Keseluruhan mangsa banjir di seluruh Terengganu turun kepada 1,018 orang daripada 270 keluarga setakat 12 tengah malam tadi.
Showing posts with label banjir. Show all posts
Showing posts with label banjir. Show all posts
Home > Posts filed under banjir
Share jika suke: Sebuah catatan buat Unit Amal Se-Malaysia-Hok tengoh panah dering tu..tari ngat-ngat atas pale
Sebuah catatan buat Unit Amal Se-Malaysia-Hok tengoh panah dering tu..tari ngat-ngat atas pale.dari rakan fb:Naraza Muda
Heran sungguh aku dgn puok ni.. Berape sen puok ni disogok
Ada sokmo mane-mane. Hok tengoh malam tu aku dok heran. Hok tengoh panah dering tu..tari ngat-ngat atas pale.
Tak dok pulok gong dengan pakat. Ade pakat kedok dok tahu puok ning. Peluh rejap kerut dahi puok RELA nye ada upoh. Bulih kire kak loh. Hok ni gok...huh.
Aku ada sembang jugok dengan puok ni. Nengun molek kene sutir dua ayat. Nok nangis natang aku ni malu kediri. Rajin jugok lah puok ning royak tugas 4-5 jam air setenguk pun tak dop, mentelah lagi nasi bungkus.
Tu pun ada jugok peminpin hok gong ..tengok unit amal jaga jalan panas dering untuk mereka jugok, tapi haram dok pin...menteloh lagi nok angkat tangan, jauh bangat nok senyum mewek.
Sampai bak kesoh banjir baru ni aku belinang jugok air mata. Hok aku dengor, hok aku tengok dengan mata aku.
Memang payoh nok royak kokrang.
Hok aku dengor....ada lah geng amal ni gi basuh rumah Jkkk yg penuh dengan seluk. Berjam-jam puok ni wak keje dengan sungguh. Tuan rumoh dok tahu lah aku ye tawor air ke dok. Rase dok. Sebab semua peralatan punoh ranoh habis. Nok rebus air guane.
Unit amal ni buat kerja sungguh ti. Habis tikor getohnye selok. Tikor getoh ni mu tahu aaa..dang nye lama gok angkat je nye jadi cam sekut kering cicoh kopi..patoh
Mudah base gok punoh ranoh habis lah. Dok selok seluk banyok bawah. Aku dok tahulah guane perasaan tuan rumoh tu..jkkk pulok. Pesengan tunjuk muka seposen tengok tikor getoh ye punoh.
Puok amal ni habis siap molek basuh rumah tu..puok ni bisik same diri. Masa nok balik tuan rumoh tanye berape upoh...saloh sorang dari puok ni royak ke tuan rumoh yang khidmat mereka ni adalah kerana Allah. Lalu lah ada siket senyuman di muka tuan rumah dan hok ganas lagi puok amal tadi siap hulur ..." pok cik! Ni ada siket pitih hok kami kutip sama kami untuk pok cik beli tikor getoh baru.....
SEBARKAN "JOM OPS BERSIH 5" Bersih Kemaman-SEGERA-JUMAAT INI-BESOK
PAS Arah Semua Jentera Jayakan “Ops Bersih 5” Parlimen Kemaman
Arahan Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang itu disampaikan oleh Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayob ketika beliau menziarahi mangsa banjir di beberapa lokasi dekat sini.
Salahuddin telah singgah dan bertemu dengan penduduk di Taman Sri Pauh, Surau Kampung Jaya Batu 21/2 dan Taman Fikri 2 Chukai, pada semalam Rabu 11 Disember.
Operasi membersih besar-besaran itu akan berlangsung selama tiga hari bermula Jumaat hingga Ahad dan melibatkan seluruh DUN yang terlibat dengan musibah banjir.
“Diminta kepada seluruh petugas-petugas Unit Amal dan sukarelawan PAS yang lain untuk turun secara besar-besaran ke Kemaman bermula pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad ini, untuk menjayakan operasi “Ops Bersih 5” yang meliputi empat Dun dan satu Parlimen.
“Saya sebagai Naib Presiden telah menerima arahan dari Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang untuk mengumumkan supaya petugas-petugas amal (Unit Amal) dan sukarelawan parti (PAS) dan mereka-mereka yang berkesempatan untuk hadir besar-besaran ke Kemaman dengan membawa pelbagai peralatan penting dalam kerja-kerja pembersihan,” tegasnya.
Bercakap pada siding medianya di Bilik Gerakan Operasi Banjir PAS Kemaman sebelum itu, beliau berkata, PAS menetapkan tiga prosedur operasi yang dinamakan 3M iaitu “Menyelamat, Melegakan dan Membaik-pulih”
Operasi tahap ketiga itu menurutnya adalah untuk membantu membersihkan rumah-rumah dan kawasan yang ditimpa bencana banjir serta mebaik [ulih sebarang kerosakkan.
“PAS Pusat mengambil tanggungjawab sepenuhnya untuk membantu meringankan kesan dari banjir yang melanda daerah Kemaman.
“Saya harap arahan ini dapat dilaksanakan secepat mungkin dan operasi bermula pada hari Jumaat (13 Disember) jam 8.00 pagi. Para petugas diminta melaporkan diri di Pejabat PAS Kemaman,” jelasnya dan menambah arahan akan dipanjangkan melalui Pesuruhjaya-pesuruhjaya PAS setiap negeri.
sumber:buletinonline
Pasca Banjir Di Kemaman
Agihan bantuan & gotong royong pembersihan rumah penduduk di Kemaman.
Sama-sama kita bantu ringankan beban mereka.
Sama-sama kita bantu ringankan beban mereka.
Banjir: Jom Derma mangsa banjir di DUN RANTAU ABANG
diharapkan.Kepada para penyumbang boleh memberi sumbangan melalui...
1. MAYBANK - 163091056151 ( AHMAD FAUZI BIN ALI )
Ketua Lajnah Kebajikan PAS DUN Rantau Abang Dungun
2. BIMB -MTD PAS RANTAU ABANG
Pemegang Amanah :-
130440-100-24711
JAMALUDDIN ISMAIL : 019-9836202
HJ ANUAR ABU BAKAR : 019-9562190
Sila nyatakan jumlah kepada penama diatas untuk sebarang sumbangan."BERKAT UNTUK SEMUA" "INFIRU"
sumber fb Penerangan R Abng
Banjir di Kemaman semakin buruk 05/12/2013
Beberapa kawasan termasuk Kampung Bukit Mentok dan Pengkalan Pandan mendapati penduduk kawasan itu telah meninggalkan kediaman masing-masing kerana kebanyakan rumah mereka ditenggelami air hingga ke paras bumbung.
Seorang penduduk Bandar Baru Bukit Mentok, Norita Abdul, 38, menyifatkan banjir tahun ini lebih ganas berbanding sebelumnya hingga sebahagian kawasan didiaminya tenggelam dek banjir besar.



















