Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang Ziarah Mursyidul Am Tuan Guru Dato Nik Aziz Nik Mat

Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang Ziarah Mursyidul Am Tuan Guru Dato Nik Aziz Nik Mat di Rumah beliau di Pulau Melaka, bersama sama adalah Dr Ahmad Samsuri Mokhtar (SUP) , MP Kuala Nerus YB Dr Khairuddin At takiri serta MP Pasir Mas YB Ust. Nik Abduh.Tuan Guru nampak sangat ceria dan bertambah sihat.

sumber (fb Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang )

Ketahui 10 Jenis Tangisan

Kata Ibnu Qayyim - 10 Jenis Tangis
1.    Menangis karena kasih sayang & kelembutan hati.
2.    Menangis karena rasa takut.
3.    Menangis karena cinta.
4.    Menangis karena gembira.
5.    Menangis karena menghadapi penderitaan.
6.    Menangis karena terlalu sedih.
7.    Menangis karena terasa hina dan lemah.
8.    Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
9.    Menangis karena mengikut-ikut orang menangis.
10.   Menangis orang munafik - pura-pura menangis.

“…dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis.”
(An Najm : 43)
Jadi, Allah lah yang menciptakan ketawa dan tangis, serta menciptakan sebab tercetusnya. Banyak air mata telah mengalir di dunia ini. Sumbernya dari mata mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi. Mata itu kecil namun ia tidak pernah kering ia berlaku setiap hari tanpa putus-putus. Seperti sungai yang mengalir ke laut tidak pernah berhenti?.kalaulah air mata itu di tampung banjirlah dunia ini.

Tangis tercela atau terpuji ???
Ada tangisan yang sangat di cela umpamanya meratapi mayat dengan meraung dan memukul-mukul dada atau merobek-robek pakaian.
Ada pula tangisan sangat-sangat di puji dan di tuntut iaitu tangisan kerana menginsafi dosa-dosa yang lalu atau tangis karena takut akan azab dan siksa Allah.

Tangisan dapat memadamkan api Neraka
“Rasulullah saw bersabda : Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan terkotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan di rahmati. Tidaklah ada sesuatupun yang tak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka.”
Air mata taubat Nabi Adam a.s. Beliau menangis selama 300 tahun tanpa mendonggak ke langit tersangat takut dan hibanya terhadap dosa yang telah ia lakukan. Dia bersujud di atas gunung dan air matanya mengalir di jurang Serandip. Dari air matanya itulah Allah telah menumbuhkan pohon kayu manis dan pohon bunga cengkih. Beberapa ekor burung telah meminum akan air mata Adam lalu berkata, “Manis sungguh air ini.” Nabi Adam terdengar lalu menyangka burung itu mempersendakannya lalu ia memperhebatkan tangisannya.
Lalu Allah mendengar dan menerima taubat Adam dan mewahyukan, “Hai Adam sesungguhnya belum Aku pernah menciptakan air lebih lazat daripada air mata taubat mu!.”

Air mata yang tiada di tuntut
Janganlah menangis kalau tak tercapai cita-cita bukan kah Tuhan yang telah menentukannya. Janganlah menangis nonton film itu kan cuma lakonan.
Janganlah menangis kerana cinta tak berbalas mungkin dia bukanlah jodoh yang telah Tuhan tetapkan. Janganlah menangis jika gagal dalam seleksi pekerjaan mungkin kita kurang membuat persediaan. Jangan menangis kalau uang kita hilang di jalanan sebab mungkin kita kurang bersedekah dan beramal. Janganlah menangis kalau tidak di naikkan pangkat yakin lah, rezki itu adalah pemberian Tuhan.

Dari itu???…
Simpanlah air mata-air mata tangisan itu semua buat bekalan untuk menginsafi di atas segala kecuaian yang telah melanda diri, segala dosa-dosa yang berupa bintik2 hitam yang telah mengkelamkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari Allah swt. Seru lah air mata itu dari persembunyiannya di balik kelopak mata agar ia menitis membasahi dan mencuci hati agar ia putih kembali dan juga semoga ia dapat melebur dosa2 dan moga-moga akan mendapat ampunanNya jua.
Junjungan Mulia bersabda “Ada 2 pasang mata yang tak tersentuh api neraka, mata yang menangis di waktu malam hari kerana takut kepada Allah swt dan 2 biji mata yang menjaga pasukan fi sabillah di waktu malam.”
“Di antara 7 golongan manusia yang akan mendapat naungan Allah di hari qiamat”??seseorang yang berzikir bersendirian lalu mengenang tentang kebesaran Allah swt lalu bercucuran air matanya.”
“Jika tubuh seseorang hamba gementar kerana takut kepada Allah, maka berguguran lah dosa-dosanya bak gugurnya dedaunan dari pepohonan kering.”
Berkata Salman Al Faarisi r.a “Aku di buat menangis atas 3 perkara jua :
1. Berpisah dengan Rasulullah saw dan para sahabat-sahabat.
2. Ketakutan seorang yang perkasa tatkala melihat malaikat Israil datang mencabut nyawanya.
3. Aku tidak tahu samada aku akan di perintahkan untuk ke syurga atau neraka.
Air mata tanda rahmat Tuhan. Rasulullah saw bersabda : Jagalah mayat ketika kematiannya & perhatikanlah 3 perkara.
1. Apabila dahi nya berpeluh.
2. Airmatanya berlinang.
3. Hidungnya keluar cecair seperti hingus.
Kerana hal hal tersebut menandakan rahmat Allah swt untuk si mayat. (riwayat dari Salman al Faarisi)
Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara : “Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu, Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu.”

Maksu, cukup tak duit ni nak beli baju kurung ibu dgn tudung?

Sebuah kisah benar dr seorang sahabat....

Sayu hati...

Hari ini saya mandikan dua jenazah. Jenazah yg pertama adalah seorang bayi keguguran dan hanya baru berusia 6 bulan tetapi dah cukup sifatnya.

Yg kedua, saya mandikan anak kecil baru berusia 11tahun. Saya nak share dengan teman2 pasal anak kecil yg mulia ini. Anak ini anak yatim. Hanya ada ibu tunggal, mak saudara dan dua adik perempuan yg masih kecil. Bapanya meninggal empat tahun yg lalu.

Diagnosis (punca) kematian anak ini adalah demam panas. Yg menarik nak dikongsi adalah cerita ibu saudaranya tentang kisah beberapa hari sebelum arwah "pergi buat selamanya".

Arwah asyik mengira duit2 raya yang diperolehinya. Kadang2 sampai lima kali sehari sehingga ditegur oleh ibu saudaranya.

Apabila ditanya, abang nak beli apa? Ditanya kembali kepada ibu saudaranya....Maksu, cukup tak duit ni nak beli baju kurung ibu dgn tudung?

Ibu saudaranya bertanya, kenapa? Anak kecil ini menjawab...dia takut kalau dia mati, tapi ibunya tidak menutup aurat dan tidak berhijab sedangkan dia anak lelaki sulung. Ibu saudara hanya mampu terdiam dan mengalirkan air mata. Hari ini...semasa dia meninggal dunia, anak itu meninggalkan semua duit rayanya bersama sekeping nota...

"Ibuku sayang, duit yg along tinggalkan ini utk ibu. Ibu gunalah utk beli baju kurung yg tidak terbelah. Along harap sangat ibu beli dan pakai tudung. Bukan tudung yg nampak rambut...tapi hanya nampak wajah ibu yg cantik shj. Along syg ibu...along tak nak ibu masuk neraka. Ustazah kata, kalau tak tutup aurat nanti kepala dibakar. Along taknak ibu dibakar api neraka. Along sygkan ibu dan family kita semua... Sayang Ibu, ALONG"...

Kalau anak sekecil ini, takut akan api neraka...takkan kita tidak terasa akan bahangnya dan masih sanggup melakukan dosa kepadanya. Wallahualam.

Alfatihah buat Along Muhammad Fiqry. Terima kasih kepada Maksu yg sudi share cerita ini selepas saya kafankan jenazah along sebentar tadi. Moga Allah ampunkan dosa along, ibunya dan kita semua. Al Fatihah!

Amir Muttakin
Hospital Ampang, Selangor

KANTOI!!!!! Epic Fail.

KANTOI!!!!! Epic Fail. PROTON SAGA ISWARA (Aeroback) TELAH BERADA DI PASARAN SEAWAL TAHUN 1969 LAGI!!! wakakaaa.

"Tetapi sudah takdir, dia dijemput Ilahi di negara sendiri . Baru dua hari dia kembali ke Malaysia,"

'Ajalnya di Malaysia'

  • 'Ajalnya di Malaysia' 
  •  Mangsa maut selepas cedera parah di kepala
  "Sebagai ibu, saya memang risau dengan keselamatan anak saya di Mesir walaupun dia berada di kawasan selamat ketika di sana.
"Tetapi sudah takdir, dia dijemput Ilahi di negara sendiri . Baru dua hari dia kembali ke Malaysia," kata Rosfaliza Mat Ros, 48.
Abdullah Azahari, 23, pelajar tahun lima jurusan perubatan di Universiti Ain Shams, berasal dari Dungun, maut dalam kemalangan jam 10.40 pagi semalam di Kilometer 0.3 susur keluar Lebuhraya Pantai Timur II Ajil-Bukit Besi.

Dalam kejadian tersebut, mangsa memandu Proton Wira Aeroback dalam perjalanan ke Air Terjun Sekayu dipercayai terbabas lalu melanggar pengadang jalan sebelum terhumban ke dalam cerun.
Menurut Rosfaliza, anak sulung daripada sembilan beradik itu masih mempunyai tempoh setahun untuk menamatkan pengajian.

“Saya berhasrat mahu duduk berbual panjang berkongsi pengalamannya di sana (Mesir) hujung minggu ini tetapi belum sempat berbuat demikian kerana memikirkan dia perlukan rehat.
“Bagaimanapun, ALLAH SWT lebih menyayanginya dengan menjemput anak saya terlebih dahulu.
Saya dan suami (Azahari Abu Bakar, 48), reda dengan pemergiannya," katanya yang bertugas sebagai guru di sebuah sekolah menengah di Dungun.

Menurutnya, sepanjang dua hari kepulangan anaknya itu, dia banyak bermain dengan adik-adiknya, dan arwah sememangnya abang yang periang.
“Ketika saya keluar mengajar pagi tadi (semalam), dia tidak banyak bercakap.
Dia hanya memerhati saya dan adik-adiknya bersiap untuk ke sekolah. Saya sendiri sebenarnya tidak tahu perancangannya untuk ke Air Terjun Sekayu.

“Bagaimanapun, dia ada beritahu salah seorang adiknya yang berada di rumah untuk ke lokasi pelancongan tersebut bertemu rakannya di sana dan saya dimaklumkan, dia keluar rumah kira-kira jam 9 pagi," katanya ketika ditemui Sinar Harian di pekarangan Bilik Forensik Hospital Hulu Terengganu, di sini, semalam.

Jenazah Abdullah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sura Tengah, Dungun. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Ismail Muslim mengesahkan kejadian tersebut.

Menurutnya, hasil bedah siasat mendapati mangsa maut serta-merta berikutan kecederaan parah di kepala.
Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Berang, Salim Mansor pula berkata, pihaknya mengambil masa kira-kira 15 minit untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit.


SISI - KAMAL ANTARTUK MESIR

Photo: Prihatin Mesir | SISI - KAMAL ATATUK MESIR.

Bekas timbalan menteri luar Israel Yusi Belin memuji langkah yang diambil oleh Sisi untuk mengembalikan kestabilan di Mesir setelah menumbangkan presiden Morsi. Beliau mengumpamakan langkah tersebut seperti langkah yang diambil oleh Kamal Atatuk bagi menjaga sekularisma di Turki setelah menumbangkan Khilafah Uthmaniyah.

Beliau berkata dalam tulisannya di Israel Today: Sisi perlu menentukan halatujunya, samada memberi tumpuan untuk terus memimpin tentera dan menyerahkan pemerintahan kepada pilihan rakyat atau dia dipujuk untuk menyempurnakan misinya sebagai pemimpin agung dan menjadi Ata Misr BAPA MESIR sebagaimana Atatuk Bapa Turki.

Beliau menambah: Semenjak lapan bulan yang lalu kelihatan Sisi hampir dengan pemikiran Morsi, namun tak lama selepas itu beliau menumbangkan Morsi, menubuhkan kerajaan baru, beliau masih menteri pertahanan. 

Sisi tidak takut berhadapan cabaran ganas daripada penyokong Morsi dan menghalau mereka daripada Dataran Rabaah dan Nahdah sekalipun mengorbankan banyak nyawa.

Sekarang Sisi berhadapan dengan kritikan keras daripada dalam bukan sahaja daripada ikhwan tapi juga daripada golongan liberal seperti Barada'ie, juga kritikan hebat dari negara luar.

FJP NEWSPAPER.
Prihatin Mesir | SISI - KAMAL ATATUK MESIR.

Bekas timbalan menteri luar Israel Yusi Belin memuji langkah yang diambil oleh Sisi untuk mengembalikan kestabilan di Mesir setelah menumbangkan presiden Morsi. Beliau mengumpamakan langkah tersebut seperti langkah yang diambil oleh Kamal Atatuk bagi menjaga sekularisma di Turki setelah menumbangkan Khilafah Uthmaniyah.

Beliau berkata dalam tulisannya di Israel Today: Sisi perlu menentukan halatujunya, samada memberi tumpuan untuk terus memimpin tentera dan menyerahkan pemerintahan kepada pilihan rakyat atau dia dipujuk untuk menyempurnakan misinya sebagai pemimpin agung dan menjadi Ata Misr BAPA MESIR sebagaimana Atatuk Bapa Turki.

Beliau menambah: Semenjak lapan bulan yang lalu kelihatan Sisi hampir dengan pemikiran Morsi, namun tak lama selepas itu beliau menumbangkan Morsi, menubuhkan kerajaan baru, beliau masih menteri pertahanan.

Sisi tidak takut berhadapan cabaran ganas daripada penyokong Morsi dan menghalau mereka daripada Dataran Rabaah dan Nahdah sekalipun mengorbankan banyak nyawa.

Sekarang Sisi berhadapan dengan kritikan keras daripada dalam bukan sahaja daripada ikhwan tapi juga daripada golongan liberal seperti Barada'ie, juga kritikan hebat dari negara luar.

FJP NEWSPAPER.

Datuk Majura Muda Maut Kemalangan Di Lebuhraya Karak



Gambar Datuk Majura Muda Maut Kemalangan Di Lebuhraya Karak pada 25 ogos 2013. Kejadian berlaku di Km35.4 Lebuh Raya Karak dekat Genting Sempah. Punca insiden berlaku selepas motosikal berkuasa besar yang ditunggangnya dipercayai hilang kawalan sekitar pukul 8 pagi tadi. Mangsa dikatakan dalam perjalanan secara konvoi dengan tiga penunggang lain menuju ke Air Terjun Lanchang sebelum motosikal Kawasaki GTR1400 beliau terbabas. Beliau kemudiannya tercampak dari motosikal dan mengalami kecederaan serius di kepala ketika melanggar pembahagi jalan konkrit.Untuk info, Datuk Majura merupakan seorang ahli perniagaan berjaya.



Nama: Datuk Majura Muda / Datuk Nik @ Majura

Umur: 47 Tahun

Pekerjaan: Perunding Kejuruteraan/ Ahli Perniagaan

Gambar Datuk Majura Muda Maut Kemalangan 25 Ogos 2013

sumber:http://aans1.blogspot.com

Medan Nahdhah | Syuhada' dibakar.

Prihatin Mesir | Medan Nahdhah | Syuhada' dibakar.

Gambar paling menyayat hati, seorang syahid rentung dibakar regim As-sisi.

Semasa pasukan polis dan tentera merempuh medan Nahdhah, 14 Ogos lalu, mereka turut membakar khemah-khemah dan jenazah syuhada.
Tidak cukup dengan menembak rakyat, nafsu kebinatangan mereka membuak-buak dengan membakar jasad syuhada'

Betulkah 3:30 PAGI Waktu Paling Sesuai Study Pelajaran??

Polis ketika membuat pemeriksaan terhadap pasangan terbabit.

KULIM - 'Kami tak buat apa-apa encik. Saya dan teman wanita saya sedang berbincang tentang pelajaran.'

Itulah alasan sepasang kekasih yang ditemui berbaring di dalam kereta mereka di Taman Tasek Kulim ketika polis membuat rondaan cegah jenayah di sekitar kawasan itu.

Ketua Polis Daerah Kulim Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, pasangan itu masih menuntut di sebuah Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di sini.

Menurutnya, ketika polis membuat rondaan, kelihatan sebuah kereta jenis Perodua Myvi dalam keadaan mencurigakan di tempat letak kereta taman berkenaan kira-kira jam 3.30 pagi.

"Apabila menghampiri kenderaan terbabit, polis mendapati kedua-dua pasangan itu sedang berbaring di dalam kereta.

“Terkejut dengan kehadiran polis, suspek perempuan terus bangun manakala teman lelakinya keluar dari kereta dalam keadaan kedua tangan memegang seluar yang dipakainya," katanya.

Ketika ditanya pada suspek lelaki, apa yang sedang mereka lakukan dalam kereta dan berbaring dalam keadaan gelap, pelajar tahun akhir itu memberi alasan bahawa mereka sedang berbincang tentang peperiksaan yang akan mereka duduki tidak lama lagi.

"Kami belajar di IPTA sama. Saya sekarang ini belajar dalam semester akhir manakala teman wanita saya belajar di semester tiga.

"Keluarga kami sudah tahu kami berkawan sejak dulu lagi,” katanya.

Ghuzlan berkata, setelah membuat pemeriksaan, polis mendapati pasangan itu tidak mempunyai sebarang rekod jenayah.

"Polis akhirnya mengarahkan mereka beredar agar perkara yang tidak diingini dapat dielakkan.

"Sedih saya lihat perlakuan anak-anak muda sekarang ini, ibu bapa diharap memantau anak dalam apa keadaan sekalipun,” katanya.

sumber:
Remaja bermadu kasih dalam kereta

BEREHATLAH TOK GURU!

BEREHATLAH TOK GURU! - Hasil nukilan Zulkifli Sulong - 22 Ogos 2013.
**Zulkifli adalah bekas Ketua Pengarang Harakah, Harakahdaily dan Siasah. Selepas 26 tahun bersama kumpulan Harakah, beliau kini bersama pasukan The Malaysian Insider sebagai Pengarang Analisis dan Rencana.**

"Mana Datuk Husam?" tanya Datuk Nik Aziz Nik Mat apabila terjaga dari tidurnya di atas katil Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, Kota Bharu. Ekoran itu, keluarganya menelefon Naib Presiden PAS itu dan bergegaslah Husam ke HUSM menemui Nik Aziz. Namun Nik Aziz tertidur lagi. Husam tidak sampai hati untuk mengejutkan Mursyidul Am PAS itu. 


Apabila terkejut dari tidur, sekali lagi Nik Aziz bertanya, "Mana Husam?". Sekali lagi, Husam terpaksa berpatah balik ke HUSM ketika beliau dalam perjalanan ke lapangan terbang Pengkalan Chepa untuk seterusnya ke luar negara. Kali ini, Husam dapat mendengar apa yang hendak diperkatakan oleh Nik Aziz kepadanya. Namun ia hanya antara mereka berdua. Selepas tiga hari berlalu, sehingga kini ia tetap menjadi rahsia antara mereka. Selain Husam, bekas Menteri Besar Kelantan itu turut menyebut nama Abang Ya (pegawai polis berpangkat Kopral, bekas pengawal peribadi beliau semasa menjadi MB), ketika beliau berehat di HUSM kali ini.

Sejak melepaskan jawatannya sebagai MB, kesihatan Nik Aziz merosot teruk. Beliau sering bersungut keletihan. Wad VVIP di tingkat 2 bangunan utama HUSM yang terletak kira-kira lima kilometer dari rumahnya di Pulau Melaka menjadi rumah kedua beliau. Memang, dengan umurnya mencecah 82 tahun dan segenap tenaga diberikan untuk jamaah dan kerajaan selama ini, beliau wajar banyak berehat. Namun beliau sering menyebut dua nama yang seangkatan dengan beliau apabila mengenangkan kesihatannya. Tun Dr Mahathir Mohamad dan Lee Kuan Yew. Kedua-duanya lebih tua dari beliau namun masih aktif dan sihat sedangkan beliau terpaksa berulang alik ke hospital.
Saya membuat temujanji untuk mewawancara beliau pada jam 11.30 pagi 19 Ogos di JKR 10, Kota Bharu. Ketika itu, pihak yang menjaga beliau penuh yakin, ia boleh diadakan. 


Di Kuala Lumpur, saya telah memberitahu pihak pengurusan The Malaysian Insider, ia bukan satu yang pasti memandangkan status kesihatan Tok Guru yang sangat disayangi ramai itu. Selepas tidak boleh bertemu di JKR 10, saya ke HUSM petang itu juga untuk melihat sendiri keadaan beliau. 

Ketika itu anaknya, Nik Abduh Nik Abdul Aziz, anggota Parlimen Pasir Mas baru sampai dari Kuala Lumpur. Seorang doktor pakar ketika itu sedang memeriksa beliau. "Ayah ok. Cuma dia perlu rehat," kata Nik Abduh."Tadi ayah bercakap dengan saya dan meminta membuat kenyataan mengenai Mesir," tambah Nik Abduh sambil membaca catatan kenyataan dari Nik Aziz itu yang sangat tidak berpuashati dengan regim tentera yang merampas kuasa dan seterusnya membunuh ribuan rakyatnya sendiri. Beliau juga tidak berpuashati dengan pemerintah Arab Saudi yang menyokong tindakan itu. Doktor yang merawat beliau juga berkata, "Tok Guru ok. Insya Allah esok boleh kalau dia nak balik. Tetapi lebih baik dia rehat di sini."

Menurut Nik Abduh, di rumah mereka dekat Pulau Melaka orang ramai sentiasa datang untuk bertemu ayahnya walaupun sudah tidak menjadi MB lagi. "Kami telah memberitahu mereka supaya datang waktu solat lima waktu. Kalau ayah turun solat, bermakna dia sihatlah," beritahu Nik Abduh. Sebab itu, orang ramai memenuhi masjid itu setiap kali solat waktu terutama waktu Subuh. 


Di wad HUSM, Datin Tuan Sabariah, isteri Nik Aziz sentiasa berada di sisi beliau. Ibu yang melahirkan 10 orang anak yang hebat ini seorang pendiam dan tidak berminat langsung untuk ditemubual oleh media. Menurut salah seorang anak beliau, Nik Aziz akan bangun secara automatik apabila terdengar bunyi azan. "Bila Tok Guru boleh bangun bila dengar bunyi azan itu melambangkan minda dia sihat dan cergas," kata doktor yang merawatnya. "Satu lagi saya nampak beliau akan bersemangat dan matanya terbuka luas kalau bercakap hal semasa dan politik," kata beliau sambil tersenyum.

Sebelum pulang ke Kuala Lumpur, sekali lagi kami datang ke HUSM untuk mengintai peluang untuk bertemu dan berbual dengan tokoh politik yang telah meletakkan kedudukan yang tinggi dalam bechmark politik Malaysia ini. Wartawan Elizabeth Zachariah dan jurugambar Afif Abd. Halim tidak berpuashati selagi tidak dapat bertemu Nik Aziz kerana itulah tugasan mereka ke Kota Bharu. 


Dengan ditemani seorang rakan dari Kota Bharu, kami memasuki wad VVIP di tingkat 2 bangunan utama HUSM itu. Kali ini, anak dan menantu serta cucu beliau dari Kuala Lumpur juga ada di dalam wad. Nik Aziz sedang lena tidur. Abang Ya (bekas pengawal peribadinya yang disebut Nik Aziz) turut berada di wad. Kami masuk ke dalam wad dan melihat beliau tidur lena. Saya mengusap lengannya (sebagaimana diajar Abang Ya) namun beliau terus lena. Elizabeth dan Afif melihat. Namun Afif tidak sampai hati untuk mengambil gambar insan hebat yang sedang tidur ini. Selepas kira-kira 10 minit merenung Tok Guru yang sedang tidur ini, kami beredar dari wad itu sambil bersalam dengan anak menantunya.

Tok Guru, berehatlah.
Anda telah menyumbang lebih 60 tahun hayatmu untuk agama, bangsa dan negaramu. Anda telah meletakkan satu mercu tanda tersendiri untuk ahli politik di negara ini. Kami yakin, tidak ada yang dapat memecahkan rekod kehebatan mu. Pengganti mu, Datuk Ahmad Yakub telah membuat sesuatu yang betul apabila menubuhkan 'Institut Pemikiran Tok Guru' untuk menghayati ilmu yang kamu berikan. Benar kata beliau, ulama ramai di dunia ini. Tetapi ulama yang bersama jamaah dan membuktikan mereka layak untuk mentadbir negara tidak ramai. Ulama yang membuktikan mereka juga layak membuat tadbir urus yang baik untuk sebuah kerajaan.

Selamat berehat Tok Guru ku sayang.

"Terima Kasih Yang Arif" Koperal Sirul Azhar Umar

  • Altantuya
PUTRAJAYA - Doa Cif Inspektor Azilah Hadri untuk menjalani kehidupan di luar penjara setelah menghuninya selama tujuh tahun akhirnya dimakbulkan setelah Mahkamah Rayuan membebas dan melepaskannya daripada hukuman serta sabitan membunuh warga Mongolia Altantuya Shaariibuu.

Azilah, 37, yang ditemui Bernama sebelum hakim membuat keputusan sempat menyatakan bahawa walaupun fizikalnya tidak berubah sejak didakwa atas pertuduhan itu, namun jiwanya terlalu 'kecil' dan amat berharap akan berada di rumah.

Beliau yang diiringi pegawai penjara sepanjang prosiding, kelihatan terkejut apabila keputusan panel tiga hakim yang diketuai Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Seri Mohd Apandi Ali itu dibacakan.

Koperal Sirul Azhar Umar, yang dituduh bersama-samanya, pula sempat menyatakan "Terima Kasih Yang Arif" sebelum kedua-duanya dibawa keluar dari kandang tertuduh.

Azilah berkata beliau amat bersyukur kerana Allah SWT memperkenankan doanya dan berkata dengan nada suara gementar: "Saya masih lagi berdebar-debar".

"Saya perlu kembali ke Penjara Kajang untuk mengucapkan terima kasih kepada mereka yang bertugas menjaga saya di sana...mereka menjaga saya dengan baik, saya ingin menunaikan solat Jumaat dan urusan lain akan dibuat selepas itu," katanya.

Pada 2009, Mahkamah Tinggi Shah Alam mensabit kesalahan dan menjatuhi hukuman mati terhadap Azilah dan Sirul Azhar yang merupakan anggota Unit Tindakan Khas (UTK) atas tuduhan membunuh Altantuya, 28, di Mukim Bukit Raja, Shah Alam antara 10 malam 19 Oktober dan 1 pagi, 20 Okt 2006.

Tunang Azilah, Nor Azila Baharuddin, 35, pula dilihat mengalirkan air mata apabila mendengar keputusan itu.

Beliau menyatakan doanya dan anggota keluarga supaya Azilah dibebaskan telah dimakbulkan Allah SWT.

Katanya sejak mereka bertunang pada 2006, beliau tidak pernah berputus asa dan sering melawat Azilah di penjara seminggu sekali.

"Saya gementar selepas keputusan dibuat, saya seperti tidak percaya. Saya amat gembira kerana inilah saat yang saya tunggu sekian lama. Syawal kali ini amat indah," katanya.

Sejak didakwa pada 2006 dan melalui proses perbicaraan, Azilah dan Sirul Azhar sentiasa menutup wajah mereka ketika berada di luar mahkamah dan kain yang menutup muka hanya dibuka selepas berada di dalam mahkamah.

Pada kebiasaannya, wajah Sirul Azhar kelihatan serius dan lebih banyak menyendiri berbanding Azilah yang ramah dengan mereka yang berada sekelilingnya.

Namun, selepas keputusan mahkamah itu, Sirul Azhar mempamerkan wajah berbeza dengan melemparkan senyuman ke arah anggota keluarganya yang berada di belakangnya.

Ketika ditanya pemberita Bernama sebelum beliau dan Azilah dibawa semula ke penjara untuk proses pembebasan, Sirul Azhar menunjukkan keramahannya sambil menyatakan kesyukuran.

"Bersyukur kepada Allah, semuanya telah selesai. Saya berterima kasih kepada barisan peguam yang membela saya dan ahli keluarga terutama ibu saya yang tidak putus mendoakan.

Terima kasih kepada pihak penjara yang menjaga saya dengan baik. Saya berhasrat menjalani kehidupan seperti biasa selepas ini," katanya.

Anak lelaki Sirul Azhar yang berusia 13 tahun, turut kelihatan amat gembira dengan pembebasan ayahnya dan dia yang diiringi dua anggota keluarga terdekat sempat menyatakan amat merindui bapanya.

Bapa saudara Sirul Azhar, Mustapha Samat dari Ipoh berkata sejak Sirul Azhar didakwa, beliau hanya sempat hadir ke mahkamah sebanyak tiga kali dan tidak putus-putus berdoa supaya dia dibebaskan.

Mustapha yang tiba di Kuala Lumpur semalam dilihat menghubungi anggota keluarga untuk memberitahu keputusan mahkamah itu. - Bernama-sinarharian

NAMA-NAMA YANG DILARANG DALAM ISLAM


▌NAMA-NAMA YANG DILARANG DALAM ISLAM▐
Sila ►SHARE 
Memang ramai yang suka menggabungkan nama suami dan isteri tetapi adakah ia menghasilkan makna yang baik? Ketahuilah nama juga merupakan gambaran bagi sifat, gaya hidup dan pemikiran kedua ibu bapa seseorang.

Nama seperti Rozana, Suzana atau yang menggunakan nama ‘zana’, bunyinya sedap sekali tapi maknanya ‘berzina’ atau pun nama ‘wati’ yang bererti ‘bersetubuh’. Jadi elakkanlah menggunakan nama-nama tersebut.

Di dalam perawatan Islam juga terdapat beberapa nama yang sebaiknya dielakkan untuk diberikan kepada putera-puteri anda kerana maknanya yang tidak elok, buruk dan boleh mendatangkan masalah di kemudian hari. Hindarilah agar tidak bertembung dengan nama-nama jin. Contohnya :

1. Balqis – ketua jin

2. Qistina/Kistina – penghulu jin

3. Najwa – bisikan

4. Zaqwan/Zaquan – anak jin

5. Haikal/Haiqal – tengkorak

6. Badrisha/Badlisha/Herisha

Anak-anak ini bermungkinan akan menimbulkan banyak masalah, seperti sering sakit, berpenyakit ‘berat’ dan kronik, degil, kerap menangis, memberontak, hiperaktif dan sebagainya.

[Nama-Nama Yang Dilarang Dalam Islam]

Berikut adalah sebahagian daripada nama-nama lain dalam Islam yang harus dielakkan dan dihindari bagi menamakan bayi anda :

A
Abiqah Hamba yang lari dari tuannya
Abkam Tidak celik, buta
Afinah Yang bodoh
Amah Hamba suruhan perempuan
Asiah Wanita yang derhaka
Asyar Paling jahat
Asyirah Yang tidak bersyukur atas nikmat
Aznie Aku berzina

B
Baghiah Yang zalim, jahat
Bahimah Binatang
Bakiah Yang menangis, merengek
Balidah Yang bodoh, bebal
Baqarah Lembu Betina
Batilah Yang batil, tidak benar

D
Dabbah Binatang
Dahisyah Goncang, stress
Dahriyah Yang mempercayai alam wujud dengan sendirinya
Dami’ah Yang mengalir air matanya
Daniyah Yang lemah dan hina
Darakah Kedudukan yang rendah

F
Faji’ah Kecelakaan
Fajirah Yang jahat, yang berdosa
Fasidah Yang rosak, yang binasa
Fasiqah Yang jahat, si fasik
Fasyilah Gagal, kalah

G
Ghafilah Yang lalai, yang leka
Ghaibah Hilang
Ghailah Kecelakaan, bencana
Ghamitah Yang tidak mensyukuri nikmat
Ghasibah Perampas, perompak
Ghawiah Yang sesat, yang mengikut hawa nafsu

H
Haqidah Yang dengki
Hasidah Yang hasad
Hazinah Yang sedih
Huzn Kesedihan

J
Jafiah Yang tidak suka berkawan
Jariah Hamba suruhan perempuan

K
Kafirah Yang kafir, yang ingkar
Kaibah Yang sedih
Kamidah Yang hiba, yang sangat berduka
Kazibah Pendusta, pembohong
Khabithah Yang jahat, yang keji
Khali’ah Yang tidak segan silu, mengikut hawa nafsu
Khamrah Arak
Khasirah Yang rugi
Khati’ah Yang bersalah, yang berdosa

L
Laghiah Sia-sia, tidak berfaedah
Lahab Bara api
Lahifah Yang sedih, menyesal dan dizalimi
La’imah Yang tercela
Lainah Yang terkutuk

M
Majinah Yang bergurau senda tanpa perasaan malu
Majusiah Agama menyembah api atau matahari
Maridah Yang menderhaka
Munafikah Yang munafik
Musibah Celaka, bencana, kemalangan

N
Najisah Yang najis dan kotor
Nariah Api
Nasyizah Yang menderhaka dan melawan suami

Q
Qabihah Yang buruk, hodoh
Qasitah Yang melampaui batasan dan menyeleweng dari kebenaran
Qatilah Pembunuh
Qazurah Kejahatan, perzinaan

R
Rajimah Yang direjam, yang dilaknat
Razani Kepala zakar lelaki
Razi’ah Kecelakaan, musibah
Razilah Yang keji dan hina

S
Safih Insan Manusia bodoh
Safilah Yang rendah dan hina
Sahiah Yang pelupa
Sharrul / Sharru Jahat
Sakirah Pemabuk
Sakitah Yang jatuh, yang hina, yang jahat
Syafihah Yang bodoh
Syani’ah Yang buruk
Syaqiyah Yang menderita
Syaridah Yang diusir
Syariqah Pencuri
Syarisah Yang buruk akhlak
Syarrul Bariyyah Sejahat-jahat manusia
Syatimah Maki hamun

T
Tafihah Karut
Talifah Yang rosak, yang binasa
Talihah Yang tidak baik
Tarbiyah Yang papa kedana
Tarikah Anak dara tua

W
Wahiah Yang lemah, yang jatuh, yang buruk
Wahimah Yang lemah
Wahinah Penakut
Wailah Bencana, keburukan
Wajilah Penakut
Waqi’ah Pertempuran dalam peperangan, umpatan
Waqihah Yang kurang sopan dan malu
Wasikhah Yang kotor
Wasyiah Yang mengumpat, yang mengadu dombakan orang
Wati/Waty Nama Hindu/tiada makna
Wathy / Wathi Bersetubuh

Y
Yabisah Yang kering, yang sedikit kebaikannya
Yaisah Yang berputus asa

Z
Zalijah Kebinasaan
Zalilah Yang hina
Zalimah Yang zalim
Zaniyah Penzina, pelacur
Zufafah Racun pembunuh

NAMA-NAMA YANG DILARANG DALAM ISLAM
Sila ►SHARE
  • Memang ramai yang suka menggabungkan nama suami dan isteri tetapi adakah ia menghasilkan makna yang baik? Ketahuilah nama juga merupakan gambaran bagi sifat, gaya hidup dan pemikiran kedua ibu bapa seseorang.

    Nama seperti Rozana, Suzana atau yang menggunakan nama ‘zana’, bunyinya sedap sekali tapi maknanya ‘berzina’ atau pun nama ‘wati’ yang bererti ‘bersetubuh’. Jadi elakkanlah menggunakan nama-nama tersebut.

    Di dalam perawatan Islam juga terdapat beberapa nama yang sebaiknya dielakkan untuk diberikan kepada putera-puteri anda kerana maknanya yang tidak elok, buruk dan boleh mendatangkan masalah di kemudian hari. Hindarilah agar tidak bertembung dengan nama-nama jin. Contohnya :

    1. Balqis – ketua jin

    2. Qistina/Kistina – penghulu jin

    3. Najwa – bisikan

    4. Zaqwan/Zaquan – anak jin

    5. Haikal/Haiqal – tengkorak

    6. Badrisha/Badlisha/Herisha

    Anak-anak ini bermungkinan akan menimbulkan banyak masalah, seperti sering sakit, berpenyakit ‘berat’ dan kronik, degil, kerap menangis, memberontak, hiperaktif dan sebagainya.

    [Nama-Nama Yang Dilarang Dalam Islam]

    Berikut adalah sebahagian daripada nama-nama lain dalam Islam yang harus dielakkan dan dihindari bagi menamakan bayi anda :

    A
    Abiqah Hamba yang lari dari tuannya
    Abkam Tidak celik, buta
    Afinah Yang bodoh
    Amah Hamba suruhan perempuan
    Asiah Wanita yang derhaka
    Asyar Paling jahat
    Asyirah Yang tidak bersyukur atas nikmat
    Aznie Aku berzina

    B
    Baghiah Yang zalim, jahat
    Bahimah Binatang
    Bakiah Yang menangis, merengek
    Balidah Yang bodoh, bebal
    Baqarah Lembu Betina
    Batilah Yang batil, tidak benar

    D
    Dabbah Binatang
    Dahisyah Goncang, stress
    Dahriyah Yang mempercayai alam wujud dengan sendirinya
    Dami’ah Yang mengalir air matanya
    Daniyah Yang lemah dan hina
    Darakah Kedudukan yang rendah

    F
    Faji’ah Kecelakaan
    Fajirah Yang jahat, yang berdosa
    Fasidah Yang rosak, yang binasa
    Fasiqah Yang jahat, si fasik
    Fasyilah Gagal, kalah

    G
    Ghafilah Yang lalai, yang leka
    Ghaibah Hilang
    Ghailah Kecelakaan, bencana
    Ghamitah Yang tidak mensyukuri nikmat
    Ghasibah Perampas, perompak
    Ghawiah Yang sesat, yang mengikut hawa nafsu

    H
    Haqidah Yang dengki
    Hasidah Yang hasad
    Hazinah Yang sedih
    Huzn Kesedihan

    J
    Jafiah Yang tidak suka berkawan
    Jariah Hamba suruhan perempuan

    K
    Kafirah Yang kafir, yang ingkar
    Kaibah Yang sedih
    Kamidah Yang hiba, yang sangat berduka
    Kazibah Pendusta, pembohong
    Khabithah Yang jahat, yang keji
    Khali’ah Yang tidak segan silu, mengikut hawa nafsu
    Khamrah Arak
    Khasirah Yang rugi
    Khati’ah Yang bersalah, yang berdosa

    L
    Laghiah Sia-sia, tidak berfaedah
    Lahab Bara api
    Lahifah Yang sedih, menyesal dan dizalimi
    La’imah Yang tercela
    Lainah Yang terkutuk

    M
    Majinah Yang bergurau senda tanpa perasaan malu
    Majusiah Agama menyembah api atau matahari
    Maridah Yang menderhaka
    Munafikah Yang munafik
    Musibah Celaka, bencana, kemalangan

    N
    Najisah Yang najis dan kotor
    Nariah Api
    Nasyizah Yang menderhaka dan melawan suami

    Q
    Qabihah Yang buruk, hodoh
    Qasitah Yang melampaui batasan dan menyeleweng dari kebenaran
    Qatilah Pembunuh
    Qazurah Kejahatan, perzinaan

    R
    Rajimah Yang direjam, yang dilaknat
    Razani Kepala zakar lelaki
    Razi’ah Kecelakaan, musibah
    Razilah Yang keji dan hina

    S
    Safih Insan Manusia bodoh
    Safilah Yang rendah dan hina
    Sahiah Yang pelupa
    Sharrul / Sharru Jahat
    Sakirah Pemabuk
    Sakitah Yang jatuh, yang hina, yang jahat
    Syafihah Yang bodoh
    Syani’ah Yang buruk
    Syaqiyah Yang menderita
    Syaridah Yang diusir
    Syariqah Pencuri
    Syarisah Yang buruk akhlak
    Syarrul Bariyyah Sejahat-jahat manusia
    Syatimah Maki hamun

    T
    Tafihah Karut
    Talifah Yang rosak, yang binasa
    Talihah Yang tidak baik
    Tarbiyah Yang papa kedana
    Tarikah Anak dara tua

    W
    Wahiah Yang lemah, yang jatuh, yang buruk
    Wahimah Yang lemah
    Wahinah Penakut
    Wailah Bencana, keburukan
    Wajilah Penakut
    Waqi’ah Pertempuran dalam peperangan, umpatan
    Waqihah Yang kurang sopan dan malu
    Wasikhah Yang kotor
    Wasyiah Yang mengumpat, yang mengadu dombakan orang
    Wati/Waty Nama Hindu/tiada makna
    Wathy / Wathi Bersetubuh

    Y
    Yabisah Yang kering, yang sedikit kebaikannya
    Yaisah Yang berputus asa

    Z
    Zalijah Kebinasaan
    Zalilah Yang hina
    Zalimah Yang zalim
    Zaniyah Penzina, pelacur
    Zufafah Racun pembunuh

WORLD: Club Friendly: Real Madrid (Esp) 5-0 Al-Sadd (Qat) l 23.08.2013 l 04:30

PENAMPILAN ISTIMEWA RAUL GONZALES

KES ALTANTUYA: Mahkamah bebas Azilah, Sirul

altantuya trial 160707 azilahMahkamah bebas Azilah, Sirul dari tuduhan bunuh Altantuya
Mahkamah Rayuan hari ini membebaskan anggota Unit Tindakan Khas, Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar, daripada pertuduhan membunuh penterjemah Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Ini berikutan mahkamah dalam keputusan sebulat suara membenarkan rayuan pasangan itu.

Bagaimanapun, pihak pendakwa akan mempunyai peluang untuk merayu di Mahkamah Persekutuan - mahkamah tertinggi di negara ini.
Hakim Datuk Md Apandi Ali mengetuai panel tiga hakim yang mendengar rayuan tersebut.
Bagaimanapun, penghakiman itu dibacakan oleh Hakim Datuk Tengku Maimun Tuan Mat yang memutuskan berlaku penyalaharahan yang serius oleh hakim Mahkamah Tinggi.

Ia termasuk tidak memanggil DSP Musa Safri, dan kegagalan untuk mengemukakan diari balai polis yang menyatakan bahawa Azilah (kiri) berada di Bukit Aman pada masa berkenaan.

Seorang lagi anggota panel hakim tersebut ialah Datuk Linton Albert.
Pada April 2009, Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Datuk Zaki Md Yassin telah mensabitkan dua anggota polis itu atas tuduhan bunuh. Manakala penganalisis politik Abdul Razak Baginda dibebaskan daripada tuduhan bersubahat dengan pembunuhan itu.

Tragedi Genting Higlands:Tolong cari ibu saya, tolong cari ayah saya, saya mahukan mereka

Rintihan sayu, mayat ngeri antara pengalaman penyelamat JPAM


"Tolong cari ibu saya, tolong cari ayah saya, saya mahukan mereka... tolonglah...," rintihan itu membuatkan hati Staff Muda Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Hazwan Abdul Ghani tersentuh ketika menyelamatkan mangsa nahas bas di Genting Highlands kelmarin.

Remaja lelaki warga Bangladesh berusia 14 tahun itu merupakan mangsa pertama diselamatkan Hazwan, 24, dalam tragedi yang meragut 37 nyawa dan menyebabkan 16 lagi cedera.
  
Hazwan merupakan individu pertama turun dengan tali bagi menyelamatkan mangsa dengan dibantu seorang rakan selepas diarahkan ke tempat kejadian pada  jam 2.30 petang.
  
Dalam perjalanan ke lokasi, Hazwan membayangkan kemalangan itu hanya membabitkan bas terbalik sama seperti kemalangan dua tahun lepas namun sangkaannya jauh tersasar sebaik melihat bas itu di dalam gaung sedalam 60 meter.
  
"Apabila meninjau ke bawah, saya tergamam seketika kerana hanya terlihat badan bas yang tersangkut di sebuah bongkah batu besar...Sebelum terlihat mangsa, saya dapat melihat satu mayat tersangkut antara batu dalam keadaan ngeri.
  
"Lebih sayu apabila melihat keadaan pemandu bas yang kakinya masih tersangkut di pedal kerana tersepit manakala badannya patah dua seperti huruf 'L' manakala kepalanya penuh darah," katanya.
  
Memikirkan pemandu bas tidak mempunyai harapan untuk diselamatkan, Hazwan bergegas ke arah remaja Bangladesh yang dalam keadaan trauma dan ketika itu, beliau ternampak seorang wanita berusia 20-an yang juga cedera namun kelihatan tenang.
  
"Dia macam faham dan meminta saya menyelamatkan remaja berkenaan dahulu dan saya berjanji akan menyelamatkannya selepas itu," katanya.
  
Selepas itu, beliau terdengar suara lelaki sayup-sayup meminta tolong yang kemudian ditemui di dalam bas di bawah timbunan tiga mayat.
  
Operasi menyelamat mangsa yang masih hidup tamat pada pukul 7 malam bagi memberi laluan operasi mencari mayat.
  
Meskipun sudah empat tahun menjadi anggota penyelamat JPAM, nahas kelmarin merupakan antara yang terburuk pernah dilihat dan meninggalkan kesan kepada diri Hazwan.
  
"Sebelum ini, saya dan rakan ada berbual, sudah lama tidak terlibat dengan tragedi besar sejak dua tahun lepas, namun tidak sangka pula tragedi dahsyat berlaku kelmarin," katanya.
  
- Bernama/malaysiakini

Temubual BBC bersama Dr Tariq Ramadhan cucu pengasas Ikhwan Muslimin, Imam As-Syahid Hassan Al-Banna.

  • Sesi temubual BBC bersama Dr Tariq Ramadhan cucu pengasas Ikhwan Muslimin, Imam As-Syahid Hassan Al-Banna.

    Pemberita: Bagaimana kamu boleh yakin bahawa Ikhwan Muslimin adalah satu pergerakan yang aman sedangkan ia didakwa menyerang gereja di seluruh Mesir beberapa hari ini?

    Dr Tariq Ramadan: Sejak 60 tahun yg lalu, Ikhwan Muslimin sangat dekat dengan Kristian Koptik dan mereka saling melindungi. Perkara ini bukanlah sesuatu yang baru. Sadat dan Mubarak juga telah melakukannya. Mereka tiada bukti untuk mengatakan perkara tersebut.

    Pemberita: Jadi kamu tidak percaya bahawa penyokong Ikhwan Muslimin yang telah membakar gereja walaupun mereka marah terhadap Kristian Koptik yang menyokong tentera?

    Dr Tariq Ramadan: Sangat kelakar apabila mereka mendakwa menjumpai senjata di Rabiatul Adawiyah tetapi tiada serangan bersenjata yang dilakukan oleh mereka (Ikhwan Muslimin) sejak 5 minggu mereka berhimpun. Inilah yang dilakukan oleh tentera. Lihatlah pada propaganda yang dilakukan oleh seluruh media di Mesir. Mereka mengatakan bahawa Ikhwan Muslimin adalah pengganas. Cara terbaik untuk membenarkan lakonan ini adalah membuat seolah-olah mereka membawa senjata. Ini bukanlah perkara yang baru tetapi telah berlaku pada era Mubarak juga. Mursi telah mengulang sebanyak 60 kali bahawa Kristian Koptik juga adalah rakyat Mesir. Ikhwan Muslimin mungkin bertentangan dengan tentera tetapi mereka pastinya bukan pengganas.

BERITA TERKINI 21 OGOS 2013 Damascus Suburb, SYRIA

BERITA TERKINI 21 OGOS 2013

Damascus Suburb, SYRIA

Mereka bukannya tidur, tetapi baru sahaja diangkat ruh mereka akibat serangan kimia oleh sang regim.

Lebih daripada 482 orang telah maut setelah mereka diserang dengan gas beracun pada pukul 3.00 pagi 21 Ogos 2013 di Ain Tarma dan Zamalka di timur Ghouta dan Mouadamieh di barat Ghouta.

150 kematian direkodkan di Pusat Rawatan Hamourieh

75 kematian direkodkan di Pusat Rawatan Erbeen

67 kematian direkodkan di Pusat Rawatan Saqba

140 kematian direkodkan di Hospital lapangan Kafrbatna

50 kematian direkodkan di Mouadamieh

Kebanyakannya adalah wanita dan kanak-kanak dan dijangka angka ini akan terus meningkat!

 

Pengunjung Pantai Baltic Rusia Terkejut Beruk!!!!!!

Orang ramai yang sedang berada di pantai Baltic,Rusia terkejut kerana mendapat satu pengalaman yang mereka tidak akan lupa apabila hoverkraf tentera muncul secara tiba0tiba di pantai tersebut.

Pihak berkuasa Rusia mengesahkan kejadian itu berkata kapal dan krunya sedang menjalankan latihan rutin.

Sunseekers enjoying the white sands of Russia's Baltic Coast got an experience they would not have expected when a military hovercraft made a surprise appearance.

Russian authorities confirmed the incident saying the ship and its crew had been carrying out a routine training exercise.

"Syuhada Rabaa" Foto Pengantin Baru Paling Menyedihkan di Mesir Menurut Reuters

"Syuhada Rabaa" Foto Pengantin Baru Paling Menyedihkan di Mesir Menurut Reuters


Foto diatas adalah salah satu syuhada diantara ribuan yang gugur pada pembantaian junta militer Mesir saat pembumihangusan Medan Rabi'ah Al-Adawiyah (14/8/2013). Dengan membawa mushaf, sang istri memeluknya untuk yang terakhir kali. Foto ini oleh Reuters disebut foto pengantin baru yang paling menyedihkan di Mesir.

Para syuhada telah menunaikan dan membuktikan janjinya dihadapan Allah, mereka hidup disisiNya dengan penuh kebahagiaan. Yang ditinggal pun tetap tegar dengan keyakinan bahwa kelak mereka akan dipertemukan kembali di jannahNYa.

Berikut, salah satu ungkapan istri syuhada, Asmaa Hussein, yang suaminya Amr Mohammed Kassem diantara ribuan syuhada Mesir. Gambarannya mirip dengan foto diatas...


Suamiku, Amr Mohamed Kassem kembali ke pangkuan Tuhannya pada usia 26 tahun.

Ia ditembak peluru tajam di dagunya hingga menembus leher. Ia gugur ketika mengikuti unjuk rasa di Alexandria, untuk menuntut keadilan bagi semua yang telah dibantai secara biadab oleh pasukan militer pada hari-hari dan pekan-pekan sebelumnya di seluruh penjuru Mesir.

Kemarin pagi aku pergi menuju ruang jenazah di rumah sakit terdekat di Alexandria untuk melihat Amr, sebelum ia dimandikan dan dimakamkan.

Ketika saya tiba di sana, banyak sekali orang menunggu di depan pintu untuk melihat anggota keluarga mereka yang juga terbunuh pada hari yang sama.

Teman-teman dan kerabat Amr juga berada di sana. Setelah menunggu beberapa lama, aku masuk ke dalam ruangan tempat Amr dibaringkan di atas meja, tertutup selimut panjang. Aku berdiri di sisinya dan membuka kain yang menutupi wajahnya, dan di sanalah ia, suamiku, kekasihku, rebah dalam dingin; padahal kurang dari 24 jam sebelumnya aku masih menyaksikan ia begitu bugar dan bahagia dan penuh senyum.

Lalu aku mencukur jambangnya, sebagiannya masih terasa lembut, sebagiannya lagi terasa kaku bersama simbah darah yang telah mengering. Hidungnya juga berdarah-darah dan ada goresan luka di sisi sebelah matanya, tapi ia begitu indah, bahkan sekalipun dalam kematian - bergeming seolah sedang tertidur. Lalu aku raba kedua bibir dan pipinya, dingin terasa.

Aku berdiri di sana agak lama, menatap wajahnya dalam-dalam, dan merasa seakan hatiku terlindas truk berulangkali. Aku tidak mau menangis keras-keras namun air mataku mengaliri pipi, dan aku lirihkan kepada kasihku

"Aku mencintaimu Amr. Aku tahu engkau selalu menginginkan gugur sebagai syahid, dan engkau telah memperoleh apa yang selalu engkau citakan, insya Allah, dan aku sangat bangga denganmu. Ya Allah ampunilah segala dosanya dan terimalah ia sebagai syuhada dan persatukanlah kami kembali di jannah-Mu kelak. Ya Allah sabarkanlah aku, karena aku tahu itulah waktu yang sudah Engkau tetapkan baginya, dan karena aku tahu bahwa dengan kehendak serta kasih sayang-Mu, ia hidup di sisi-Mu sebagai syahid."

Aku tidak beranjak seinchi-pun dari sisinya sampai aku merasa benar-benar siap. Aku bahkan tak tahu persis berapa lama aku berdiri di sana. Hingga kemudian, aku mencium pipinya dan mengatakan kepadanya bahwa aku akan bersua lagi dengannya insyaAllah, lalu aku menutup kembali wajahnya dan meninggalkan ruangan.

Dalam shalat Jenazah yang dilangsungkan setelah shalat Ashar, kulihat ada ratusan orang ikut serta - sahabat-sahabatnya, teman-temannya semasa sekolah, dan sanak famili.

Ia merupakan sosok yang dicintai banyak orang. Semuanya basah oleh air mata, kata-kata baik terungkap, dan orang-orang mengatakan syukur alhamdulillah karena Allah SWT telah menjemputnya dengan cara kematian terbaik di muka bumi ini.

Kami bersama menshalati dan mendoakannya. Kemudian aku beranjak keluar menyaksikan kerumunan ratusan orang membopong tubuhnya yang terbalut kafan menuju ke pemakaman. Para muslimah tidak ikut, kami menunggu hingga ia dimakamkan dan doa dipanjatkan. Setelah beberapa waktu, ibundanya, aku, dan kerabatnya yang perempuan berjalan hendak keluar menuju pemakaman ke tempat ia dikuburkan.

Namun tiba-tiba aku menyadari orang-orang di sekitarku berteriak kepadaku untuk pergi, lari melalui pintu samping. Aku tidak mengerti apa yang terjadi saat itu tapi seketika mulai terdengar desing keras di belakangku, batu-batu dilemparkan ke arah kami, dan orang-orang berteriak agar para perempuan segera lari.

Maka aku lari dan berlari tanpa menoleh ke belakang. Ketika berlari itu, aku terkena sebongkah batu besar di bagian pipi, tapi alhamdulillah, teman-temannya Amr melihatku dan menyuruhku untuk berlari di depan mereka sehingga mereka berada di belakangku dan menjaga agar tidak terjadi apa-apa terhadapku.

Gerombolan orang yang menyerang kami itu ialah berandalan preman yang sebelumnya mendengar kabar bahwa di sana ada pemakaman anggota Ikhwanul Muslimin (padahal suamiku bukan anggota Ikhwanul Muslimin, ia semata pria relijius yang meyakini adanya haq dan bathil). Banyak orang terluka, diantaranya terkena luka tusukan, tetapi sejauh yang saya tahu, Alhamdulilah tidak ada korban jiwa.

Sebegitu bencinya gerombolan preman itu, bahkan dalam proses pemakamanpun mereka menyerang kami.

Namun kebencian mereka tak berarti apa-apa bagiku, jika musuh Allah membenci anda, maka itu adalah tanda bahwa Allah ridho, kita di jalan yang benar.

Wahai kawan, hatiku serasa sakit dan aku tak tahu bagaimana hati ini bisa begitu sakit. Aku merindukannya setiap kali aku terjaga dan mimpi tentang dia ketika aku tertidur. Dia adalah suami terbaik dari seorang wanita. Dia tak  pernah berharap banyak, dia sangat baik, murah hati, lembut dan penuh kasih, tetapi juga kuat dan berani.

Bajunya masih terpaku pada kait di kamar kami, seolah-olah dia akan berjalan melalui pintu dan mengganti bajun piama sebelum dia tidur. Temannya memberi saya dompet Amr dan ponsel, tapi hadiah pernikahan yang hilang,  masih tidak tahu di mana itu.

Namun melalui semua ini, aku tidak bisa mengatakan apa-apa kecuali Innalillahi wa inna ilayhi raji'un, dan terus berdoa untuknya.

Aku menolak untuk meratap dengan dengan protes kepada-Nya "mengapa" Ia membawanya atau berpikir "kalau saja dia tidak pergi ke protes pada hari Jumat, ia akan hidup."

Tidak, itu sudah takqdir bagi Amr untuk kembali ke Allah, aku tahu bahwa di luar bayangan keraguan. Dan meskipun aku berharap aku punya lebih banyak waktu dengan dia di dunia.

Aku dengan tulus berharap untuk bersatu kembali dengannya dan menjadi istrinya, jika Allah mengijinkanku, di surga. Dalam jannah waktu tidak berakhir, tidak ada takut terpisah dari orang yang Anda cintai. Aku percaya dengan setiap inci, bahwa cinta kita benar-benar cinta yang bisa bertahan dari dunia ini ke dunia berikutnya.


Ya Allah, Engkau persatukan kembali Musa dengan ibunya setelah dia menempatkannya di sungai, ya Allah persatukan kembali Yaqoub dengan anaknya tercinta Yusuf setelah bertahun-tahun berpisah. Ya Allah Engkau lah yang mampu menyatukan hati kami kembali di akhirat nanti.

Semalam setelah kami pulang, aku menerima telepon dari seorang teman kerabat - seseorang yang telah menyaksikan pertama kali apa yang terjadi pada Amr setelah dia ditembak.

Dia mengatakan kepada kami bahwa pada kejadian itu Amr tidak langsung meninggal, dia masih hidup untuk beberapa saat. Tangan kirinya memegang dagunya di mana peluru itu masuk, dan jari telunjuk kanannya naik, dan dia berkata dengan jelas "Ashhadu anna la illaha ilAllah, wa ana ashhadu Muhammadun Rasulullah" dan ia memiliki senyum lebar di wajahnya, seolah-olah itu adalah hari pernikahannya.


Wahai kawan, kata-kata dorongan tidak begitu saja. Aku tak punya apa-apa selain cinta dan hormat untuk Anda semua, dan sekarang aku tahu jauh lebih banyak daripada sebelumnya bahwa sebagai umat Islam, meskipun kami memiliki kesalahan dalam komunitas kami, ketika kami bersama dan bersatu, kita benar-benar menjadi kekuatan yang harus diperhitungkan.

Dukungan cinta dan doa telah menyentuhku. Aku pasti akan perlu doa dan dukungan ketika aku kembali ke Kanada insyaAllah.

Aku memohon kepada Allah semoga tetap dikuatkan di jalan-Nya dan tidak menyimpang dari jalan-Nya, demi aku, anak-anak dan juga demi Amr - untuk menghormati dia di jalan yang Allah yang telah meridhoinya.

Ya habibi ya Amr... Duhai kekakasihku Amr... Kuberharap bahwa sekarang jiwamu berada dalam burung hijau dan terbang ke Jannah-Nya, makan dan minum dari ketentuan dan dekat kepada Allah, di mana kau tidak akan pernah meneteskan air mata lagi atau pernah merasa rasa kehilangan atau penderitaan.

Kau adalah cintaku di dunia ini dan insyaAllah setelahnya, kau ada di hatiku selalu, Doa-doaku akan terus teriring untukmu.

Asmaa Hussein

*sumber: islamedia, dll

This video is public. Kemalangan bas jatuh gaung di KM3.6 Jalan Genting-Karak l 21 Aug 2013

Sehingga 9 malam ini, seramai 37 orang termasuk pemandu bas disahkan terkorban dalam nahas bas ekspres yang terjunam 60 meter ke dalam gaung di KM3.6 Jalan Genting Highlands.
   
Kemalangan berlaku di KM3.6 Jalan Genting Highlands ketika bas yang membawa 53 penumpang itu menuruni jalan curam dari puncak Genting Highlands menuju ke ibu negara.NONESementara itu, Penolong Ketua Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Datuk Soiman Jahid berkata mangsa yang ditemui meninggal dunia sehingga 8 malam ini ialah 18 lelaki dan 12 wanita.
  
Bagaimanapun Kewarganegaraan mangsa yang
maut masih belum dapat dipastikan, katanya.
  
NONEBeliau berkata operasi mencari dan menyelamat akan diteruskan
sehingga kesemua mangsa ditemui.
  
"Kami akan menggunakan unit pengesan K9 untuk mencari mangsa yang kemungkinan tercampak keluar dari bas bagi memastikan tiada mangsa tertinggal di bawah gaung sana," katanya.

Beliau berkata seramai 450 anggota bomba, polis dan Jabatan Pertahanan Awam terlibat dalam operasi itu.
  
Seramai 16 lagi mangsa telah berjaya dibawa keluar daripada bas itu dan kini menerima rawatan di beberapa hospital kerana mengalami pelbagai kecederaan dan ada yang dilaporkan kritikal.
  
Hospital Selayang menerima lapan pesakit, Hospital Kuala Lumpur (lima), Hospital Sungai Buloh dan Hospital Bentong masing-masing dua mangsa.
  
Soiman berkata punca kemalangan masih belum diketahui dan pihaknya juga masih belum menemui saksi kejadian.
  
"Tapi kami merasakan keadaan fizikal jalan ini menuruni cerun. Memanglah cerun ini agak menjunam, jadi sekiranya ia tidak dikawal dengan sempurna menyebabkan bas tergelincir dan jatuh ke gaung. Ini penilaian awal daripada pihak penyelamat," katanya.
  
Sementara itu Ketua Jabatan Kecemasan dan Trauma HKL Datuk Seri Dr Abu Hassan Assari Abdullah pada sidang media berkata kesemua mangsa yang dirawat di hospital itu dilaporkan stabil.
  
Katanya setakat ini 20 mayat telah dihantar ke HKL.
  
Antara warga asing yang cedera dalam nahas itu ialah dari Bangladesh dan Thailand.
  
erikut senarai yang menerima rawatan di HKL:
  
    1. Wong Teraphong, 63 (Thailand) 
    2. Ali Haider Syed Haider , 46 (Bangladesh)
    3. Saidah, 19 (Malaysia) 
    4. Razif, 26 (Malaysia)
    5. Tan Ming Shing, 26 (Malaysia)
Manakala mangsa dirawat di Hospital Selayang dikenali sebagai:
1. Raawnok Arefin (Bangladesh)
2. Nur Syamimi Ja'afar (Malaysia)
3. Nur Fatihah Ja'afar (Malaysia)
4. Rashidah Buyan (Bangladesh)
5. Andri Purwadi (Indonesia)
6. Nurul Quraitul Aini (Malaysia)
7. Rezyan Arefin (Bangladesh)
8 . Nur Fridil Gusman (Indonesia)   
- Bernama

Nahas Bas Di Genting

genting3Pasukan penyelamat kini dilaporkan sedang mengeluarkan 33 lagi penumpang nahas bas yang terhumban di Genting Higlands, yang dipercayai sudah mati.
Pasukan bomba dan penyelamat dikatakan akan mengambil masa sekurang-kurangnya dua jam lagi untuk mengeluarkan mangsa terbabit.
Setakat jam 6 petang ini, 16 penumpang yang cedera sudah dikeluarkan dan mereka kini dikejarkan ke Hospital Selayang dan Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan.
Nahas berlaku jam 3 petang tadi ketika bas ulang-alik itu sedang menghala ke Kuala Lumpur dari pusat peranginan itu.

sumber:klik

Terkini: SI CELAKA SISI BERPAKAIAN AWAM BUAT KALI PERTAMA SELEPAS RAMPASAN KUASA

Prihatin Mesir | Terkini

SISI BERPAKAIAN AWAM BUAT KALI PERTAMA SELEPAS RAMPASAN KUASA

Menteri Pertahanan Mesir yang merampas kuasa General Abd Fatah As-Sisi dilihat kali pertama memakai sut di khalayak umum. Sebelum ini dalam semua majlis, beliau hanya memakai pakaian seragam tentera. 

Umum menyatakan bahawa penyebaran gambar beliau dengan berpakaian sut sebagai petanda awal cubaan untuk mencalonkan beliau sebagai calon presiden pada pilihanraya akan datang.

Sebelum ini, jurucakap tentera menyatakan Sisi mempunyai hak untuk dicalonkan sebagai presiden pada pilihanraya akan datang.

Sumber : Rassd.com & Al-youm 7
#prihatinmesir

SISI BERPAKAIAN AWAM BUAT KALI PERTAMA SELEPAS RAMPASAN KUASA

Menteri Pertahanan Mesir yang merampas kuasa General Abd Fatah As-Sisi dilihat kali pertama memakai sut di khalayak umum. Sebelum ini dalam semua majlis, beliau hanya memakai pakaian seragam tentera.


Umum menyatakan bahawa penyebaran gambar beliau dengan berpakaian sut sebagai petanda awal cubaan untuk mencalonkan beliau sebagai calon presiden pada pilihanraya akan datang.

Sebelum ini, jurucakap tentera menyatakan Sisi mempunyai hak untuk dicalonkan sebagai presiden pada pilihanraya akan datang.

Sumber : Rassd.com & Al-youm 7

Kisah Benar Dr Islam: Catatan ini dibuat di Medan Rabaah pada 9.44pm, 15 Ogos 2013.

Catatan seorang Doktor dari Medan Raba’ah Adawiyah

Sebagai salah seorang peserta demonstrasi yang telah biasa berkhemah di Rabaah, saya memang berada di situ sejak Rabu pagi.

Seawal jam 6 pagi, arahan dikeluarkan kepada semua agar meninggalkan khemah dan berada di dataran, dan sudah ada tanda-tanda kecemasan.

Sekitar jam 6.30 pagi, saya mula mengalami masalah dengan isyarat talian internet menyebabkan saya termangu-mangu, dan ketika saya tiba di belakang “Tiba Mall” jam 6.40 pagi, barulah saya menyedari serangan telah bermula dengan lontaran bertalu-talu gas pemedih mata yang dilontarkan tepat ke tengah-tengah kawasan di mana peserta demonstrasi aman duduk.

Dalam tempoh beberapa minit, saya dapat melihat mangsa pertama dilumuri darah dari luka yang parah di tangan yang kelihatannya telah melibatkan sebahagian besar otot tangan kanannya. Sebagai pakar bius dan pakar perubatan kecemasan (critical care physician), saya mengambil keputusan untuk menawarkan diri bertugas di hospital Medan Rabaah sejak awal perhimpunan diadakan, iaitu selepas Presiden Morsi digulingkan.

Hospital medan agak tersusun. Ia barangkali telah belajar daripada dua episod pembantaian lepas. Walaubagaimanapun, mangsa bertali arus masuk dan dengan segera, keadaan menjadi kelam kabut.

Saya tidak merasai sendiri pengalaman ketika pembantaian “Republican Guards" atau pembantaian Al-Azhar, maka saya berasa sangat terkesan melihat betapa ramainya mereka yang mengalami kecederaan pada hari ini.

Dalam masa kurang dari 3 jam, hospital dan ruang-ruang dewan berhampiran hampir penuh dengan mayat dan mereka yang cedera.

Kecederaan yang dialami adalah sama ada dari peluru tabur (birdshot) kepada peluru hidup (live bullet).

Kebanyakan luka dari peluru hidup dijumpai di bahagian atas badan dengan sebahagian besarnya di kepala dan leher yang langsung mengakibatkan kematian.

Sekitar jam 10-10.30 pagi, gas pemedih mata mula dilemparkan ke arah hospital, menyebabkan udara sekitar amat melemaskan dan semua kakitangan hospital mula memakai topeng mulut.

Oleh kerana saya tidak berdaftar di hospital tersebut, saya tidak mempunyai bekalan topeng.

Sukar bernafas, saya tinggalkan aras pertama, aras di mana pesakit diterima, dan cuba naik ke aras kedua untuk mencari topeng tersebut di bilik bekalan.

Di aras kedua, saya terjumpa sebuah bilik di mana kaum ibu membawa anak-anak kecil mereka berlindung dari asap pemedih mata yang cukup pekat itu.

Saya akhirnya hanya menjumpai topeng biasa dan bukan topeng yang dapat melindungi dari asap pemedih mata.

Saya menyambung tugas membantu mangsa-mangsa baru yang tiba di hospital, tetapi keadaan semakin teruk dengan pertambahan jumlah mangsa.

Ini termasuk kes-kes yang parah, asap pemedih mata (saya mendapat tahu kemudiannya botol gas ini dilemparkan dari atas oleh helikopter). Bunyi tembakan juga semakin hampir dengan hospital.

Jam 12.00 tengahari, terdapat arahan untuk mengosongkan hospital kerana terdapat kebimbangan serangan di situ. Semua staf di arah menyorokkan tag pengenalan identiti perubatan mereka, menyorokkan kot putih atau sarung tangan bagi mengelakkan tangkapan atau soal siasat.

Saya meninggalkan hospital tersebut dan melintasi satu dewan yang dipenuhi mayat-mayat mangsa serangan, dan kemudiannya melalui satu dewan lain yang penuh juga dengan mereka yang tercedera yang dikategorikan sebagai kurang teruk (apabila saya maksudkan kurang teruk, ini hanyalah bermaksud mereka ada beberapa jam untuk mengharungi kecederaan tanpa pemerhatian rapi, tapi sebenarnya, dalam keadaan normal, mereka adalah pesakit yang memerlukan pembedahan segera).

Hati saya sangat tersentuh tatkala saya melihat senario wanita dan orang tua yang hanya mampu menangis di samping anak-anak atau saudara mereka yang tercedera kerana memang tidak ada siapa yang dapat menolong mereka di tengah-tengah serangan berdarah ini.

Saya berdiri di sebuah koridor di belakang hospital, yang berdekatan dengan Masjid Rabaah. Di sini juga beberapa mangsa di kalangan pemprotes berlindung setelah mereka tiada lagi tempat di hospital.

Salah seorang dari mereka yang cedera (ditembak di kaki) berkata kepada saya “Dr, kenapa berdiri sebegini? Pergilah dan pindahkan atau tolong pesakit lain”. Saya berasa sangat simpati kepada anak muda ini, yang tidak pedulikan kecederaan dirinya sendiri sebaliknya memikirkan sahabat-sahabat lain di tengah-tengah serangan berdarah ini.

Saya sendiri tidak tahu hendak ke mana setelah arahan mengosongkan hospital, jadi saya terus berlindung di situ, hampir dengan masjid di mana wanita dan orang tua berada. Bunyi tembakan peluru bersambungan dan semakin dahsyat, asap terus memenuhi ruang.

Selepas beberapa minit saya lihat gas pemedih mata menguasai koridor di mana saya berdiri tadi, saya teringatkan pemuda yang menegur saya tadi dan yang lain yang tercedera, adakah mereka sempat dipindahkan atau tidak? Orang ramai mengipas-ngipas ruang udara mereka dengan baju dan kain untuk cuba mengusir asap dan bau yang cukup melemaskan itu.

Selepas sejam, saya berjumpa seseorang dari hospital medan tadi, dan dia memberitahu sebuah hospital dari badan kebajikan Rabaah telah dibuka untuk menerima pesakit.

Saya segera ke situ dan segera bertugas kembali, saya merasakan sedikit lega kerana dapat bekerja di hospital sebenar, apatah lagi sahabat-sahabat sekerja saya berjaya mendapatkan bekalan perubatan dari hospital medan tadi. Kami mula bekerja dan saya gembira kadar mangsa baru yang datang berkurang. Saya mula terfikir yang tentera telah memberhentikan serangan mereka.

Saya mula bekerja dengan kes yang ada dengan sepenuh kemampuan saya. Ada beberapa kes yang teruk. Salah satu daripadanya adalah kes seorang wartawan asing (saya diberitahu bahawa mereka dari Sky News) telah ditembak di bahagian bawah dada, mengalami pendarahan yang banyak sehingga beliau kelihatan pucat.

Saya sempat memberitahu rakan-rakan wartawan tersebut yang sahabat mereka memerlukan pembedahan segera (hanya beberapa minit kemudian, saya telah tidak dapat menemukan mereka, dan tidak tahu sama ada sahabat mereka terselamat atau tidak).

Namun saya sempat berpesan kepada kumpulan wartawan ini, jika mereka boleh memberitahu dunia, untuk menyeru tentera supaya jangan mensasarkan hospital dengan serangan peluru hidup dan gas pemedih mata.

Sniper mensasarkan hospital

Dalam keadaan yang agak aman ini, saya turun ke aras bawah tanah untuk cuba merehatkan diri, tapi nasib saya, terjumpa dua orang yang kebetulan dari kampung halaman saya. Mereka bertuah kerana hanya cedera dengan tembakan di kaki dan di betis, dibandingkan dengan kes-kes di luar sana.

Saya kemudiannya melakukan bantuan kecemasan resusitasi (CPR) kepada seorang mangsa lain, malangnya tidak berjaya menyelamatkan beliau. Saya cuba membantu pasukan perubatan untuk memindahkan jasad beliau, tapi kami diberitahu bahawa peti penyejuk tempat simpanan mayat telah pun penuh dengan lebih 40 mayat, dan diarah membawa mayat tersebut ke tingkat 3. Saya amat terkejut melihat dewan di tingkat 3 juga penuh dengan 30-40 mayat.

Saya meletakkan jenazah ke satu bahagian di situ, dan turun ke tingkat bawah, hanya untuk kemudiannya diberitahu bahawa pintu masuk ke hospital sekarang adalah di bawah "ehsan" seorang penembak tepat (sniper) yang akan menembak sesiapa sahaja yang cuba masuk ke hospital.

Satu pemandangan yang memilukan melihat orang ramai berlari membawa sama ada bekalan hospital, ataupun mangsa yang tercedera, dengan susah payah mengelakkan diri dari sniper yang juga mensasarkan tembakannya hatta kepada mereka yang cuba mengintai di balik tingkap hospital.

Tidak berapa lama kemudiaan, tembakan sniper itu mengenai kaca tingkap yang pecah berderai. Jam 3 petang, keamanan yang kami nikmati seketika hancur dengan ramai lagi mangsa dibawa ke hospital dengan kecederaan yang lebih parah daripada apa yang dilihat di sebelah pagi tadi.

Saya melihat mangsa yang berkecai kepalanya dan bersepai tisu otak di atas lantai. Saya juga melihat mangsa dengan tembakan yang disasarkan tepat mengenai kepala dan leher, ditembak sniper.

Jam hanya menunjukkan jam 4 petang, apabila lantai di aras bawah tanah dan tingkat satu telah mula penuh dengan mereka yang tercedera dan terkorban. Saya tahu, di aras lain pun keadaannya serupa.

Terdapat beberapa ambulan yang cuba memindahkan pesakit dari pintu belakang, tetapi dengan kecederaan parah mangsa-mangsa yang ada, saya rasa mereka hanya dapat memindahkan sekitar 5% sahaja dari keseluruhan yang memerlukan pembedahan. Keadaan semakin teruk, kami tidak dapat merawat semua kes yang baru tiba. Kami hanya memikirkan kes-kes yang mempunyai peluang cerah untuk hidup walaupun bilangannya sedikit.

Lantai dilumuri darah, dan pesakit baru terpaksa dibawa merentasi mereka yang lain yang telah ada di atas lantai. Saya bekerja seperti sebuah mesin, dan tidak percaya saya masih hidup melihat perkara ini terjadi di negara saya sendiri.

Saya pernah menjadi sukarelawan di hospital lapangan di Dataran Tahrir pada tahun 2011, tetapi tiada yang dapat dibandingkan dengan pembantaian Rabaah ini. Saya sehinggakan tidak sempat mengambil gambar pesakit atau dokumen mereka kerana terlalu sibuk menyelamatkan nyawa.

Bau kematian berada di mana-mana, dan baju saya basah dilumuri darah. Saya terpaksa menulis sebuah buku jika harus menceritakan semua pesakit yang saya rawati.

Polis menyerang hospital jam 5.00 petang, peluru sekali lagi menghujani pintu, dan meranapkannya sama sekali. Bunyi tembakan semakin dekat dan bingit. Setengah jam kemudian, tembakan dilepaskan ke Jabatan Kecemasan yang dipenuhi dengan pasukan perubatan dan mangsa.

Ketakutan menyelubungi hospital dan semua orang seperti terperangkap di tempat sendiri. Sepuluh minit kemudian, pegawai polis memecah masuk ke hospital. Mereka berbadan besar dan memakai pakaian khas berwarna hitam dengan senjata api besar, yang belum pernah saya lihat sebelum ini. Mereka mengarahkan semua orang meninggalkan hospital.

Perdebatan tercetus di antara kami tentang apa yang kami perlu buat dengan ratusan yang lain yang tercedera yang masih hidup di hospital, dan adakah kami dapat mempercayai polis-polis ini, namun apabila seorang polis masuk ke ruangan di mana kami berada, seorang demi seorang mula beredar.

Ketika mula beredar, saya memberitahu seorang polis, yang masih terdapat mereka yang tercedera di hospital itu. Dia menjerkah saya berkata “Biarkan mereka mati! Biarkan mereka mati!” dan berjalan ke arah saya dengan senapang yang besar itu, seakan ingin menyerang saya. Nasib baik, saya sempat lari menerusi pintu kaca yang pecah ketika dia sibuk dengan mereka yang lari ke arah berlawanan.

Keadaan di hospital Raba'ah Adawiyah sehari selepas di bakar oleh polis. AFP pic, 17 Ogos, 2013.Keadaan di hospital Raba'ah Adawiyah sehari selepas di bakar oleh polis. AFP pic, 17 Ogos, 2013.

Polis membakar hospital

Di luar hospital, keadaanya lebih mengerikan, mayat-mayat di atas jalan, dan tembakan di sana sini. Kami berjalan di sepanjang tembok dengan tembakan demi tembakan dan saya tidak tahu jika orang di belakang saya terbunuh atau tidak. Saya berjalan terus ke jalan berhampiran, risau jika saya ditembak atau ditangkap, tapi nampaknya polis sibuk dengan saki-baki pemprotes di tempat protes tadi.

Saya toleh ke belakang dan lihat asap tebal, setelah mereka membakar hospital dalam keadaan masih ramai orang di dalam, mayat-mayat dan mereka yang tercedera yang tidak dapat meninggalkan hospital. Sehingga saat ini, saya tidak dapat melupakan kes terakhir saya, seorang tua yang datang setelah ditembak di kepala, tetapi beliau masih hidup.

Beliau ditemani oleh anak saudaranya yang berumur antara 15-16 tahun. Saya lakukan bantuan kecemasan , memasukkan tiub intubasi (intubation) dan meminta anak saudaranya mengepam udara masuk ke ruang pernafasan menggunakan pengepam (ambu-bag breathing).

Dalam perjalanan keluar, saya masih terlihat riak wajah tak berdaya remaja ini memohon pertolongan dari kami untuk bapa saudaranya. Bapa saudaranya mungkin terbunuh dengan terbakarnya hospital, tapi saya tidak tahu nasib remaja ini.

Saya berjalan keluar, berfikir, adakah spesies manusia yang menyerang kami, atau bukan. Segala tembakan adalah untuk membunuh, dan segala keceraan adalah di luar imaginasi. Saya tidak mahu percaya bahawa saya telah hidup melihat penduduk Mesir terbunuh di jalan-jalan dan hospitalnya dibakar, dengan pesakit masih di dalamnya.

Jika ini berlaku kepada kita, oleh mereka yang juga kaum Mesir yang sepatutnya melindungi kita, apa akan terjadi jika kuasa asing menyerang negara kita? Saya menulis setiap baris ini dan saya masih tidak mempercayainya. Saya berharap semua ini adalah mimpi ngeri yang saya akan terjaga darinya.

sumber:klik

* Dr Islam Abdel Rahman adalah seorang pakar bius (anaesthetist). Catatan ini dibuat di Medan Rabaah pada 9.44pm, 15 Ogos 2013.

Koleksi Banjir Di Kemaman Dan Kuantan 2013

 
© Gi Mari Gi Mari All Rights Reserved