Kejadian berlaku kira-kira 3 pagi, apabila bas eskpres tersebut yang dalam perjalanan dari Kelantan menuju Johor Baharu dikatakan cuba mengelak dari melanggar seekor babi yang sedang melintas jalan.
Ketua Polis Daerah Kemaman, Che Suza Che Hitam berkata ekoran itu pemandu bas tersebut yang berusia 54 tahun gagal mengawal basnya lalu merempuh penghadang jalan sebelum bas itu terbalik ke dalam tebing sedalam tiga meter.
"Ketika kejadian, jalan agak basah selepas hujan dan akibat mahu mengelak itulah, menyebabkan bas berkenaan menggelongsor di bahu jalan lalu terbalik," katanya kepada Bernama.
Beliau berkata lapan penumpang cedera ringan dan dihantar ke Hospital Kemaman manakala pemandu bas berkenaan turut cedera ringan. - Bernama
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment