Sejarah Yang Kita Tak Pernah Baca: Penemuan Kenderaan Firaun Yang Tenggelam Di Laut Merah

Penemuan Kenderaan Firaun Yang Tenggelam Di Laut Merah

Seorang Arkeologi bernama Ron Wyatt pada akhir tahun 1988 silam mendakwa bahawa dia telah menemui beberapa bangkai roda kereta tempur kuno didasar laut merah. Menurutnya, mungkin ini merupakan bangkai kereta tempur Firaun yang tenggelam dilautan tersebut ketika digunakan untuk mengejar Nabi Musa bersama para pengikutnya.
Menurut pengakuannya,selain menemui beberapa bangkai roda kereta tempur berkuda, Wyatt bersama para krunya juga menemukan beberapa tulang manusia dan tulang kuda ditempat yang sama. Penemuan ini tentunya semakin memperkuatkan tekaan bahawa sisa-sisa tulang belulang itu merupakan bagian dari kerangka para bala tentara Firaun yang tenggelam di laut Merah.
Apalagi dari hasil pengujian yang dilakukan di Stockhlom University terhadap beberapa sisa tulang belulang yang ditemui,memang benar adanya bahwa struktur dan kandungan beberapa tulang telah berusia sekitar 3500 tahun silam, dimana menurut sejarah,kejadian pengejaran itu juga terjadi dalam kurun waktu yang sama.
Gandar Roda Kenderaan Firaun Yang Dijumpai
Selain itu, keadaan bentuk roda juga dapat dilihat secara jelas. Mungkin Allah sengaja melindungi benda ini untuk menunjukkan kepada kita semua bahwa mukjizat yang diturunkan kepada Nabi2-Nya merupakan suatu hal yang nyata dan bukan merupakan cerita dongeng belaka.
Diantara beberapa bangkai kereta tadi, ditemukan pula sebuah roda dengan 4 buah jeruji yang terbuat dari emas. Diandaikan itulah sisa dari roda kereta kuda yang ditunggangi oleh raja mereka, Firaun.
Lokasi dipercayai Nabi Musa bersama para kaumnya menyeberangi Laut Merah
Lokasi dipercayai Nabi Musa bersama para kaumnya menyeberangi Laut Merah 

Pada bahagian peta yang didalam bulatan merah itulah ,menurut para ahli kira-kira disitulah lokasi dimana Nabi Musa bersama para kaumnya menyeberangi Laut Merah. Lokasi penyeberangan mereka dikatakan berada di Teluk Aqaba di Nuweiba. Kedalaman maksimum perairan di sekitar lokasi penyeberangan adalah 800 meter di sisi ke arah Mesir dan 900 meter di sisi ke arah Arab. Sementara itu di sisi utara dan selatan lintasan penyeberangan (garis merah) kedalamannya mencapai 1500 meter. Anggaran jarak antara Nuweiba ke Arab sekitar 1800 meter.Lebar lintasan Laut Merah yang terbelah dianggarkan 900 meter.
Dapatkah kita membayangkan berapa kekuatan yang diperlukan untuk dapat membelah air laut hingga memiliki lebar lintasan 900 meter dengan jarak 1800 meter pada kedalaman perairan yang rata-rata mencapai ratusan meter untuk waktu yang cukup lama, apatahlagi menurut sejarah, pengikut Nabi Musa pada ketika itu adalah berjumlah ribuan orang? (menurut tulisan lain anggaran jaraknya mencapai 7 km, dengan jumlah pengikut Nabi Musa sekitar 600.000 orang dan waktu yang ditempuh untuk menyeberang sekitar 4 jam).

Menurut pengiraan secara sains, anggaran keperluan tekanan (gaya per satuan luas) sebesar 2.800.000 Newton/m2 atau setara dengan tekanan yang kita terima jika menyelam di laut hingga kedalaman 280 meter. Jika kita kaitkan dengan kecepatan angin, menurut beberapa pengiraan, setidaknya diperlukan hembusan angin dengan kecepatan konstan 30 meter/detik (108 km/jam) sepanjang malam untuk dapat membelah dan mempertahankan belahan air laut tersebut dalam jangka waktu 4 jam!!! Sungguh luar biasa dan mengagumkan, Allah Maha Besar.

Secara ilmiah seharusnya roda tersebut telahpun hancur kerana usianya yang telah terlalu tua. Namun jika Allah menghendaki, tiada perkara yang mustahil untuk berlaku dan ianya akan dilindungi sebagaimana mayat firaun yang terawet dan masih elok ketika ditemukan untuk menjadi pengajaran bagi manusia tentang kewujudan dan kebesaran Allah SWT. WaAllahhu ‘alam.

sumber: irfanirsyad.wordpress.com

Tahniah Kelantan Juara Piala FA 2013

PEMAIN terbaik perlawanan akhir Piala FA 2013, Mohd Badhri Radzi menyifatkan kejayaan menewaskan Johor Darul Takzim (JDT) di Bukit Jalil malam tadi sebagai hadiah buat penyokong Kelantan.

Mohd Badhri atau mesra dengan panggilan Piya berkata, The Red Warriors sentiasa menghargai sokongan padu penyokong yang sanggup membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil.

Katanya, sorakkan penyokong berjaya menaikkan semangat pemain untuk menampilkan aksi terbaik.

"Sudah tentu saya gembira apabila dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan. Namun, pujian harus diberikan kepada semua pemain.

"Kita bermain sebagai satu pasukan. Kejayaan ini hadiah untuk rakyat Kelantan," katanya.

Pada masa sama, Piya mahu rakan sepasukannya segera melupakan kejayaan malam tadi untuk kembali fokus pada saingan Liga Super.

"Kita ada baki dua lagi perlawanan Liga Super. Ia sangat penting untuk baiki kedudukan dan harap semua pemain bersedia," katanya.

sumber:klik

Petua Mudah: Tidur boleh cantikkan kulit

tidur
Golongan wanita sememangnya menitikberatkan tentang kecantikkan kulit terutamanya kulit wajah. Namun tahukah anda bahawa tidur malam yang secukupnya mampu membuatkan anda kelihatan cantik?

Ini kerana ketika anda tidur, segala organ di dalam badan mula bekerja contohnya seperti menyah toksik yang tidak di perlukan di dalam badan seperti di dalam hati, hempedu, paru-paru dan sebagainya.

Oleh itu, di sini kami ingin berkongsi dengan anda beberapa langkah untuk mendapatkan tidur yang selesa;

- Sebelum anda tidur, minum segelas susu segar yang telah dicampurkan dengan beberapa titis madu.
- Pastikan sebelum tidur perut anda tidak terlalu lapar atau tidak terlalu kenyang.
- Gunakan cadar dan sarung bantal yang bersih agar anda berasa lebih selesa.
- Jangan tidur dalam keadaan terang kerana ia sedikit sebanyak menganggu tidur anda. Jadi biasakan diri anda tidur dalam keadaan malap atau gelap.
- Mandi sebelum tidur kerana ia boleh membantu anda untuk tidur dengan lebih lena.

Diharap dengan beberapa tips ini dapat membantu anda mendapat tidur yang cukup sekaligus dapat mencantikkan kulit anda. Selamat mencuba!

sumber:klik

Neelofa Akui Sudah Halalkan Hutang RM5K Shahz Jaszle

neolofa
Teks oleh Syafiqah Jalal
KUALA LUMPUR, 25 JUN 2013: Tidak berniat mahu memanjangkan isu hutang pelakon Shahz Jaszle terhadapnya, pelakon dan pengacara, Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor akui sudah pun menghalalkan hutang sebanyak RM5,000 kepada aktor tersebut.

Neelofa berkata, hutang sebanyak iyang dibuat oleh Shahz Jaszle sejak 2 tahun lalu itu telah didiamkan begitu sahaja oleh aktor tersebut selepas mereka tidak berhubung sejak lebih setahun yang lalu.

"Memang dia ada berhutang dengan saya dengan jumlah wang yang sebanyak itu tetapi ianya sudah berlalu sejak tahun lalu. Selepas itu kami tidak bercakap atau berhubung, jauh sekali berjumpa di dalam set penggambaran bersama.

"Senang kata kami lost contact atau tidak berhubung lebih setahun, malah dia juga tidak ada menghubungi saya pun untuk membayar balik hutang itu. Bila perkara ini diketahui umum, saya pun tidak mahu memperbesarkannya lagi dan saya halalkan sahaja hutangnya itu," katanya kepada murai.com.my ketika dihubungi.

Neelofa diminta mengulas mengenai isu hutang tersebut selepas sebuah artikel daripada Murai Batu yang mengatakan bahawa pelakon wanita itu mahu menuntut hutang berkenaan daripada Shahz Jaszle.

Meskipun Neelofa sudah menghalalkan hutangnya itu, namun pelakon filem Azura ini memberitahu dia masih terima jika Shahz Jaslze masih mahu membayarnya.

"Jika dia tidak mahu membayarnya saya boleh sahaja halalkannya kerana tidak mahulah ianya menjadi kecoh begini. Tetapi jika dia mahu membayarnya, tangan saya terbuka luas untuk menerimanya," jelasnya lagi.

Mengenai perkembangan terbarunya, Neelofa bakal menjalani penggambaran sebuah filem arahan Kabir Bhatia bersama pelakon Sharnaaz Ahmad menjelang bulan ramadan ini.

sumber:klik

Balasan Kerana Gemar Menonton Video Lucah


Seorang lelaki jemaah haji dari negara ini medakwa dia diserbu oleh sekumpulan wanita bogel di tepi Kaabah. Pendakwah Ustaz Hj Safuan Fathy berkata, berikutan itu lelaki tersebut lari tidak tentu arah hingga ramai yang menyangkanya tidak siuman. “Dia juga menangis teresak-esak seperti budak kecil ketakutan,” kata Ustaz Safuan.

Menurut beliau, peristiwa membabitkan lelaki berusia 40-an itu diceritakan kepadanya oleh seorang rakannya yang kebetulan menguruskan jemaah haji pada tahun itu. Rakan saya bertanya kepada lelaki berkenaan apa yang menyebabkan dia berkelakuan begitu secara tiba-tiba.

Pada mulanya lelaki tersebut enggan berterus-terang tetapi setelah didesak, katanya dia diserbu dan disekat oleh sekumpulan wanita bogel semasa hendak memulakan tawaf. Menurut lelaki itu, kesemua wanita tersebut berbogel dan dia juga tidak nampak lelaki atau wanita yang berpakaian melainkan kumpulan wanita berbogel itu sahaja.


Katanya, mereka halang dia dari masuk ke kawasan Kaabah. Banyak kali juga dia cuba merempuh tetapi gagal. Akhirnya dia rasa tidak bermaya hingga menangis ketakutan,” kata Ustaz Safuan.

Menyedari mungkin ada dosa berat yang dibawanya, lelaki itu turut memohon ampun kepada Allah SWT banyak-banyak hingga kelakuannya menarik perhatian anggota jemaah lain. Rakan saya yang juga seorang ustaz bertanya kepada lelaki itu, apa yang dia agak jadi punca.

Seperti mula tadi, lelaki itu agak keberatan. Sungguhpun begitu, dia kemudian mengakui dirinya adalah pengemar gambar atau video lucah. Ustaz Safuan seterusnya berkata, petanda kegilaan lelaki terbabit terhadap bahan-bahan lucah ialah dia banyak menyimpan sama ada gambar, buku, VCD, serta sering melayari laman web bogel untuk memuaskan nafsu.

Menurut lelaki itu, dia gemar benda-benda lucah itu sejak bujang lagi. Setelah berbelas tahun kahwin pun, hobi itu masih tidak dapat ditinggalkan. Dia sudah jadi seperti penagih, katanya.

Menurut Ustaz Safuan, dari pengakuannya, lelaki itu mendakwa isterinya juga sudah tidak mampu berbuat apa-apa untuk mempengaruhi supaya dia tinggalkan tabiat buruk itu. “Yang peliknya, pada malam sejurus sebelum dia keluar ke lapangan terbang untuk ke tanah suci, dia masih lagi sempat tonton video lucah sebelum berlepas.

Sebelum itu, dia menghubungi seorang kawannya yang hendak berangkat ke Jepun agar belikan dia beberapa majalah lucah untuk koleksinya,” katanya. Lelaki itu menceritakan demikian di hadapan rakan Ustaz Safuan sambil menangis sesal.

Sehubungan itu, dia dinasihati agar bertaubat nasuha dan bertekad tidak akan mengulangi perbuatan terkutuk itu lagi. Lelaki itu bersetuju. Dihadapan rakan saya itu juga, dia menelefon isterinya di tanah air agar minta bakar semua bahan lucah yang ada dalam simpanannya. Dia kemudian menghubungi rakannya di Jepun minta jangan beli majalah porno yang dia pesan sebelum itu.

Atas kehendak Allah, kata Ustaz Safuan, lelaki berkenaan akhirnya kembali bersemangat dan berjaya menyempurnakan ibadah hajinya hingga selesai tanpa sebarang gangguan. Kumpulan wanita bogel itu juga tidak muncul-muncul lagi selepas itu”



Kredit Sumber : Mingguan Perdana 18 mac 01.

Manusia Wajah Syaitan:Budak didera bapa tiri

RUBIAH OMAR & NURUL HUDA HUSAIN 26 Jun 2013 KUALA TERENGGANU -

 Apa dosaku? Itulah mungkin pertanyaan yang ingin diluahkan oleh kanak-kanak berusia 7 tahun, dipercayai didera dengan begitu kejam sekali oleh bapa tirinya dalam kejadian di Taman Perumahan Gong Badak, di sini, kelmarin.

Kanak-kanak malang itu bukan sahaja dikurung bersendirian dalam tempoh beberapa hari tanpa diberi makan dan minum, malah lebih menyayat hati, seluruh tubuh kecilnya itu turut cedera dengan kesan cucuhan puntung rokok dan melecur di kaki sehingga bernanah. Bagaimanapun, penderitaan anak sulung daripada tiga beradik itu berakhir jua selepas dia berjaya diselamatkan polis dan kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang menyerbu rumah sewa keluarga kanak-kanak tersebut.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner K Manoharan berkata, seorang pegawai JKM berusia 41 tahun telah menghubungi Balai Polis Gong Badak, kira-kira jam 4.30 petang memaklumkan kejadian malang yang menimpa kanak-kanak terbabit bagi mendapatkan bantuan untuk ke lokasi kejadian. Manoharan berkata, sebaik berjaya masuk ke dalam rumah, kanak-kanak malang itu didapati berada dalam keadaan yang amat lemah dengan kesan kecederaan di seluruh badan, dipercayai didera sebelum pemeriksaan lanjut turut menemui kesan bengkak di kedua-dua belah kaki mangsa dan melecur pada bahagian kaki sehingga bernanah serta dijangkiti kuman.

“Pemeriksaan turut mendapati terdapat kesan calar di seluruh tubuh mangsa, lebam di mata dan di mulut serta terdapat kesan cucuhanpuntung rokok pada perut mangsa. “Selain didera dan dikurung, mangsa yang boleh bertutur dengan baik mengadu kelaparanselepas tidak diberi makan dan minum sejak beberapa hari lalu," katanya. Menurutnya, kanak-kanak terbabit dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU). "Siasatan awal mendapati mangsa didera dan dikurung bapa tirinya yang dikahwini ibunya berusia 29 tahun sejak 10 bulan lalu selepas kematian bapa kandung kira-kira dua tahun lalu.

 “Kami difahamkan semasa mangsa diselamatkan, ibunya berada di HSNZ untuk mendapatkan rawatan tangannya yang patah, dipercayai akibat didera suspek," katanya. Manoharan berkata, suspek yang bekerja sebagai buruh dipercayai membawa isteri bersama dua lagi anak tirinya itu, masing-masing berusia 5 dan 2 tahun, lari dari HSNZ sebaik menyedari perbuatannya terbongkar. "Bagaimanapun, pasangan suami isteri ini berjaya ditahan di sebuah rumah di Rumah Awam Kos Rendah, Gong Badak, di sini, kirakira jam 12 tengah hari, semalam.

 “Turut berjaya diselamatkan, dua lagi adik mangsa dan hasil pemeriksaan awal mendapati kedua-duanya mempunyai kesan dera dan dihantar ke HSNZ bagi pemeriksaan lanjut, sementara ibu mangsa juga dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan susulan,” katanya. Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak 2001. "Semasa ditahan, suspek dan juga ibu mangsa didapati positif dadah methamphetamine," katanya.

 Budak didera bapa tiri Keadaan mangsa yang kurus dan amat lemah ketika diselamatkan. Budak didera bapa tiri Beginilah keadaan kedua-dua belah kaki mangsa yang cedera parah dan dijangkiti kuman.

sumber:klik

Jong Layang Logat Ganu Kite:"Kisoh Mamat nge Specialist Spital Besor"

"Kisoh Mamat nge Specialist Spital Besor"

Mok Lijoh hari-hari duduk blèbèr ke anok llaki dia hok sorang-sorang. “Mat, biler mung nok bbining? Aku nim koho sari, koho tuer, kang dop dang aku nop tengok mung bining!”

Mamat PPayang pun susoh hati dengor mok dia wat cakap bellah sokmo. Kang kang bellah. Kang kang bellah. Nok sangat dia tu bbining, keja ada doh, motosika baru beli . Masaalohnya, calung dop jupa cari lagi nim! Dulu ada doh sorang, nama Minoh, tapi baru minggu lepah Minoh ttunang dengan anok D.O.! Minoh tu kheja buat tak dop, massök gulaa ke, singgang ke, dop pandaa starang. Tapi sebab ada muka sikit, tubuhhang pung molek ramai la orang nop ngorat. Sudohhang boleh ke anok D.O.

Duduk biraa pataa Batu Buruk, Mamat pung nengung ssorang. Air jagung ddalang supék duduk tangang, nok minum brase dok slera lasung. Pegang jugok, pegang jugok. Betullang supék air capur bocor, Mamat pung tapu dengang tapok tangang. Titik molek tak tak, Mamat brasa belengah tapok tangang. Nyer kesat atah seluor jean hok dekat 3 minggu dop basuh.

Tengoh-tengoh kesat tapok tangang hok belengah tu, betullang nnitah sorang napok macang anok dara kat blakang kedaa A & W tu. Pesengang boleh tahang, Mamat duk mmikir ssorang. Comel pada Minoh nim! Mamat jenih dop malu, dia peseng beraning tanya orang. Kalu nnakut, sapaa ke tua la aku dop bbining, Mamat mari mmikir sediri-diri.

“Dik!”, Mamat panggil ke budok ppuang tu. Budok ppuang tu pakaa baju kurung warna samö, ppaling dok starang ke Mamat. Senyung manih lleting! Mamat dop kira banyok, nyer bikah bangung cegat gi jemba ke budok tu.

“Dik duduk kat-kat nim ke?”, Mamat tebèng tanya. Budok tu cakat luor dop starang. Dia kabor ke Mamat dia kheja jadi pakar sakit jiwa kat spita dekat tu. Spita beso tu! Mbek nop sangat, Minoh tak mboh kat ku sangat, specialist nim comel lote, molek-molek ada minat kat ku! Mamat pun bbadi tukko nombo talipung dengang budok tu. Dop dang 10 minit, nyer pisoh mitok nombo talipung. Pesengang budok tu nop jugok ke Mamat, sebab derah jer wi nombor talipung dia. Nama dia Seripoh. Boleh tahang!

Seminggu doh senyap supi Mamat jadi gelisoh. Talipung pat lima nang kali dop jawab starang Seripoh. Ke nyer kècèk aku, Mamat mari telitah dalang ppala dia. Nyer wat beraning gi spita beso. Mamat tanya kat pendaftarang ada dop nama Seripoh specialist sakit jiwa? Betullang drebar ambulang nama Liyah kawang Mamat kat skoloh dulu ada situ. “Mung wat menda ssining Mamat?” Liyah tanya. Mamat pung cerita panjang lèbor.

Lepah dengo cerita Mamat, Liyah pung senyung sengeh. “Mung kena kècèk doh Mamat. Aku jjupa sokmo budok puang tu, kadang-kadang nyer mari nnèttè sinning. Lambat jjupa orang llaki nyer senyung ngata riti! Aku brase Mat, budok tu bukannang pakar sakit jiwa. Hok dia kabo ke mung tu separuh jer beto.. dia bukang pakar Mat, tapi dia sakit jiwa!”, Liyah kata.

Mamat pung koho-koho beredo lah dari spita. Pesengang lambat lagi dia boleh bbining. Dalang ati gelepö tak dop aroh lah. Galok ngat doh doh nop bbining! Siyyang ke Mamat! Pesengang malang nim Mok Lijoh blèbèr lagi lah ke Mamat!


sumber:klik

TERKINI:Indek Pencemaran Udara

 



Malaysia Air Pollution Index:Air Quality Index (AQI)

INIKALILAH: Dari Parlimen l Pandikar sambut slogan 'Ini Kalilah'

KUALA LUMPUR - Yang di Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia hari ini menyatakan tekad untuk 'berubah' bagi sesi Parlimen 2013-2018.

Dalam ucapannya, Pandikar berkata, beliau mahu memberi tanggapan positif terhadap istilah-istilah yang sering dilaungkan oleh kedua-dua belah pihak sama ada pembangkang mahu pun kerajaan.

Menurutnya, seruan yang diungkapkan itu membawa kepada suatu tujuan iaitu mencapai "perubahan sikap untuk membuat kebaikan".

"Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, saya telah mendengar beberapa seruan yang seringkali dilaungkan oleh pemimpin dan rakyat akar umbi seperti "ubah", "transformasi", "reformasi", "ini kalilah", "kalau bukan kita siapa lagi?" dan "kalau bukan sekarang bila lagi?".

"Bagi mereka yang telah "mempopularkan" seruan ini, mungkin mereka mempunyai pengertian yang tersendiri tapi bagi saya ia untuk mengubah kepada kebaikan.
-->
"Jadi ayuh kita ubah, kita bereformasi, kita bertransformasi, kalau bukan kita siapa lagi, kalau bukan sekarang bila lagi? Ini kalilah," ujar beliau mengambil seruan yang dipopularkan PR itu untuk membudayakannya.

Mengulas lanjut, Pandikar juga berkata, perubahan turut dilakukan pada tempat duduk ahli Parlimen pembangkang daripada mengikut blok parti kepada penyatuan parti.

"Saya harap perubahan ini akan disusuli oleh pengwujudan barisan "Kabinet bayangan" untuk memudahkan pengendalian perbahasan dalam konteks mengenalpasti pembahas utama dari pihak tersebut," katanya.

Dalam pada itu, beliau juga turut menyatakan ikrar akan menjalankan tugas dengan adil dan saksama seperti sumpah yang dilafazkan.

sumber:klik

Tragedi Di Menara UMNO Pulau Pinang-Teori bagaimana mayat Lim Chin Aik hilang


Kalau sebelum ini, arkitek dari Singapura menyebut [di sini] bagaimana kereta dipandu Lim Chin Aik berkecai seumpama  tenaga tujuh bas yang bergerak pada kelajuan 130 kilometer sejam (130km/j) dan melanggarnya secara serentak.

Kali ini bekas Pengerusi Institut Jurutera Malaysia (cawangan utara) Lim Kok Khong berpendapat mayat Lim Chin Aik dipercayai terbenam sekurang-kurangnya sedalam 40 meter atau setinggi 13 tingkat bangunan di bawah tanah dan di bawah konkrit bertetulang dengan kepanjangan 30m.

Panjang konkrit penebat kilat ialah 38m dan ia telah memberi impak secara langsung terhadap bahagian tempat duduk pemandu, Kok Khong.
“Ia betul-betul mengenai bahagian pemandu dan menyebabkan mangsa terbenam jauh ke dalam tanah,” kata Kok Khong.
“Dia akan terbunuh serta-merta.”
“Bayangkan sebatang pensil gergasi jatuh terbenam ke dalam tanah, suku di bahagian atas pecah dan memecahkan permukaan sekitarnya, manakala selebihnya tertanam di bawah tanah.
“Bahagian-bahagian kereta itu diseret turun pada kedalaman lapan hingga sembilan meter.”Hanya 10 meter bahagian konkrit yang jatuh boleh dikenal pasti,” katanya.”Selebihnya masih tertanam bersama mangsa.” – mStar

Kerja-kerja penggalian juga tidak dapat diteruskan melebihi 9 meter kerana struktur tanah yang lemah dan ini boleh menjejaskan integriti struktur bangunan berdekatan, kata Khok Khong. – Rujuk mStarOnline

sumber:klik

Subhanallah, Kisah Pertemuan Yang Tak Dijangka,-(Ilmu Yang Terbaik)



dari rakan fb(Shahrina Ahmad Sharkawi)

Subhanallah, kisah pertemuan yang tak dijangka, nak kongsi kata2 seorang doktor pakar yg baru lawat saya di wad.." Lepas tengok perkembangan di fail hujung katil saya, doktor pakar yang melawat pesakit dengan diiringi sekumpulan doktor, sempat duduk borak dengan saya pasal 'misi jihad' saya utk bantu Gaza, tentang cabaran2 yg saya hadapi dari Gaza dan di Malaysia dengan suami, sampai saya 'stress' tanpa saya sedari, sampai masuk hospital berkali2, sampai saya 'kehilangan' our baby ..

Dia kata, "Two things you can do, Good thing and Right thing, but, good thing may not the right thing, right thing may not the good one. BUT, when you do good thing, you'll get good reward, when you do right thing, you'll get right result", saya terus sambung (ade je benda nak menyampuk ., "betul tu doktor..LaHaa Ma Kasabat wa 'alaiha maktasabat - what you give you'll get back". Dia jawab, "exactly! you are right!"

Saya catat ni selepas saja dia beredar dan lawat pesakit sebelah saya.. Lepas dia siap lawat jiran saya, saya panggil dia, "kejap doktor, nak minta semak saya tulis kat FB ni, sambil tunjuk 'draf' mesej saya minta izin share di FB.. Ini sambungan dia.. "Maksud you may do good thing but not the right one - for example, I want to be the best doctor, I spend a lot of time in hospital, and therefore I can't be with my families more often than it's supposed to be. It's a good job, but not right for my family"..

Hmm.. Tak sempat nak fikir nak applykan mcm mana dlm kes saya sendiri, tapi..Ingat satu je, sambungan ayat dia sebelum ni; "BUT, when you do good thing, you'll get good reward, when u do right thing, u'll get right result".. LaHaa Ma Kasabat, Wa 'alaiha Maktasabat - bagi setiap manusia balasan atas setiap apa yg dilakukan (Baqarah), Siapa buat kebajikan walau sehalus zarah, tetap akan dpt balasan kebaikan, sapa buat kejahatan walau sekecil hama, tetap dapat balasan keburukan (al Zalzalah)..

Tak payah fikir apa balasan yang akan kita dapatkan, tahulah Allah buat penilaian, teruskan buat kebaikkan walau kita dlm kesusahan. Allah tak pernah mungkiri janji-Nya, Dia akan bantu ringankan beban kita juga bila kita ringankan beban sesama manusia.

Walau orang salah faham, walau orang kata macam-macam, itulah PENGORBANAN..Yang penting KEIKHLASAN, pasti Allah tunjukkan jalan, temukan dengan orang-orang yang sama pemikiran, bantu beri kekuatan, capai niat nak buat kebaikkan, dan pada masa yang sama, cepat atau lambat, Allah tetap akan bagi bantuan selesaikan masalah sendiri dlm kehidupan..Insya Allah..

Moga Doktor Johan terus berjihad bantu pesakitnya, moga dikurniakan keluarga yg bahagia hingga ke syurga.. Amin

(Muhasabah diri dari Katil 24, Wad 4 Hospital Kajang..Indahnya Pengorbanan dan 'Kesakitan'.. 20.6.2013, Jam 12 tengah hari..mengira jam dan minit nak balik rumah nak bantu suami.. Esok ada pesanan 100 paket Maqlubah selama 3 hari untuk Masjid Al Falah, moga Allah permudah dan berkati usaha kita semua, bantu Palestin/Gaza dari Malaysia, moga diberi peluang ikut sama menyumbang sampai Aqsa dibebaskan segera.. Amin.

Subhanallah, Alhamdulillah, Laa Illahaillallah, Allahu Akbar.“Sungguh kita berhutang besar kpd orang Islam,"

dari rakan fb(Ahmad Amzad Hashim)
Subhanallah, Alhamdulillah, Laa Illahaillallah, Allahu Akbar.“Sungguh kita berhutang besar kpd orang Islam,"

-NY Times menulis: “Sekiranya orang-orang Islam berhenti melaksanakan thawaf ataupun sholat di muka bumi ini, nescaya akan berhentilah putaran bumi kita ini, kerana pusingan dari super conductor yang berpusat di Hajar Aswad, tidak lagi memancarkan gelombang electromagnetic.

Menurut hasil penelitian dari 15 University : Menunjukkan Hajar Aswad adalah batu meteor yang mempunyai kadar logam yang sangat tinggi, yaitu 23.000 kali dari baja yang ada.Beberapa astronout yang di angkasa melihat suatu sinar yang teramat terang memancar dari bumi dan setelah diteliti ternyata ia bersumber dari Bait Allah atau Kaa’bah,Mekah.
Super conductor itu adalah Hajar Aswad, yang berfungsi bagai microphone yang sedang menyiarkan dan dimana jaraknya mencapai ribuan million jangkauan siarannya.Prof Lawrence E Yoseph – Fl Whiple menulis:
“Sungguh kita berhutang besar kpd orang Islam, Sholat, Thawaf dan tepat waktu menjaga super conductor itu.” Subhanallah, Alhamdulillah, Laa Illahaillallah, Allahu Akbar. Betapa bergetar hati kita melihat dahsyatnya gerakan Thawaf Haji dan Umroh.

Sekarang anda mempunyai 2 pilihan.

i) Biarkan superb info berada di page ini supaya orang lain tidak membaca.
ii) menyebarkan ke Teman yang lain dengan klik 'fowardkan' supaya orang lain dapat ikut terinpirasi “Subhanallah“

JONG LAYANG logat Ganu Kite: "Mamat Kije Talikong"


Mamat rase malassang nök bangung tiddo. Nye gulling-gulling atah katil. Pusing kiri, pusing kanang. Serba dök kene dia berase. Mök Lijöh blèbèr hanyaar kot luör pitu, “Mat! Matahari nök tinggi galöh döh nim, ka’ak rezeki kalu bangung lèwat-lèwat. Mung tak dök kheje ke ari nim?”

Dök tahang kene blèbèr Mamat pong bikah bangung ceggat dari katil. Baru dia teringat pukol 11 ada kene wat kheje sikit hök Böh dia suroh kemarèng. Mamat pong jungaa tangang dia ambèk tuala. Pèsèngang mandi P. Ramlee pulök pagi nim, al maklunglah pukol 10.30 döh. Dari Manir nök jembe ke Jalang Batah Baru tu jauh jugök. Pah tu nök kena bereti stèsèng minyok Petronah pulök dekat sipang trapik lait Pulau Musang. Döp ingat starang nok tamböh minyök kemarèng. Dök dang 10 minit Mamat siap belake döh. Minung air kopi-ö setegök dua lepah tu pakaa kasut kulit atah tangge kak lambo. Baru beli minggu lepah tu kasut tu. Bekilat ssiö! Lepah tu Mamat pong stak möto vroooooong hale ke bandö. Mötosika sèkèng hèng jer, tapi boleh tahang lah.
-->
Jalang Batah Baru ader banyök bangunang jabbat dengang kedaa. Kalu hale ke depang sikit ada kedaa Astro, hök tv kene bayö bulang-bulang tu. Kalu tebèng dök bayö jer kena pötöng hanyaar. Lepah pada suraa Flat Batah Baru tu ada lèrèk kedaa èkong.. Kedaa makang pong ada gök. Kalu jallang sikit lagi sebelum kedaa Astro tu, ada kawasang lapang tepat juaa khète baru cap Hyundaa dengang Kia.

Kat-kat situ la ade jabbat löyar baru buka. Pèsèngang baru pah jadi löyar tu Mamat mari mmkir sörrang. Slo-slo Mamat naèk tikat dua. Napök gaye ader dua örang jer kherani. Llaki sörang, ppuang sörang. Boleh tahang hök ppuang tu. Tapi pakaa cicing molèk ngak kat jari manih tu. Ttunang döh pèsèngang tu.. Dök napök gambö starang. Berat nnanang. Mamat kabö ke kherani ppuang tu dia nök jjuper Tuang Löyar. Hayat hidup Mamat dök rajing jjuper löyar skali habuk. Cakkak dengang löyar jauh skali.. Nye mari debö wèh.

Mamat pong ketok pitu masok. Löyar tu tengöh pegang gagang talipung cap Panasonic kat telinga dia. Wayar talipung tu tengöh beseranggöh lagi. “I dah uruskan fixed deposit you sebanyak RM10 juta tu. Lagi satu, minggu depan ni, I nak you ikut I ke Singapore. HSBC Singapore dah buat arrangement untuk finance syarikat klien I, tak banyak, dalam 20 juta Sing dollar. Firm I jadi lawyer jugak tu. I turun KL minggu ni, kita dinner kat Shook di Starhill ok?”

Mamat bukang pandaa sangat cakak orang putih. Tapi bila dengö haa pitih die pahang. Mainang apa juta-juta nim? Mamat mari mmikir.

Löyar muder tu pong letök gagang talipung sambil-sambil kheling ujung mata tengök ke Mamat. “Yer, nök mender? Saya sibuk sangat ni, dök tengök ker?” löyar tu tanye Mamat.

Mamat pucat kesi. Dök tahu nök kata mende. Nök jawak salöh. Tak mboh jawak salöh. Macang mase nök bangung tiddo sakning. Serbe dök kene. Sudöhhang Mamat tebèng jugök jawak.

“Sebenörnyer tuang, sayer nim kheje dengang sarikat Taliköng. Saya mari nok sambung wayar talipung hök tuang wak lölök cakkak sakning. Dök sambung lagi wayar tu, guaner lah tuang boleh cakkak döh!”

Muka tuang löyar tu jadi biru hèrang!

Döh nök wat guana starang! Nök èksèng dök betepat! Ada jugök löyar kècèk orang dèh! Pecöh bo! Orang jamang lenim kata “kantoi”!

SANTAI???: Lima Tahun Tidur Di Sisi Mayat Isteri



TAKDIR alam, setiap yang hidup pasti mati dan tiada siapa yang dapat melawan hakikat ini.

Tetapi kasih sayang seorang suami yang mahukan isterinya berada di sampingnya walaupun telah meninggal dunia adalah sesuatu yang mustahil.

Namun seorang warga Vietnam telah berjaya melakukannya!

Dia menggali semula mayat isterinya dan menyelimutkan mayat itu dengan tanah liat sehingga meyerupai patung seorang wanita.

Lelaki tersebut, Le Van, 55, dari Ha Lam, wilayah Quang Nam berbuat demikian agar dapat memeluk isterinya setiap malam sejak lima tahun lepas.


Isterinya meninggal dunia pada tahun 2003 dan Le Van tidur di pusara isterinya semenjak itu.

Setahun selepas itu, dia menggali sebuah terowong berhampiran tempat itu untuk melindungi dirinya dari hujan dan angin.

Namun tindakan yang tidak masuk akal itu dikesan oleh pihak berkuasa tempatan dan mereka memujuknya supaya menghentikan perbuatan itu.

Tetapi Le Van tidak dapat meneruskan hidupnya tanpa isterinya di sisi. Oleh itu, dia menggali mayat isterinya dan membawanya balik ke rumah.

Sehingga hari ini, dia masih tinggal bersama mayat isterinya serta anak mereka.

Le Van memberitahu akhbar Lao Dong bahawa pada awalnya jiran-jiran tidak berani menjenguknya, tetapi kini mereka sudah biasa dengan keadaan tersebut dan berkunjung ke rumahnya sekali-kala.

“Saya melakukan sesuatu dengan cara yang berbeza dan bukan seperti orang kebanyakan,” katanya.

Dia juga dapat merasakan kehadiran roh isterinya sentiasa bersama mereka dua beranak. Mereka juga tidak takut untuk tidur bersama mayat itu.

Menurut pihak berkuasa tempatan, mereka sedang merancang untuk memeriksa kes tersebut kerana di bawah undang-undang sanitasi yang baru digubal, mayat mestilah dibakar atau dikebumikan.

Perbuatan menanam mayat di kawasan perumahan tanpa kebenaran adalah salah di sisi undang-undang.
sumber:klik

AWAS: Kopi Boleh Mengecilkan Payudara Wanita


LONDON: Pengambilan hanya tiga cawan kopi sehari dikatakan mampu mengecutkan buah dada wanita kerana kafein yang terlalu banyak boleh menjejaskan hormon dalam badan dan menggugat saiznya.

Kajian terbaru yang dijalankan sekumpulan penyelidik menunjukkan lebih banyak kopi yang diminum, lebih kecil saiz buah dada mereka. Hampir 300 wanita yang mengambil bahagian dalam kajian itu dan mereka ditanya purata jumlah pengambilan kopi sehari dan saiz payu dara mereka diukur.



Keputusan kajian itu yang disiarkan Jurnal Kanser Britain mendapati bahawa dengan hanya meminum sekurang-kurangnya tiga cawan kopi atau lebih sehari sudah cukup untuk mengecilkan saiz buah dada mereka.

Kesannya meningkat bagi setiap cawan kopi yang diminum.

Hampir separuh daripada wanita dalam kajian itu menunjukkan perubahan gen yang dikaitkan dengan pengambilan kopi dan saiz payu dara mereka.

“Meminum kopi boleh memberi kesan besar terhadap saiz buah dada,” kata Helena Jernstrom dari Universiti Lund, Sweden, yang mengetuai kajian berkenaan.

“Wanita yang minum kopi tidak perlu bimbang buah dada mereka akan mengecut dengan cepat dalam masa semalaman. Ia akan menjadi lebih kecil tetapi tidak terus menghilang,” katanya.

“Bagaimanapun, mereka yang berpendapat boleh meneka wanita mana peminum kopi hanya melalui ukuran baju dalam mereka akan silap.
“Masalahnya, ada dua ukuran bagi sehelai baju dalam iaitu saiz mangkuk dan ukur lilit jadi tidak mudah untuk anda meneka.”

Wanita yang minum lebih tiga cawan kopi sehari mempunyai purata 17 peratus saiz buah dada lebih kecil berbanding mereka yang minum kurang tiga cawan sehari.
Wanita yang mempunyai saiz buah dada lebih besar paling berisiko tinggi, kata saintis berkenaan.Bagaimanapun, kajian itu tidak dapat merumuskan sama ada meminum jumlah kafein yang banyak setiap hari juga boleh menjejaskan kepadatan buah dada. Agensi
sumber:klik

TERBAIK: Rekod Baru Kapal Terbang Kertas

TOKYO - Seorang jurutera Jepun, Takuo Toda mencipta rekod dunia apabila kapal terbang yang diperbuat daripada satu helaian kertas rekaannya berjaya bergerak di udara bagi tempoh yang lama.
Toda yang merupakan pengamal seni lipatan kertas atau origami melakukan 10 cubaan menerbangkan kapal terbang kertas itu yang sepanjang 10 sentimeter.
Kapal terbang kertasnya itu berada di udara selama 26. 1 saat.Namun, catatan tersebut adalah yang terbaik bagi kapal terbang yang dihasilkan dengan satu helaian kertas.

Dia sebelum ini mencipta rekod 27.9 saat bagi kapal terbang kertas yang memiliki pita pelekat.
"Saya berasa amat tertekan kali ini," kata Takuo.
Percubaan memecah rekod dunia kapal terbang kertas itu dilakukan di sebuah hangar syarikat penerbangan Japan Airlines berhampiran Lapangan Terbang Haneda di sini.
 
Toda memberitahu, rahsia kejayaannya ialah menghalakan kapal terbang kertas itu ke arah atas dan bukannya ke hadapan.
sumber:klik

Akhirnyaa: Terjawab Sudah Punca Kematian Angkasawan Yuri Gagarin

Yuri Gagarin
Yuri Gagarin
MOSCOW - Kematian individu pertama mengorbit bumi pada 1961 Yuri Gagarin terjawab selepas rakanya Aleksey Leonov membuat pendedahan di media baru-baru ini.

Selepas tujuh tahun angkasawan Rusia itu melakar sejarah, media melaporkan beliau terbunuh ketika kemalangan semasa latihan penerbangan namun, pihak berkuasa ketika itu tidak mendedahkan punca bagaimana beliau meninggal dunia.

Pelbagai teori konspirasi tercetus sejak kematian beliau. Ada menyifatkan beliau dibunuh atas arahan pemimpin Soviet, Leonid Brezhnev kerana membocorkan rahsia kerajaan, ada juga berpendapat, Gagarin membunuh diri dan tidak kurang juga mengatakan, pesawat beliau menjadi mangsa dendam Objek Terbang Yang Tidak Dikenali (UFO) ketika berada di angkasa.


Kematian angkasawan Yuri Gagarin terjawab
Kapsul Gagarin ketika berada di angkasa pada 1961
Tetapi selepas 40 tahun menyimpan rahsia, Leonov akhirnya mendedahkan punca sebenar kematian Gagarin yang merupakan rakan karibnya.

Beliau menjelaskan, ketika latihan penerbangan di Pusat Latihan Penerbangan Rusia, terdapat sebuah pesawat pejuang SU-15  (dirahsiakan pemandunya) tidak dibenarkan melakukan latihan, namun juru terbang itu berdegil untuk terus melakukan latihan penerbangan.

“Pesawat itu terbang hampir dengan pesawat Gagarin. Juruterbang itu tidak mengikut syarat penerbangan ditetapkan apabila menurunkan had ketinggian penerbangan mencecah 450 meter.
Pesawat itu berada pada jarak 15 meter dan akhirnya berlanggar dengan pesawat Gagarin pada kelajuan super sonik 750 kilometer sejam,” katanya dipetik MailOnline

Aleksey Leonov
Aleksey Leonov
Menurutnya, sebelum kebenaran penerbangan diberi, latihan itu sepatutnya dibatalkan kerana cuaca buruk namun, belum sempat di arahkan, kejadian tersebut telah berlaku dan pesawat terbabit terhempas di perkampungan Novoselova.

Leonov merupakan salah seorang daripada panel penyiasat dalam tragedi itu.

sumber:klik

MASYAALLAH: Otak pelajar tahfiz 'segar' seperti hidup

Otak pelajar tahfiz 'segar' seperti hidup
TIKAM BATU – Satu demi satu keajaiban dapat disaksikan sepanjang membuat liputan tragedi kebakaran yang menyebabkan seorang pelajar Maahad Tahfiz Al-Barakah (Mantab), Kampung Masjid, Tikam Batu terkorban dalam kejadian jam 1.50 pagi, Sabtu lalu.

Namun, apa yang berlaku pasti mempunyai hikmah tersendiri selain menunjukkan kekuasaan ALLAH SWT.
Ini bukan sahaja dapat dibuktikan dengan penemuan barang-barang milik mangsa terkorban yang masih elok tersusun dalam almari kayu sedangkan almari besi milik pelajar lain semuanya hangus termasuk pakaian dan barang-barang peribadi lain.

Dalam kejadian itu, mangsa, Aiman Nurhakim Yahya, 13, seorang pelajar pintar, rajin dan antara yang paling berdisiplin dikatakan gagal untuk menyelamatkan diri setelah terperangkap dalam kebakaran di asrama tempat mereka menetap.


Otak pelajar tahfiz 'segar' seperti hidup
Anuar menunjukkan almari Aiman yang tidak terjejas dalam kebakaran.
Otak pelajar tahfiz 'segar' seperti hidup

Barang rakan lain musnah

Menceritakan kembali tragedi itu, Penaung Rangkaian Pusat Pendidikan Al-Barakah yang juga imam kariah Kampung Masjid, Anuar Md Isa berkata, kesemua pelajar sudah terjaga dari tidur dan menjangkakan Aiman adalah yang terakhir keluar menyelamatkan diri.
“Kemungkinan arwah yang tidur di tingkat atas cuba untuk turun melalui tangga, tetapi bahagian atas binaan asrama yang berasaskan kayu runtuh menyebabkan dia terperangkap dalam api yang marak,” katanya.

Menurut Anuar, apa yang lebih ajaib ialah penemuan barang-barang peribadi milik arwah yang masih elok tersusun dalam almari miliknya sedangkan barang peribadi rakan-rakan lain semuanya musnah.

“Kalau nak diikutkan, api menjulang tinggi sehingga memusnahkan keseluruhan bahagian asrama, bagaimanapun almari Aiman yang diperbuat daripada kayu, terpelihara.

“Apa yang saya perasan juga ialah selipar yang selalu digunakan arwah selalunya diletakkan di luar, tetapi sebelum kejadian, dia ambil dan letak elok-elok dalam laci. Selipar itu juga masih elok dan tersimpan rapi,” katanya yang mengakui sesuatu keajaiban mengenai peribadi pelajar itu.

Baru lakukan tasmid

Anuar berkata, Aiman baru sahaja selesai menghabiskan satu juzuk al-Quran dan dijangka bakal masuk ke juzuk kedua.

“Dia baru sahaja melakukan tasmid (mendengar bacaan al-Quran) satu juzuk dengan ustaznya bagi membolehkannya memasuki juzuk kedua yang dijangka hari ini (semalam),” katanya.

Lebih memeranjatkan, Anuar berkata, pakar yang melakukan bedah siasat ke atas jasad Aiman mendapati, otaknya masih segar, seperti otak orang masih hidup, sedangkan anggota badan lain sudah rentung.

“Memang keajaiban apabila pakar yang menjalani bedah siasat menjelaskan, otaknya masih segar, bersinar seolah-olah milik insan yang masih hidup,” katanya, memuji kekuasaan ALLAH SWT.

Tidak jejas ambilan pelajar
Menurut Anuar, tragedi yang menimpa Mantab langsung tidak mematahkan semangatnya dan tenaga pengajar lain untuk terus mengembangkan syiar Islam dalam usaha melahirkan generasi al-Quran yang cemerlang.
“Kita baru sahaja menerima seorang pelajar hari ini (semalam). Ini menunjukkan respons positif daripada pihak ibu bapa dan ia (tragedi) sebenarnya tidak menjejaskan pengambilan pelajar,” katanya.
Berhubung soal keselamatan pula, katanya, pihaknya akan meningkatkan ciri-ciri keselamatan di samping menyediakan kelengkapan dan meningkatkan ilmu berhubung keselamatan selain menyediakan prasarana yang layak.
“Setakat ini, pelajar diberi cuti seminggu untuk kita jalankan proses pengurusan, terutamanya melibatkan penempatan pelajar di blok sebelah,” katanya.
Menurut Anuar, kesemua 20 pelajar berusia antara 13 dan 17 tahun akan dipindahkan ke blok bilik darjah yang sedang diubah suai menjadi tempat penginapan.
Beliau turut mengucapkan terima kasih atas keprihatinan pihak yang bersimpati, menyumbang dan membantu pihaknya untuk membangunkan semula maahad tahfiz itu.

sumber:klik

Adakah Kita Tahu – Mengapakah Lantai Masjidil Haram Tidak Panas?

Mungkin ada di antara kita pernah mengujungi Masjidil Haram sama ada bagi menunaikan ibadah haji mahupun ibadah umrah. Namun bagi yang berpengalaman ke sana, mungkin tertanya-tanya mengapakah lantai di Masjidil Haram tidak panas sedangkan cuaca pada ketika itu benar-benar panas sehingga mencecah lebih 40 darjah.
Melakukan tawaf (mengelilingi Kaabah) di malam dan siang hari memang berbeza. Jika malam hari, cuaca cukup sejuk. Oleh itu, orang sekitar Mekkah jika ingin melakukan umrah biasanya dilakukan pada malam hari.

Begitu juga dengan warga di sekitar Kota Makkah seperti Jeddah. Warga di bandar yang terletak sekira satu jam perjalanan dari Mekah ini, biasanya keluar pada petang hari agar boleh sembahyang Maghrib berjamaah sekaligus melakukan umrah.
“Kebiasaan orang di sini begitu. Agak pelik kalau berangkat ke Makkah untuk umrah pada pagi hari,” kata guide MCH Jeddah, Sahe, yang sudah tinggal 23 tahun di Arab Saudi.

Memang suhu di Makkah belakangan ini cukup panas berkisar antara 40-42 darjah celsius. Bandingkan dengan Jakarta yang puncak panasnya berada di kisaran 37 darjah celcius. Puncak panas biasanya terjadi pada pukul 15.00 waktu setempat. Setelah itu, terus menurun hingga malam hari.
Memang keadaannya sangat jauh berbeza. Jika malam hari, melakukan tawaf tidak terlalu menguras tenaga.
Berbeza halnya jika tawaf dilakukan siang hari. Keringat sudah pasti bercucuran kerana panas matahari yang menyengat.

Meski demikian yang unik, meski mengelilingi Kaabah tanpa alas kaki, namun telapak tidak terasa panas sama sekali. Padahal tempat tawaf merupakan ruang terbuka, panas matahari langsung menerpa lantai marmar.
Ini berberda dengan lantai di jalan hendak keluar dari pintu Marwah. Saat berjalan, telapak kaki berasa sangat panas tab berjalan di atas bara api. Kami berjinjit dan berlari kecil untuk mengelakkan panas tersebut.
)
Lalu kenapa di lantai tempat tawaf dan di luar masjidil haram berbeza 180 darjah. Ini menimbulkan rasa ingin tahu. Salah satu ummal (cleaning service) di Masjidil Haram, Udin (40), mengatakan di bawah Kaabah dan tempat tawaf memang dipasang air conditioner agar telapak kaki peziarah tidak melepuh, kepanasan.
Setelah membaca buku Sami bin Abdullah al Maghlouthm ‘Atlas Haji dan Umrah’ dan sumber lain, barulah terungkap. Awalnya, tempat tawaf tidak berubin marmar seperti saat ini. Dulu hanyalah hamparan pasir lapang. Barulah pada masa Abdullah Ibnu Zubair. Ubinnya saat itu bergaris lima meter dari Kaabah, hingga 1375 Hijrah atau 1954 M di masa Raja Abdul Aziz sumbangan marmar terus berdatangan. Kini lantai marmar untuk tawaf terbuat dari marmar high terbaik yang mampu menahan teriknya panas matahari.

Awalnya lokasi tawaf tidak seluas sekarang, terdapat bangunan di atas Maqam Ibrahim dan juga gerbang pintu masuk telaga Zamzam.
Pada masa Raja Faisal pengubahsuaian dilakukan melanjutkan tempoh Raja Saud, di antaranya adalah pembongkaran bangunan di atas Maqam Ibrahim, sehingga lokasi untuk tawaf lebih lebar dari sebelumnya.
Pada masa Raja Khalid, perluasan laman untuk tawaf kembali dikembangkan. Gerbang menuju telaga zamzam dipindahkan ke dekat serambi masjid sebelah timur. Kerana itulah area tawaf menjadi lebih luas dari 3.298 meter menjadi 8.500 meter, seluruh bahagian Masjidil Haram lama menjadi tempat tawaf.

Kemudian, pengubahsuaian dilanjutkan pada masa Raja Fahd. Dibangunlah ruangan bawah tanah. Tak hanya itu, tingkat bawah tanah juga dilengkapi dengan pengatur hawa dingin. Pusat enjin dibina di kawasan Ajyad. Air sejuk dialirkan di tingkat bawah tanah berasal dari tempat yang sama.
Jadi wajar saja, jika lantai yang digunakan untuk tempat tawaf tidak berasa panas sekalipun suhu udara sangat panas. Ini adalah bentuk perkhidmatan Kerajaan Kerajaan Arab Saudi terhadap jamaah yang setiap tahun harus meninggalkan sanak keluarga di negara mereka demi melaksanakan Rukun Islam ke-5.

sumber:klik

Untuk Wanita Tercinta Di Luar Sana :Realiti Tudung antara aurat dan fesyen


Oleh UM


SEBAGAI orang Islam kita bangga melihat semakin ramai kaum wanita memakai jilbab atau tudung menutupi kepala mereka. Pelbagai ‘fesyen’ dapat dilihat.

Kewajipan memakai jilbab ini ditegaskan melalui firman Allah: Hai Nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu, dan isteri-isteri orang Mukmin, hendaklah mereka menutupi jilbab ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Al-Ahzab: 59)

Sesungguhnya memakai jilbab bukan sahaja menunjukkan dengan jelas identiti seseorang wanita muslim tetapi juga mampu memelihara mereka daripada tatapan mata liar sehingga mereka tidak diganggu sekali gus memastikan kesucian mereka terpelihara.

Namun dalam keghairahan kaum wanita Islam memakai jilbab mereka juga harus memahami bahawa jilbab bukan sekadar pakaian menutup tubuh sahaja. Mereka juga harus memastikan ia benar-benar mematuhi syarat yang ditetapkan oleh Islam.

Syeikh Muhammad Nashiruddin Al-Albani dalam kitabnya, Jilbab Al-Mar'ah Al-Muslimah menyebutkan lapan syarat jilbab syarie iaitu:

- Menutup seluruh tubuh, kecuali muka dan telapak tangan.

- Bukan untuk tabarruj (bersolek) yang boleh menyebabkan pandangan mata tertuju kepadanya.

- Bahannya diperbuat daripada kain yang tebal dan tidak nipis.

- Kainnya longgar, tidak ketat dan tidak membentuk lekuk tubuh.

- Tidak diberi memakai minyak wangi seperti mana peringatan Rasulullah s.a.w.: Mana-mana wanita yang memakai wangi-wangian dan kemudian berjalan di hadapan orang ramai dan mereka menghidu baunya, maka dia adalah penzina.

- Tidak menyerupai pakaian lelaki.

- Tidak menyerupai pakaian orang-orang kafir.

- Bukan memakainya kerana untuk mencari populariti. Ia sesuai dengan peringatan Rasululullah melalui sabdanya: Barang siapa mengenakan pakaian untuk mencari populariti di dunia, nescaya Allah akan memakainya dengan pakaian kehinaan pada hari kiamat, kemudian membakarnya dengan api neraka.

Hakikatnya, mungkin ramai di antara kaum wanita muslim menganggap ia syarat yang agak berat apatah lagi kepada mereka yang ternyata sudah memakai jilbab tetapi melanggar syarat-syarat di atas.

Sesungguhnya, jika seseorang wanita itu berhasrat menjadi seorang muslimah syarat berkenaan tidaklah begitu sukar kerana dalam pelaksanaan syariat Islam tidak ada perkara yang sukar sebagai mana firman Allah: Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu. (Al-Baqarah: 185)

Atas sebab itu dalam soal menutup aurat ini, Rasulullah dengan tegas mengingatkan bahawa, Dua golongan ahli neraka yang belum pernah aku lihat ialah, satu golongan memegang cemeti seperti ekor lembu yang digunakan bagi memukul manusia dan satu golongan lagi wanita yang memakai pakaian tetapi telanjang dan melentuk badan juga kepalanya seperti bonggol unta yang tunduk. Mereka tidak masuk syurga dan tidak dapat mencium baunya walaupun bau syurga itu dapat dicium daripada jarak yang jauh.

Oleh itu, sekadar bertudung semata-mata kerana kehendak semasa bukan kerana kesedaran atas tanggungjawab sebagai seorang muslimah, masih belum mencukupi.

Kita tidak berhasrat mempertikaikan niat seseorang wanita yang memakai tudung tetapi sekadar ingin mengingatkan mereka bahawa tanggungjawab untuk menjadi muslimah sejati adalah satu perkara yang wajib dan amanah yang perlu dilaksanakan.

Bertudung tetapi melakukan banyak perkara yang dilarang Allah sudah pasti tidak bermakna.

Cubalah lihat sekeliling kita bagaimana sesetengah mereka yang berpakaian sedemikian tetapi tidak mencerminkan keperibadian muslimah sebenar.

Lintang pukang

Oleh itu apabila seseorang wanita Islam membuat keputusan memakai tudung atau berjilbab ia harus memastikan ia bukanlah sekadar satu hiasan lahiriah semata-mata.

Ia hakikatnya satu langkah ke arah untuk mewujudkan jati diri sebenarnya mereka sebagai muslimah. Janganlah sekadar memakai jilbab kalau solat dan ibadat lain masih ‘lintang pukang’.

Malahan mereka juga perlu membuang sifat-sifat tidak elok seperti meninggikan suara, mengumpat, mencampuri urusan peribadi orang lain dan suka melakukan perkara-perkara maksiat.

Inilah keadaan yang berlaku di sekeliling kita sekarang. Kita melihat ramai wanita Islam yang berjilbab tetapi sejauh manakah mereka memikirkan bahawa bertudung itu tidak semestinya menutup aurat.

Maksudnya, kepala sahaja bertudung tetapi mereka masih melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan Islam sama ada dari segi perbuatan dan tata cara berpakaian.

Allah menetapkan peraturan dalam soal menutup aurat dan mereka yang terlibat tidak harus mengatakan bahawa adalah hak mereka untuk menentukan haluan kehidupan mereka.

Kenyataan seumpama ini bertentangan dengan firman Allah yang bermaksud: Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan - apabila Allah dan Rasul-Nya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara - (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan Rasul-Nya maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata. (Al-Ahzab: 36)

Justeru selagi masa masih ada dan di saat Allah masih memberi kesempatan kepada kita untuk membentuk diri menjadi muslimah sejati maka rebutlah kesempatan yang suntuk ini.

Janganlah menganggap bahawa masa sentiasa ada untuk kita bertaubat dan kembali ke jalan Allah. Ingatlah kematian yang menjemput manusia tidak mengira umur, masa dan ketika.

- UM

Tergamaknya:Isteri Akhir Zaman-gunakan darah haidnya??



Oleh MuslimahSeorang isteri tergamak menggunakan darah haidnya dan cecair yang dikatakan air mani gajah untuk menyihir suami supaya menurut segala perintahnya, manakala dia bebas melakukan apa saja. Selain dua bahan jijik itu, isteri durjana berkenaan turut menggunakan minyak pengasih, tangkal pengikat nafsu dan wafak (gambar rajah yang dilukis di atas kain kuning dalam bentuk tulisan Jawi dengan menggunakan kalimah Allah) supaya dia kelihatan hebat pada pandangan orang lain.
Bagi memastikan kemujaraban tangkal darah haid itu, ia yang dibalut dalam kertas bertulisan Jawi dicelup di dalam minuman suami.
Apabila meminum air itu, suami menjadi lemah, tidak mampu melawan kata-kata isteri, menurut arahannya atau menjadi pak turut, selain mengalami sakit badan dan kepala serta jiwa yang tidak tenteram.


Kesengsaraan itu diceritakan seorang suami yang mahu dikenali sebagai Halim, 30-an, apabila menjadi mangsa sihir isteri sejak lima tahun lalu.

Dia yang berasal dari Petaling Jaya, Selangor, mendakwa menjadi mangsa kezaliman isterinya sejak sebelum berkahwin sehingga rahsia ilmu hitam yang dipraktikkan itu terbongkar Disember lalu. Katanya, dia terkejut apabila menemui pelbagai jenis tangkal yang disimpan di rumah, termasuk didakwa darah haid yang digunakan untuk menundukkannya.
“Selama ini memang banyak perubahan berlaku pada diri saya. Saya jadi malas hendak bekerja, bila bergaduh dengan isteri saya cepat mengalah meskipun ada ketika dia salah, selalu sakit badan dan kepala, manakala hati selalu tidak tenteram.
“Segala masalah itu terbongkar apabila saya menemui nota jampi serapah di atas meja isteri. Hasil pencarian di dalam rumah, saya menemui pelbagai jenis tangkal yang dia simpan rapi di dalam sebuah kotak.
“Saya turut menemui SMS isteri yang dipercayai menjalin hubungan sulit dengan suami orang yang juga pelanggannya. Sebenarnya dia mahu kelihatan berkuasa dan pernah berkata kepada saya, jika dia hendak sesuatu dia akan lakukan walau apa cara sekalipun. Mungkin kerana itu, saya menjadi sasaran,” katanya.
Halim berkata, dia ada bertanya isterinya mengapa sanggup berbuat demikian, tetapi seperti diduga wanita itu menafikan dia melakukan perbuatan berkenaan.
“Menurut sepupu saya, sebelum kami berkahwin lagi isteri saya sediakan sejenis air untuk saya yang tidak diketahui tujuan. Rakan yang pernah datang ke rumah kami juga berasa tidak sedap hati apabila hendak masuk.
“Apabila saya bertanya isteri, dia tak mengaku dengan memberi pelbagai alasan. Saya tidak tahu mengapa dia sampai hati menyihir saya,” katanya.
Menurut Halim, akibat perbuatan isteri, kerjayanya sebagai perunding dana amanah terjejas sehingga bayaran bulanan rumah tertunggak sembilan bulan.
Hutang kad kredit juga bertimbun, manakala keretanya hanya menunggu masa untuk ditarik kerana ansuran bulanan tidak dijelaskan.
“Kerja saya terjejas teruk. Jika dulu pendapatan mencecah RM20,000 tetapi sekarang jauh merosot, malah pernah dapat tidak sampai RM2,000 sebulan. Apabila hendak jumpa orang, saya malas pergi apabila tiba masanya.
“Sebaliknya isteri saya yang bekerja bidang sama mampu memperoleh RM20,000 ke RM50,000 sebulan, malah dalam bidang ini dia terkenal antara yang berjaya mencatat perolehan tertinggi,” katanya.
Halim berkata, apabila keadaan itu berlaku isterinya hidup dalam serba kemewahan, tetapi dia sebaliknya.
“Apabila isteri hidup dalam keadaan bertuhankan duit, dia mula berubah, rasa diri hebat, bongkak, meninggi diri serta sombong. Saya seperti orang suruhan dia. Begitupun sebagai suami, saya masih menjalankan tugas dan tanggungjawab saya,” katanya.
Menurutnya, selepas mengetahui dirinya disihir, dia menemui empat bomoh, termasuk pakar perubatan Islam, untuk membuang sihir berkenaan.
“Ada yang saya jumpa beritahu, saya sudah lama kena (sihir). Melalui seorang ustaz, saya diberitahu, dalam satu tangkal, isteri saya menggunakan darah haidnya manakala tangkal lain menggunakan minyak kelapa, kertas wafak yang didakwa ada jin serta tulisan jampi serapah. Ada juga memberitahu, tangkal itu dihasilkan daripada air mani gajah,” katanya.
Menurutnya, tangkal berkenaan diserahkan kepada pengamal perubatan Islam untuk ‘dimatikan’ sihirnya dan dia kini masih mendapatkan rawatan pemulihan berterusan.
“Saya masih sayangkan isteri demi anak kami yang berusia tiga tahun dan dia pula kini mengandung tiga bulan. Malah kami masih tinggal bersama meskipun tidak sehaluan.
“Namun, melihat isteri semakin jauh menyimpang, saya tiada pilihan selain memfailkan permohonan nusyuz di mahkamah dalam masa terdekat,” katanya.
Halim yang berharap akan pulih segera daripada ilmu hitam itu merancang membina kembali kerjayanya, selain hidup dalam keadaan tenang dan bahagia.


Musleemah says: Saya tergerak untuk mengemaskinikan artikel kali ini yang dikirim oleh sahabat saya melalui emel. Ia terjadi di Kuala Lumpur. Niat saya cuma ingin menjadikan artikel sebegini sebagai satu pengajaran bagi para wanita yang sudah pun bergelar isteri. Yang belum digelar isteri pula, ambillah artikel ini sebagai tauladan untuk kehidupan masa akan datang. Mohon maaf jika artikel di bawah ini ada perkataan yang agak kasar atau mungkin mengandungi kata-kata sensitif di jiwa para pembaca.
Setahu saya, di filem atau drama berseries seringkali menanyangkan kisah mahupun cerita wanita dan dots…dots…dots… Semua sedia maklumlah kan apa makna dots…dots…dots… saya tu. Namun, artikel yang dibawa ini berlainan. Atau mungkin saya boleh menggunakan perkataan luar biasa bagi artikel ini. Nauzhubillahi minzhaliq. Tidak pernah terfikir atau terbayang di akal fikiran yang satu ni. Tidak terduga bahawa dia begitu berani dan zhalim menganiaya suaminya hingga beliau menderita begitu sekali. Ibarat seorang wanita yang tidak berperikemanusiaan dan sama persis orang yang tertanggal imannya dari hati. Astaghfirullah…
P/s: Kepada lelaki yang akan bergelar suami di luar sana. Untuk memilih pasangan hidup, janganlah mata kamu dikaburi dengan asap debu make-up yang tebal dan bibir yang dicat dengan lipstick buah delima yang cukup merah! Carilah yang beriman. Berdoalah selalu kepada ALLAH. ALLAH itu Maha Mendengar. Insya-ALLAH, pasti kamu akan mendapatkan yang baik-baik sahaja. Dunia akhir zaman. Manusia kini mampu memikirkan pelbagai idea kreatif untuk melakukan dosa-dosa. Astaghfirullah halazhim. Mungkin mereka ini tidak lagi takut akan azhab ILLAHI RABBI. Nauzhubillahi Minzhaliq. Ya RABB-ku… Lindungilah kami para-para wanita mu yang dhoif lagi lemah ini… Lindungilah kami dari perbuatan yang menakutkan ini… Anugerahkanlah kami ketinggian dan kemantapan iman di hati agar dapat menjadi wanita musleemah al-mu’meenah as-solehah yang sabar mengharungi setiap dugaan-dugaan dari-MU jua. Ya ALLAH, sesungguhnya kami lemah tanpa petunjuk-MU. Kami buta tanpa bimbingan-MU. Kami cacat tanpa hidayah-MU. Kami hina tanpa rahmat-MU. Kuatkanlah hati dan semangat hamba-hamba-MU. Tabahkan hati menghadapi segala dugaan yang datangnya dari-MU. Ameen Ya ALLAH. Ameen Ya RAHMAN. Ameen Ya RAHEEM. Ameen Ya KAREEM. Ameen Ya RABBAL ‘ALAMEEN…

Koleksi Banjir Di Kemaman Dan Kuantan 2013

 
© Gi Mari Gi Mari All Rights Reserved