang kak jiha..mak pesan jgn tumpang org.Jangan susahkan org. Nnt mak marah. (sayu dn jujur ank kck ni bercerita. ku tahan air mata dr meleleh mendgr ceritanye )

Puasku pujuk utk hntr ksekolah, akhirnye dia beralah..Ye, mmg jauh sekolahnye. PJS7 ke Kampung Lindungan..Gigihnye die berjalan kaki kerana ilmu. Tanpa menghiraukan bahaya diculik dan bahaya dilanggar kereta sewaktu melintas jalan besar. Gigih juga anak ni bersekolah dari seawal 6:30 pagi hingga 6 petang setiap hari hanya dengan berbekalkan sebungkus nasi lemak..Ya Allah.. (T_T) Dan isu minyak, bkn kita shj yang terkena kesan dari kenaikan harga yg HANYA 20sen tu, tp juga ank2 kecik yg tak tahu apa2 ni..kerana mereka bkn dari keluarga yg senang (org senang merasakan 20 sen tu hanyalah dicelah gigi shj). Tapi bagi org2 yang tak berkemampuan, kerana 20sen, mereka tak mampu lagi utk membeli brg2 asas dan mknan seperti biasa. Dari nasi lemak terpaksa bertukar kepada sekeping karipap satu hari...
Inilah nilai duit 20 sen yg menteri kita kata itu pun nk bising. ..20 sen jer pun...

Kesan Dari Kenaikan Minyak Petrol dan Diesel

Sedutan Filem Anakku Sazali:-

Sazali: Jam sudah pkl 1..Bapak blm tdo lg?

Bapak: Aku br pulang dari isi minyak
Sazali..tahukah k0 harga minyak naik 20 sen..?

Sazali: Apa Sazali peduli Bapak..20 sen shj..sekali Sazali petik berliter liter minyak ron 95 Sazali dpt Bapak taw!

Bapak: "Paaaang"(bnyi penampar) kurang ajar..anak x kenang budi..patutlah k0 x hairan dgn kenaikan harga minyak..anak x tahu malu..

Sazali: Bapak yg bersalah dlm soal ini..Bapak membesarkan Sazali dgn duit BR1M yg diberi kerajaan sewenang wenangnya..Yang bapak tau sebut hanyalah..Najib..Najib..dan Rosmah..Hidup mati bapak hanyalah untuk Umno dan Barisan Nasional..Sehingga Bapak mendakwa darah Bapak Cap Keris bendera Umno...Sekarang sudah terlewat bapak..Bapak dan penyokong bapak lah yang bertanggungjawab memberikan undi kepada Umno dan BN sehinggakan mereka sewenang-wenangnya melakukan apa yang mereka suka termasuklah menaikan harga minyak..Sekarang rasalah apa yang bapak pangkah...!

Bapak : Sudahlah Sazali..aku nak tido..mulai hari ini jgn k0 pinjam kereta Bapak kerna minyknya sudah penuh kuisi..

Minyak Naik Lagi l Rintihan Rakyat Tertindas

Minyak Naik Lagi l Rintihan Rakyat Tertindas


Tahniah Rakyat Malaysia kerana membantu Barang Naik

Tahniah Rakyat Malaysia kerana membantu Barang Naik


TIPS - Sekiranya telefon bimbit anda masuk air

TIPS - Sekiranya telefon bimbit anda masuk air
Sekadar untuk berkongsi tip. Sekiranya telepon bimbit anda terjatuh dalam air ataupun terendam..
Switch off kan kemudian peram dalam beras tidak kurang dari 24 jam. Insyaallah, telefon anda akan berfungsi kembali tanpa perlu membuang duit kos service atau repair.
Percaya atau tidak, ianya telahpun saya  lakukan untuk dua jenis telefon iaitu sony Ericson dan Motorola yg jadi mangsa banjir baru baru ini.
Telefon Motorola saya dahpun ke kedai dan tunggu spare part kata pekerja kedai tu… saya amik dan peram dalam beras walaupun dah seminggu masuk air… Alhamdulillah semalam, ianya berfungsi seperti sediakala…
Ironinya beras itu panas dan mampu mengeringkan air didalam telefon bimbit tersebut… Wallahualam…
Teori yg diguna pakai untuk peram buah dlm beras supaya cepat masak….
Tips ini saya dengar dalam radio minggu lepas…

Koleksi Banjir Di Kemaman Dan Kuantan 2013

 
© Gi Mari Gi Mari All Rights Reserved