kita nilaikan dulu l ustaz kazim elias l SAYA BUKAN POLITICIAN l kalau Saya hanya mahu jawatan

kita nilaikan sendiri isu terkini ustaz kazim elias l SAYA BUKAN POLITICIAN l Saya hanya mahu jawatan

Ahli Kumpulan Tuhan Harun l Kes bunuh Ahmad Raffli selesai


DI dalam kereta inilah ditemui pistol semi-auto dan peluru yang digunakan untuk menembak mangsa semasa kenderaan itu dirampas di Taman Setiawangsa, Kuala Lumpur, semalam


KUALA LUMPUR 29 Nov. - Selepas 19 hari kes pembunuhan Ketua Penolong Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Ahmad Raffli Abdul Malik pada 10 November lalu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akhirnya berjaya menyelesaikan kes itu selepas menahan 13 ahli kumpulan Tuhan Harun termasuk dua wanita, hari ini.

Kejayaan itu dimaklumkan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar melalui Twitter beliau pada pukul 7.30 malam ini.
Katanya, susulan penahanan itu, pihaknya turut merampas sepucuk pistol daripada kumpulan terbabit.

Beliau ketika dihubungi malam ini bagaimanapun enggan menyatakan sama ada senjata itu digunakan dalam kejadian tersebut.
"Tahniah Tim Cantas Khas Bukit Aman berjaya merungkai kes bunuh Penguat Kuasa JAIP. Tangkap 13 orang dan pistol dirampas.
"Kejayaan membanggakan oleh Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (Stafoc), PDRM. Tahniah sekali lagi. Antara 13 tangkapan, dua wanita ahli kumpulan Tuhan Harun Durjana," ujarnya seperti di dalam laman sosial berkenaan.

Sementara itu menurut sumber, pistol yang dirampas diperoleh daripada seorang suspek, Mohd. Rizairi Khamis @ Harry, 27, yang ditangkap di Taman Setiawangsa di sini pada pukul 6 petang.
Suspek dipercayai menjadi pembekal senjata itu, sementara seorang lagi yang merupakan bekas polis dipercayai adalah penembak dalam kes tersebut.

Bekas polis yang berasal dari Sabah berusia 39 tahun itu ditahan di Klang.
Pistol semi-auto berkenaan ditemui di dalam sebuah kereta jenis Honda Jazz berserta sejumlah peluru.
Pada 20 November lalu, polis memberkas ketua Tuhan Harun iaitu Harun Mat Saat dalam serbuan ke atas sebuah rumah di Bandar Baru Tangkak, Johor.

Turut diberkas dalam serbuan itu ialah seorang pengikut Tuhan Harun iaitu Nor Hairi Harun, 41, dan isteri ketiga Harun iaitu Azida Mohd. Zol, 30.
Dalam kejadian pukul 2.30 petang itu, Ahmad Raffli maut ditembak seorang daripada tiga lelaki berjubah hitam dan berkopiah di hadapan rumahnya di Indera Mahkota 2, Kuantan.

Mangsa mati selepas terkena tiga das tembakan yang dilepaskan oleh suspek dari jarak dekat

sumber: utusan

Pelajar Politeknik Sultan Mizan Dungun Maut Dilanggar Kereta


Seorang pelajar lelaki maut manakala rakannya parah bila motosikal yang mereka tunggangi dirempuh oleh sebuah kereta Proton Exora di persimpangan lampu isyarat di hadapan Politeknik Sultan Mizan, Dungun petang tadi.

Muhammad Asraf Hamdan, 18, yang membonceng motosikal mati ditempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan beberapa bahagian badan yang lain.
Semetara rakan mangsa, Muhammad Fadhil Deraman, 18, cedera parah dan kini dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.


Pemandu Proton Exora pula tidak mengalami apa-apa kecederaan.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Suspek samun duit amanah ikthiar maut kemalangan.

DTR aaw
~>NOta kaki.. kejadian yang dibayar cash.. bila dah jadi macam ni,takda siapa pun nak kesian.. Wallahualam..

Suspek samun duit amanah ikthiar maut kemalangan !

Satu kejadian samun telah berlaku semalam , pada pukul 12.30 tenghari di tepi jalan Kg Temin , Sungai Siput, Perak. 
Suspek merupakan 3 Lelaki Melayu telah menyamun seorang perempuan Melayu yang baru selesai mengutip duit amanah ikhtiar. 
Mangsa yang sedang memandu kereta proton saga BLM putih telah dihimpit kereta proton Wira yang dipandu suspek menyebabkan kereta mangsa berhenti.
Dua daripada Suspek yang berparang telah menyamun dan melarikan kereta mangsa setelah mangsa berjaya keluar dari kereta miliknya yang dirampas suspek. 
Kereta mangsa yang dilarikan suspek yang dinaiki 2 lelaki tadi kemudian telah bertembung dengan sebuah lori di selekoh kubur Kg Temin, akibat kemalangan itu seorang suspek mati di tempat kejadian . 
Seorang lagi mati di hospital kerana cedera parah manakala rakan suspek yang memandu kereta proton Wira menghilangkan diri.
@brotherssam
Suspek samun duit amanah ikthiar maut kemalangan !

Satu kejadian samun telah berlaku semalam , pada pukul 12.30 tenghari di tepi jalan Kg Temin , Sungai Siput, Perak. 


Suspek merupakan 3 Lelaki Melayu telah menyamun seorang perempuan Melayu yang baru selesai mengutip duit amanah ikhtiar. 


Mangsa yang sedang memandu kereta proton saga BLM putih telah dihimpit kereta proton Wira yang dipandu suspek menyebabkan kereta mangsa berhenti.
Dua daripada Suspek yang berparang telah menyamun dan melarikan kereta mangsa setelah mangsa berjaya keluar dari kereta miliknya yang dirampas suspek. 


Kereta mangsa yang dilarikan suspek yang dinaiki 2 lelaki tadi kemudian telah bertembung dengan sebuah lori di selekoh kubur Kg Temin, akibat kemalangan itu seorang suspek mati di tempat kejadian . 


Seorang lagi mati di hospital kerana cedera parah manakala rakan suspek yang memandu kereta proton Wira menghilangkan diri.


sumber:@brotherssam

Awassss:ROmpak pecah cermin tingkap kereta ketika isi petrol l 27/11/2013

ROmpak pecah cermin tingkap kereta ketika isi petrol..
Kejadian berlaku di Stesen Shell Jalan Bukit Tengah Bukit Mertajam pada 27/11/2013.
Sebarkan.. kejadian baru semalam..



SEMOGA ROHNYA DICUCURI RAHMAT ILAHI DAN DITEMPATKAN BERSAMA ORANG-ORANG YANG SOLEH.AMIN

ALFATIHAH(video)

ALFATIHAH-Ahmad Haziq Mohd Roodzi, mangsa kereta terjun sungai kerteh

ALFATIHAH

KEMAMAN – Pengguna laluan Jambatan Kerteh dan penduduk sekitar gempar apabila sebuah kereta Kia Forte yang dipercayai seorang lelaki terbabas di atas jambatan itu lalu terjunam ke dalam Sungai Kerteh kira-kira jam 5.30 petang, semalam.

Dalam kejadian itu, kereta berkenaan dalam perjalanan dari arah Kuala Terengganu menghala ke Kuantan sebelum disyaki hilang kawalan selepas melalui lopak air.


Berikutan itu kereta berkenaan melanggar penghadang besi tepi jalan dan batang paip sehingga paip di situ pecah sebelum terjatuh ke dalam sungai.

Ketika kejadian mangsa dipercayai baru pulang dari tempat kerja di Kawasan Perindustrian Petronas Kerteh menuju ke rumahnya di Bandar Baru Kerteh.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Che Suza Che Hitam berkata, kerja menyelamat dan mengeluarkan mangsa dan kereta berkenaan dilakukan dengan dibantu Unit Skuba dari Balai Bomba dan Penyelamat Chukai.

“Operasi mengeluarkan kereta mangsa dilakukan dengan menggunakan kren yang dibawa ke tempat kejadian,” katanya.

Selepas usaha mencari oleh unit skuba dilakukan, kereta mangsa dijumpai di dasar sungai yang berkedalaman 25 kaki pada jam 7 malam dengan mangsa masih berada dalam kenderaan itu dan keadaannya belum diketahui.

Jarak kenderaan itu dijumpai kira-kira 30 meter dari lokasi kereta tersebut terjunam.

Kereta mangsa berjaya dinaikkan kira-kira jam 8.30 malam selepas usaha menaikkan kenderaan itu dilakukan bermula jam 7.30 malam.

Mangsa, Ahmad Haziq Mohd Roodzi, 26, yang berasal dari Pulau Pinang didapati telah meninggal dunia dan masih berada di tempat duduk pemandu ketika kereta dinaikkan.

Dalam pada itu, nahas tersebut turut menyebabkan laluan berkenaan sesak sejauh kira-kira dua kilometer dari arah Kuala Terengganu menghala ke Kuantan.

sumber:sinar harian 


Terkini: lagi gambar Kemalangan kereta terhumbang dlm sungai kerteh


 Terkini: lagi gambar Kemalangan kereta terhumbang dlm sungai kerteh

Info
Kemalangan kereta terbabas dan terhumbang dlm sungai kerteh.
Jenis kereta : Kia Forte
No kenderaan : WVM 7119
Warna : Putih
Waktu kemalangan sekitar jam 0600 petang
Status mangsa : meninggal
Nama mangsa :
AHMAD HAZIQ BIN MOHD ROODZI
Umur : 27 tahun
Asal : Kepala Batas
Status terkini sehingga jam 0835 mlm...kereta telah berjaya dikeluarkan dari Sungai Kerteh





Terkini: lagi gambar Kemalangan kereta terhumbang dlm sungai kerteh

Pemancing dari Paka Meninggal Dunia Di Dalam Bot

Takziah Buat Keluarga Allahyarham Shafie

Allahyarham en Shafei Sari 53 tahun dari Paka meninggal dunia dalam boat fiber seorang diri semasa mengail ditengah laut,yb bersama kawan2 menggunakan bot laju utk membawa arwah kepengkalan marin kemaman....

Terkini: Kemalangan kereta terbabas dan terhumbang dlm sungai kerteh

Kedalam air dalam 25 kaki
Mangsa lelaki..maut
Kete kia forte...wvm7119
Ahmad haziq..org penang..contract staf petlin..baru balik keje.tinggal bandar baru kertih.sumber-ramzan 0199349505(kenalan)
Mangsa dlm pjalanan pulang dari tempat kerja.
Jam teruk dalam 2 kilometer
Jam 8.30 mlm kete dpt dinaikkan
Info
Kemalangan kereta terbabas dan terhumbang dlm sungai kerteh.
Jenis kereta : Kia Forte
No kenderaan : WVM 7119
Warna : Putih
Waktu kemalangan sekitar jam 0600 petang
Status mangsa : meninggal
Nama mangsa : Mohd Yazid
Umur : 27 tahun
Asal : Kepala Batas
Status terkini sehingga jam 0835 mlm...kereta telah berjaya dikeluarkan dari Sungai Kerteh
Kedalam air dalam 25 kaki
Mangsa lelaki..maut
Kete kia forte...wvm7119
AHMAD HAZIQ BIN MOHD ROODZI ..org penang..contract staf petlin..baru balik keje.tinggal bandar baru kertih.sumber-ramzan 0199349505(kenalan)
Mangsa dlm pjalanan pulang dari tempat kerja.
Jam teruk dalam 2 kilometer
Jam 8.30 mlm kete dpt dinaikkan

Info
Kemalangan kereta terbabas dan terhumbang dlm sungai kerteh.
Jenis kereta : Kia Forte
No kenderaan : WVM 7119
Warna : Putih
Waktu kemalangan sekitar jam 0600 petang
Status mangsa : meninggal
Nama mangsa :
AHMAD HAZIQ BIN MOHD ROODZI
Umur : 27 tahun
Asal : Kepala Batas
Status terkini sehingga jam 0835 mlm...kereta telah berjaya dikeluarkan dari Sungai Kerteh

 sumber:fbJkkk Fan Club

Sebuah Kereta Terjunam Di Jambatan Sungai kerteh,Kemaman,Trg

Sebuah kereta dipercayai terbabas dan terjunam ke sungai dari jambatan Sungai Kerteh.

Jalan dari Paka ke Kemaman sesak sejak sekitar 5.30 petang tadi.

Pasukan bomba sedang menjalankan operasi mencari.

Doakan agar segala usaha dipermudah oleh Allah SWT.
 


 

Inai berukir ala tatu tak boleh! Ia dilaknat Allah

HARAM rupanya…

Patutlah mata dan kepala saya nampak serabut bila nampak pengantin pakai inai mcm ni…Allah nak bgtahu sesuatu rupanya..

Jelas Dato’ Abu Hasan Din Al-Hafiz :

“Inai berukir ala tatu tak boleh! Ia dilaknat Allah. Inai berukir bentuk awan larat atau bentuk gambar itu dalam kategori tatu, kalau nak pakai inai, pakailah betul-betul hujung jari”

Dari Abu Hurairah r.a Nabi s.a.w bersabda :

“Allah mengutuk wanita yang mempergunakan (memberikan) rambutnya untuk (menyambung) rambut wanita lain, wanita yang menyambung rambutnya dengan wanita lain,wanita yang membuat gambar di kulitnya (tubuh) dengan tusukan dan wanita yang meminta kulitnya dibuat gambar dengan tusukan (alat pengukir)”.(Hadis bil. 1685 : Sahih Bukhari)
Dato’ Abu Hasan Din Al-Hafiz :

“Inai berukir ala tatu tak boleh! Ia dilaknat Allah. Inai berukir bentuk awan larat atau bentuk gambar itu dalam kategori tatu, kalau nak pakai inai, pakailah betul-betul hujung jari”

Dari Abu Hurairah r.a Nabi s.a.w bersabda :

“Allah mengutuk wanita yang mempergunakan (memberikan) rambutnya untuk (menyambung) rambut wanita lain, wanita yang menyambung rambutnya dengan wanita lain,wanita yang membuat gambar di kulitnya (tubuh) dengan tusukan dan wanita yang meminta kulitnya dibuat gambar dengan tusukan (alat pengukir)”.(Hadis bil. 1685 : Sahih Bukhari)



langsung muktamar pas kali ke 59 shah alam selangor

Belimbing buluh boleh meredakan sakit gigi


Belimbing buluh juga boleh membantu anda meredakan sakit gigi. Caranya dengan mengunyah belimbing buluh yang sudah diberi sedikit garam pada bahagian gigi yang sakit. InsyaAllah rasa sakitnya akan sedikit berkurangan.

Cuba Taip 16°51′53″N, 11°57′13″E di Google Maps, Zoom in dan tengok ape terjadi

Cuba Taip 16°51′53″N, 11°57′13″E di Google Maps, Zoom in dan tengok ape terjadi

 if you go to Google maps and search 16°51′53″N, 11°57′13″E something pretty cool happens: you're taken to a place in the middle of the Sahara Desert. Zoom in and you would see a compass with the image of an airplane in the middle.

And that's not an icon.
The image is actually a giant tribute to all the passengers and crew who lost their lives in a plane crash more than two decades ago.



.
UTA Flight 772

UTA Flight 772 memorial. (Image source: Google Maps)

Although it's not the anniversary of the UTA Flight 772 explosion that led to a crash that killed about 170 people on board, the aerial image that most will only ever see thanks to Google's satellite images is going viral now none the less.
Flight 772 from Brazzaville in the Republic of Congo to Chad to Paris went down in Niger on Sept. 19, 1989, after a briefcase bomb planted by Libyan terrorists was detonated.

.
NIGER-AIRPLANE ACCIDENT

NIGER-AIRPLANE ACCIDENT
The cabin of the UTA DC 10 flight 772 lays on the Tenere desert after the passenger plane exploded on September 19, 1989, killing all 171 people aboard. (PASCAL GUYOT/AFP/Getty Images)
The memorial was created in 2007 by an association dedicated to the crash victim's families. It features a DC10 airplane, the model that went down, in black rock inside the compass pointed in the direction of its intended flight path.


View gallery
.
UTA Flight 772

UTA Flight 772
A look at UTA Flight 772?s memorial from the ground. (Image source: Imgur)

 

Pahang Juara Piala Malaysia 2013

PAHANG melakar sejarah apabila dinobatkan juara Piala Malaysia 2013 menundukkan pasukan Kelantan di Stadium Shah Alam, malam ini.

Gol tunggal dijaringkan oleh Matias Ruben Conti pada separuh masa kedua kekal sehingga ke akhir perlawanan menjadikan keputusan 1-0.

Kondom Pula Ditelan

KUALA LUMPUR - Trend terbaharu penyeludupan dadah Amerika Latin kini menyaksikan ‘keldai dadah’ atau penghantar barangan itu menelan dadah yang diisi ke dalam kondom sebelum terbang ke negara destinasi.

Taktik itu terdedah berikutan tindakan polis menahan seorang lelaki warga Bolivia kerana disyaki cuba menyeludup dadah dengan menelan 36 ketul kondom mengandungi kokain cair, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Ahad lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata dalam pemeriksaan pada 9.30 pagi itu, polis menahan lelaki berkenaan yang berada dalam keadaan mencurigakan.

“Lelaki itu baru saja tiba di KLIA dari Sao Paulo melalui Dubai. Polis segera membawanya ke Hospital Serdang untuk mengeluarkan dadah yang seberat 1.5kg,” katanya kepada pemberita, semalam.

Menurut maklumat siasatan, Noor Rashid berkata kemampuan keldai dadah akan diuji terlebih dulu dengan diberikan keratan lobak merah sebesar saiz kondom untuk ditelan.

“Sindiket dadah juga telah menjalankan ujian supaya bahan buatan kondom tidak larut oleh asid perut dan mampu bertahan lama semasa dadah itu dibawa di dalam badan,” katanya.

Lelaki itu antara beberapa individu warga asing yang ditahan dalam tempoh seminggu kerana kesalahan dadah, dengan nilai rampasan RM2.7 juta.

Selain warga Bolivia itu, turut ditahan dalam operasi di ibu negara dan Pahang ialah dua wanita Vietnam, seorang wanita Kemboja dan dua lelaki Nigeria, kesemuanya berumur antara 25 dan 41 tahun. - Bernama

Piala Malaysia 2013: Pahang juga umum cuti peristiwa

Piala Malaysia 2013
KUANTAN - Pahang mengumumkan cuti peristiwa Isnin ini sempena perlawanan akhir bola sepak Piala Malaysia di antara Pahang dengan Kelantan di Stadium Shah Alam, Selangor Ahad ini.

Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob berkata keputusan membenarkan cuti peristiwa pada 4 November dibuat setelah mengambil kira semua perkara termasuk semangat penyokong dan rakyat negeri Pahang.

"Yang lebih penting untuk kita membolehkan penyokong yang pergi menonton di Stadium Shah Alam dapat merancang dengan baik perjalanan mereka supaya tidak tergocoh-gocoh pada malam yang sama untuk pulang.

"Mungkin mereka boleh bermalam di Shah Alam atau Kuala Lumpur dan pada keesokan harinya mereka boleh beransur untuk balik, (ke Pahang)," katanya kepada pemberita selepas majlis beramah mesra dengan pasukan Pahang dan penyokong di sini, hari ini.

Adnan pada majlis itu turut mengumumkan kerajaan negeri bersedia menimbangkan imbuhan bagi menghargai pemain Pahang jika berjaya menjulang Piala Malaysia.

"Kita pertimbangkan untuk pemain pasukan Pahang bukan sahaja setakat kesebelasan utama tapi juga pemain simpanan dan pegawai lain yang kita akan beri satu bentuk (hadiah) ingatan kepada mereka," katanya.

Ditanya mengenai perlawanan akhir itu, Adnan menjangkakan perlawanan sengit dan berharap Pahang menang dengan skor 2-0. - Bernama

Koleksi Banjir Di Kemaman Dan Kuantan 2013

 
© Gi Mari Gi Mari All Rights Reserved