[Live]Sambutan Ambang Tahun Baru Bersama Ustaz Azhar Idrus


[Live]Sambutan Ambang Tahun Baru Bersama Ustaz Azhar Idrus 

TERIMAKASIH KEPADA ZONKULIAH

Berlangsung di Padang Bandaran Butterworth, Pulau Pinang.
Bantu kami untuk meneruskan projek live streaming dan rakaman "ZonKuliah" dengan menyumbang ke akaun Maybank : 557250054584 (Produksi Zonkita) atau cukup sekadar mendoakan kemurahan rezeki kepada kami dan dikurniakan kesihatan yang baik untuk istiqamah. :)
Jazakumullahu Khairan Katsira.
**Untuk update terkini sila like Facebook Page kami : https://www.facebook.com/teamkosuke atau https://www.facebook.com/zonkuliah
dan Group Facebook : https://www.facebook.com/groups/zonkita/
Twitter : @zonkitaorg (http://twitter.com/zonkitaorg)

Live Action... Malang tidak berbau... 29hb Dec 2013…


Malang tidak berbau...29hb Dec 2013… 2.30pm..Cameron Highland…

Yang berlaku pastinya yang terbaik dariNya... Siapalah kita utk menyalahkan takdir tentang apa yang telah terjadi... Dan semestinya ia mempunyai hikmah yang kita tidak ketahui... "Redha dan bersabar" adalah lebih baik dari "merungut dan mengungkit" dengan apa yang telah berlalu... Bersyukurlah, kita pasti akan tenang... In Shaa Allah...

Alhamdulillah... Allah SWT telah permudahkan apa yang berlaku pada hari ini...

Dan sesungguhnya aku bersyukur kerana dikelilingi oleh sahabat2 yang benar2 di namakan sahabat... alhamdulillah...

PS: Abang Megat berada dalam keadaan stabil, kini ditempatkan di Ipoh Specialist KPJ di Tingkt 3, ward 7a, bilik 702...
~>Video sumbangan Nassry Mardee Ismail IV


sumber;fb DAily TRaffic REport

SILA sEBARKAN: Cara Potong Kuku Yang Mengikuti Sunnah Nabi S.A.W

Cara Potong Kuku Yang Mengikuti Sunnah Nabi S.A.W
Cara Potong Kuku Yang Mengikuti Sunnah Nabi S.A.W

YB Tuan Guru Nik Abdul Aziz di majlis kesyukuran perkahwinan Fizo Omar dan Mawar(ade video photo)

YB Tuan Guru Nik Abdul Aziz di majlis kesyukuran perkahwinan Fizo Omar dan Mawar


ade video photo klip

Gempa Bumi Lemah : Earthquake - Magnitude 4.7 - MINDANAO, PHILIPPINES - 2013 December 26, 01:16:26 UTC

Tanggal 26 Disember 2004 kekal dalam ingatan penduduk Kuala Muda

KUALA MUDA - Tanggal 26 Disember 2004 pasti menjadi ingatan kekal kepada penduduk di sekitar Kota Kuala Muda, Kedah berikutan gelombang tsunami yang meranapkan 10 kampung, sembilan tahun lalu. Ombak besar yang tercetus akibat gempa bumi kuat di perairan Sumatera, Indonesia itu turut melanda Thailand, India, Sri Lanka, Maldives, Myammar dan meragut ribuan nyawa.
Di Malaysia, selain Kota Kuala Muda yang terjejas teruk, pesisiran pantai Pulau Pinang, Perlis dan Selangor turut merasai gelombang tsunami dengan angka kematian dianggarkan 45 orang. Tsunami yang mencapai ketinggian enam meter itu menyusuli gempa bumi berskala 8.9 skala Richter, dikatakan paling kuat dalam tempoh 40 tahun.
Menceritakan kembali detik hitam berkenaan, penduduk Kampung Masjid, Yusoff Yahya, 72, berkata, sekurang-kurangnya 11 orang maut di Kota Kuala Muda yang kebanyakan dari Kampung Kepala Jalan. “Semasa itu, saya baru selesai mandi dan persiapkan diri untuk ke majlis perkahwinan tidak jauh dari rumah lebih kurang jam 1 petang.
“Sekali pandang ternampak gelombang air putih dari laut yang tingginya melebihi pokok kelapa,” katanya kepada Sinar Harian. Menurutnya, ramai yang kehairanan menyebabkan kebanyakan penduduk meluru ke tepi laut untuk menyaksikan dengan lebih dekat fenomena yang berlaku.
“Dalam sekelip mata, ombak besar yang membawa limpahan air sudah sampai ke kaki menyebabkan penduduk lari lintang pukang menyelamatkan diri, ada yang menjerit, ada yang menangis dan tidak kurang yang mendukung anak atau bayi masing-masing,” katanya. Lebih kurang 1,000 rumah membabitkan 5,000 penduduk di perkampungan nelayan itu ranap manakala sebahagian lagi rosak akibat dinding hilang, bumbung tercabut dan harta benda seperti kereta, motosikal dan perkakasan rumah kesemuanya hanyut ataupun rosak diseliputi lumpur. sumber:sinar harian

Bukan Petanda Tsunami Akan Berlaku

Kejadian beribu-ribu ikan tamban melompat dan terdampar di pantai Kampung Tambisan di Lahad Datu, Sabah semalam bukan petanda tsunami akan berlaku. Ketua Kluster Sumber Asli dan Majlis Alam Sekitar, Profesor Negara Prof Datuk Dr Ibrahim Komoo berkata, insiden itu tidak mempunyai kaitan dengan tsunami kerana tiada sebarang gegaran atau gempa bumi dikesan.
"Tidak mungkin akan berlaku tsunami kerana tiada sebarang gempa walaupun pada skala kecil direkodkan di kawasan sekitar," kata Naib Canselor Universiti Malaysia Terengganu itu kepada Bernama hari ini. Beliau berkata, kejadian itu tidak semestinya berkait dengan alam sekitar seperti tsunami sebaliknya boleh dikaitkan dengan fenomena alam tabii. Menguatkan lagi pandangannya, Dr Ibrahim yang juga bekas Pengarah Institut Kajian Bencana Asia Tenggara Universiti Kebangsaan Malaysia berkata, kejadian pelik itu hanya melibatkan sejenis ikan iaitu ikan tamban dan tiada hidupan laut lain. "Kalau sejenis ikan sahaja ia mungkin berkait dengan perubahan fisiologi ikan itu sendiri.
"Atau... kejadian itu juga disebabkan perubahan dalam laut sendiri, misalnya suhu air dan kadar kemasinan air laut," katanya. Dr Ibrahim berkata, ikan sangat sensitif dengan perubahan kandungan air dan perubahan keseimbangan dalam diri ikan juga akan membuat haiwan itu berkelakuan pelik. - Bernama

Lahad Datu: Adakah Ini Tanda Amaran Sesuatu Akan Berlaku? Ikan Melompat Ke Daratan-24*12*2013

info dari rakan fbNoding Supu 
 
Kejadian ini berlaku di tepi pantai Tambisan pada pagi 24/12/2013 .. Difahamkan kejadian ini bukanlah pertama kali berlaku dan pernah sudah beberapa kali berlaku akibat apabila musim ikan besar mendarat di perairan Tambisan makan ikan yang kecil-kecil seperti dalam video ini akan ke tepian pantai untuk menyelamatkan diri daripada mangsa buruan ikan-ikan besar.

Nota Kaki : Bagi kita yang jarang melihat kejadian pelik seperti ini pastinya akan timbul perasaan gusar dan takut dan sering mengaitkan dengan kemungkinan perkara negatif. Usah kita berperasangka .. Sesungguhnya Allah maha berkuasa ... Yakinilah bahawa semuanya berada dalam pengetahuan dan perhitungan Allah s.w.t. Hati kita hendaklah dipenuhi keyakinan.

Fenomena ikan naik darat di l.d brkmungkinan trjdi sbb klmarin ada gempa berskala kecil brlaku di filipina dan laluan pusat gempa tu sejajar arah kinabatangan

Lahad Datu:24-12-2013

Beribu-ribu ikan yang kebiasaannya hanya berenang di tengah lautan, hari ini dilihat berpusu-pusu berenang ke pesisiran pantai dan melompat naik ke daratan.
Fenomena aneh yang mengejutkan penduduk setempat ini berlaku di Pulau Tambisan, Lahad Datu, kira-kira jam 9 pagi tadi.
Menurut pembaca Sinar Harian Online, Luludaprincess Oja yang berkongsi maklumat itu berkata, kejadian itu disedari oleh penduduk sekitar yang melalui kawasan itu secara tiba-tiba melihat ikan meloncat naik ke daratan.
"..situasi ini disedari oleh orang kampung yang kebetulan berada di tepi pantai, melihat kelainan dalam air tersebut di mana ikan-ikan meloncat naik ke darat.
"Sesetengah penduduk mengambil kesempatan untuk memungut ikan tersebut.
"Ini merupakan fenomena pertama berlaku di kampung tersebut," katanya.
Dalam pada itu, Sinar Harian Online mendapati video mengenai peristiwa itu yang berdurasi dua minit tiga puluh lima saat telah dimuatnaikkan di laman Youtube.
Sebelum ini, kejadian tsunami yang berlaku di Acheh pada 26 Disember 2004 turut mencatatkan tanda-tanda pelik sebelum berlaku bencana alam tersebut.
sumber:sinar harian

Rakaman Video CCTV : Bomb Attack in Danok l Video pengeboman di Danok,Thailand 22--12-2013

Rakaman Video CCTV : Bomb Attack in Danok l Video pengeboman di Danok,Thailand 22--12-2013 

Kisah Antara Anak Muda, BR1M, Orang Tua.

Perbualan di sebuah warung kopi di sebuah Felda. Seorang pak cik leka membelek akhbar Utusan Meloya sambil hisap rokok daun di sebuah meja. Datang seorang anak muda duduk di hadapannya sambil memesan segelas air dari tokeh warung. Dialog seterusnya...

Anak Muda: Assalamualaikum, Pak cik

Orang Tua: Waalaikum Salam...(sambil terus belek akhbar utusan dan geleng2 kepala)

Anak Muda: Nape pak cik geleng2 kepala tu? Ada berita buruk ke pak cik akhbar hari ni?

Orang Tua: (letak akhbar, hirup kopi dan memasang rokok daunnya) Ermm..aku pelik dengan Pembangkang ni...Semua yg Najib buat semua salah...Naik harga gula utk kebaikan rakyat pun mereka bantah...pelik betul!! Gula tu memang penyebab kencing manis...memang patut dinaikkan pun..

Anak Muda: Ohh...pasal tu. Abis tu, pak cik setuju ke gula dinaikkan 35 sen?

Orang Tua: Memang setuju asalkan rakyat kita terjaga kesihatannya. Najib bagus..ambik berat hal rakyat.

Anak Muda: Pak cik sekarang ni ada alami sebarang penyakit tak? (Sambil hirup teh yang baru sampai)

Orang Tua: Pak cik sejak dulu memang kurang minum manis2 ni. Sbb tu pak cik takde kencing manis. Jadi langkah najib tu tepat lah..

Anak Muda: Penyakit apa yang Pak Cik ada sekarang ni?

Orang Tua: Cuma darah tinggi je lah...kencing manis memang takde...

Anak Muda: Cehh..tak adil Najib ni. Sian orang macam Pak cik ni...

Orang Tua: ehhh...nape pulak?

Anak Muda: Kenapa dia hanya jaga orang kencing manis je...abis tu darah tinggi macam mana pulak? Patutnya Najib naikkan harga garam juga....baru adil..Dalam masakan yg paling banyak orang guna adalah garam bukan gula...

Orang Tua: Aaahhh...ko memang sengaja nak cari salah Najib...Aku dah kata pembangkang macam tu...cari salah je pandai...semua nak komplen...kasi BR1M sapu gak!! (sambil jeling tajam kat Anak Muda)

Anak Muda: Ehhh...BR1M? Saya boleh kasi Pak Cik BR1M bukan setahun sekali...setiap bulan saya boleh kasi pak cik? Sebut saja pakcik nak berapa? Setiap bulan saya boleh kasi pakcik...betul ni, bukan main2..

Orang Tua: Eleehhh...ko nak kasi aku BR1M? hahaha...rokok pun beli batang...hahaha (sambil ketuk2 meja..)

Anak Muda: Serius ni pakcik...Pakcik sebut je berapa BR1M pakcik nak...saya boleh kasi tiap2 bulan!! Bukan setahun sekali macam Najib tu. Ni hah...(sambil tunjuk pada tokeh kedai yang mendengar perbualan) Pak Ali tokeh kedai ni boleh jadi saksi...cakap lah, berapa BR1M pak cik nak dari saya tiap2 bulan?

Orang Tua: Ok..ok..(sambil berdiri nak marah). Aku tak mahu banyak dari kau. Kau kasi aku tiap2 bulan hanya RM 100 je. Boleh? Hahahaha...baru nak hidup dah nak tunjuk pandai ngan aku...

Anak Muda: Alaaa...nape sikit sangat Pak Cik mintak? Up la sikit....

Orang Tua: Tak payahhhhh....ko kasi aku seratus ringgit je sebulan cukup lahh...jangan berlagakkk!!

Anak Muda: Ok, baiklah. Saya akan kasi pakcik tiap2 bulan seratus ringgit....tapi dengan satu syarat...

Orang Tua: Laaa...syarat apa pulak? Mana boleh syarat2 plak...nak kasi..kasi je lahhh...Jangan nak belit2...

Anak Muda: Memang la ada syarat. Najib pun camtu...sebelum dia umum nak kasi BR1M, sebelum pilihanraya dia kata...undi BN..kita kasi BR1M...kita naikkan jumlah BR1M...itu kira macam syarat la tu...

Orang Tua: Ok lahhh...apa syaratnya?

Anak Muda: Syaratnya, setiap hari pakcik kasi saya lima puluh ringgit...cukup sebulan saya kasi pakcik BR1M seratus ringgit, amacam? Setuju?

Orang Tua: Woiii...ko ingat aku bodoh ke? Ko ambik duit dari aku tiap2 hari lima puluh rtinggit, sebulan ko kasi aku seratus? Ko ingat aku ni bodoh sangat? Ko guna duit aku, bayar pulak kat aku hanya seratus? Ko untung pulak lagi....jangan nak bodohkan aku...aku tak la bodoh sangat ok..

Anak Muda: Haaaa...kalau tak bodoh baguslah!! Macam tu lah Najib punya cara kasi BR1M, tau tak? Hahahaha... (sambil bangun dari kerusi menuju ke tokeh kedai untuk bayar minuman)

Orang Tua: (terkebil2 sambil pandang Tokeh Kedai yang ketawa besar) Kurang ajar budak nihhhh....!!!

THE END OF BE END!!

Asah Otak: MARI-MARI TEST KECEPATAN OTAK.

MARI-MARI TEST KECEPATAN OTAK.

Arahan :

1. Jawab dgn spontan (MESTI CEPAT), tak boleh fikir lama2..
2. baca satu demi satu.
3. fokus..

Permainan fokus warna ...

1. kertas A4 warnanya apa ?
2. awan warnanya apa ?
3. tisu warnanya apa ?
4. lembu minum apa ?

Yang menjawab susu fokus anda terganggu, sbb lembu minum air

1. rambut anda warna apa?
2. bulu mata warnanya apa ??
3. jalan tar warnanya apa ???
4. kelelawar tidur bila?

Yang menjawab malam, maknanye fokus anda tergganggu.

.....sbb kelelawar tidur di siang

1. Warna dari cendol apa?
2. daun kelapa warnanya apa?
3. warna umum rumput?
4. Zirafah makan apa?

Yang jawab rumput , itu salah,
sbb Zirafah makan daun.

Haaaa..!! salah berapa??

Cepat ngaku.

21-12-2013 / Banjir-Laluan Paka Kertih Mula Dinaiki AIR



Banjir-Laluan Paka Kertih Mula Dinaiki AIR

sumber rakan fbMohd Nazri Sulaiman

Share jika suke: Sebuah catatan buat Unit Amal Se-Malaysia-Hok tengoh panah dering tu..tari ngat-ngat atas pale

Sebuah catatan buat Unit Amal Se-Malaysia-Hok tengoh panah dering tu..tari ngat-ngat atas pale.dari rakan fb:Naraza Muda

Heran sungguh aku dgn puok ni.. Berape sen puok ni disogok
Ada sokmo mane-mane. Hok tengoh malam tu aku dok heran. Hok tengoh panah dering tu..tari ngat-ngat atas pale.

Tak dok pulok gong dengan pakat. Ade pakat kedok dok tahu puok ning. Peluh rejap kerut dahi puok RELA nye ada upoh. Bulih kire kak loh. Hok ni gok...huh.

Aku ada sembang jugok dengan puok ni. Nengun molek kene sutir dua ayat. Nok nangis natang aku ni malu kediri. Rajin jugok lah puok ning royak tugas 4-5 jam air setenguk pun tak dop, mentelah lagi nasi bungkus.

Tu pun ada jugok peminpin hok gong ..tengok unit amal jaga jalan panas dering untuk mereka jugok, tapi haram dok pin...menteloh lagi nok angkat tangan, jauh bangat nok senyum mewek.

Sampai bak kesoh banjir baru ni aku belinang jugok air mata. Hok aku dengor, hok aku tengok dengan mata aku.
Memang payoh nok royak kokrang.

Hok aku dengor....ada lah geng amal ni gi basuh rumah Jkkk yg penuh dengan seluk. Berjam-jam puok ni wak keje dengan sungguh. Tuan rumoh dok tahu lah aku ye tawor air ke dok. Rase dok. Sebab semua peralatan punoh ranoh habis. Nok rebus air guane.

Unit amal ni buat kerja sungguh ti. Habis tikor getohnye selok. Tikor getoh ni mu tahu aaa..dang nye lama gok angkat je nye jadi cam sekut kering cicoh kopi..patoh
Mudah base gok punoh ranoh habis lah. Dok selok seluk banyok bawah. Aku dok tahulah guane perasaan tuan rumoh tu..jkkk pulok. Pesengan tunjuk muka seposen tengok tikor getoh ye punoh.

Puok amal ni habis siap molek basuh rumah tu..puok ni bisik same diri. Masa nok balik tuan rumoh tanye berape upoh...saloh sorang dari puok ni royak ke tuan rumoh yang khidmat mereka ni adalah kerana Allah. Lalu lah ada siket senyuman di muka tuan rumah dan hok ganas lagi puok amal tadi siap hulur ..." pok cik! Ni ada siket pitih hok kami kutip sama kami untuk pok cik beli tikor getoh baru.....


Parodi Sang Menteri-Keputusan PMR dan naikkan harga tol



Nafas Razak tersekat2.. Lututnya mengigil2.. Result PMR digenggam kemas.. 4C.. 3D.. 1E.. Terus terbayang wajah bapaknya yg garang bak Lion King.. Memang sah dapat penampar.. Razak mengeluh, menyesal dgn sikapnya yg malas belajar.. Masa exam, semua dijawab mengkhinzir buta..

Al Fatihah l Primadona filem Melayu, Azean Irdawaty, 63 tahun meninggal dunia pada Selasa pukul 8.26 malam



PRIMADONA filem Melayu, Azean Irdawaty, 63 tahun meninggal dunia di Hospital Universiti, Petaling Jaya, Selangor malam ini.

Allahyarhamah menderita sejak lima tahun lalu akibat penyakit tumor dan lymphedema yang dihidapinya.



 KUALA LUMPUR: Primadona filem Melayu, Azean Irdawaty, 63 tahun meninggal dunia pada Selasa pukul 8.26 malam di Hospital Universiti, Petaling Jaya, Selangor.

Allahyarhamah menderita sejak lima tahun lalu akibat penyakit tumor dan lymphedema yang dihidapinya.

Allahyarhamah merupakan pelakon yang mula mencipta nama sebagai penyanyi pada era 70an dan namanya meledak di layar perak akhir 70an setelah membintangi filem Esok Masih Ada arahan Tan Sri Jins Shamsuddin.

Di layar perak, Azean merupakan pemenang sebanyak dua kali trofi Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia pada tahun 1980 menerusi filem Esok Masih Ada dan Langit Petang pada tahun 1982.

Allahyarhamah cukup dikenali menerusi watak Auntie Zai lakonan terbaiknya dalam filem Layar Lara arahan Datin Paduka Shuhaimi Baba.

Menerusi watak Tok Wan dalam filem Waris Jari Hantu, sekali lagi Allahyarhamah membawa pulang trofi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik FFM pada 2008.

Filem terakhir lakonannya ialah menerusi filem terakhir arahan Allahyarhamah Yasmin Ahmad, Talentime pada tahun 2009.

Selain filem, Allahyarham turut dikenali di skrin televisyen antaranya drama Aishah 50 Sen, Ratu Jamu, Kembali dan Najihah.

Allahyarhamah meninggalkan suami, Khairil Anwar Z.M Rashidi dan tiga orang anak, Khaeryll Benjamin, Elza Irdalynna dan Inessa Irdayanty.

Jenazah Allahyarhamah akan dibawa ke kediamannya beralamat 92, BU 11/7, Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor.

Urusan pengebumian akan diumumkan dalam waktu terdekat.
sumber astro awani

gamba-gambar Kemalangan berhampiran simpang masuk uitm bkt besi jam 7.30am..16/12/13

 gamba-gambar Kemalangan berhampiran simpang masuk uitm bkt besi jam 7.30am..16/12/1






Kemalangan di berhampiran simpang masuk uitm bkt besi jam7.30am..16/12/13
sumber : rakan fb fauzi

Maaf aBANG - abg cakap mau basuh luar dalam

hati-hati bila menghantar kenderaan untuk dibersihkan,takut2 jadi macam niiiii
bagi tau betul2 kat abangla niii,mau basuh luar saje keee,vacum dalam,jgn kate mau basuh luar dalam,ni laa bahananya.

Hoki Wanita Malaysia catat Rekod Dunia Belasah Kemboja 36-0


YANGON - Malaysia mencipta rekod dunia dalam sukan hoki apabila skuad wanita negara membelasah Kemboja 36-0 pada perlawanan kedua pusingan awal dalam temasya Sukan SEA ke-27 di sini hari ini.

Skuad negara menjaringkan gol pada setiap purata dua minit dengan 18 gol pada babak pertama dan mengulangi jaringan sama pada babak kedua pada perlawanan selama 70 minit.

Sebelum ini, rekod jaringan paling besar dipegang oleh Argentina apabila menumpaskan Peru 26-0 pada Kejohanan Wanita Amerika Selatan di Santiago, Chile, pada 23 Mac 2003.

Semalam, Thailand menyamakan rekod itu dengan mengalahkan Kemboja 26-0.

Pada perlawanan di Stadium Hoki Theinphyu di sini, Noor Hasliza Md Ali muncul sebagai penjaring terbanyak perlawanan dengan enam gol pada minit ke-14, 25', 42', 43', 62' dan minit ke-64.

Fazillah Sylbester Silin turut menyumbang lima gol pada minit ke-15, 31' 35' 55' dan 60', Nobaili Hashim empat gol (16', 30', 39', 65'), Norazlin Sumantri empat gol (12', 21', 25', 60').

Kapten pasukan Nadia Abd Rahman menjaringkan dua gol iaitu pada minit kelima dan 51'; Norhidayah Bokhari (21', 28'); Rabiatul Adawiyah Mohamed (40', 55').

Lima gol lain masing-masing menerusi Norashikin Halim pada minit ke-46, Nurul Nabila Mansur (23'), Raja Norsharina Raja Shabuddin (18'), Surizan Awang Noh (52') dan Siti Nuramira Rohani melabuhkan tirai jaringan pada minit ke-70.

Pasukan negara turut menerima satu gol menerusi jaringan sendiri pemain Kemboja.

sumber:sinar harian

Terkini: Dua pelajar politeknik lemas di Teluk Bidara 13/12/13

teluk bidara-gambar hiasan
DUNGUN: Dua pelajar Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, ditemui lemas selepas mandi di Pantai Teluk Bidara, dekat Kampung Seberang Pintasan di sini.

Dalam kejadian jam 9.30 pagi tadi, dua rakan itu yang mandi di pantai berkenaan bersama 11 yang lain lemas selepas dipukul ombak kuat. Usaha mencari yang dijalankan pasukan penyelamat berjaya menemui mayat Ahmad Syukri Aiman Romainor, 18, iaitu pelajar jurusan Diploma Automotif Diesel, manakala mayat seorang lagi mangsa, Muhammad Hanif Jainuri, 18, yang mengambil jurusan sama masih belum ditemui.

sumber:bharian

Terengganu:Bahana Coklat Cadbury

Terengganu:Bahana Coklat Cadbury
KUALA TERENGGANU - Seorang ibu tunggal hanya mampu menangis teresak-esak di kandang mahkamah apabila diminta membuat rayuan sebelum hukuman penjara sehari dan denda RM1,000 dijatuhkan selepas mengaku bersalah mencuri coklat milik Pasaraya Giant, di Mahkamah Majistret, di sini, semalam.


Berdasarkan fakta kes, pada hari kejadian lebih kurang jam 6 petang, seorang pengawal keselamatan bertugas yang sedang melakukan rondaan telah menerima maklumat daripada salah seorang pekerja memaklumkan terdapat seorang wanita berbaju hijau dan bertudung kuning bersama seorang lelaki telah memasukkan barang ke dalam beg tanpa membuat pembayaran terlebih dahulu.

Sebaik sahaja menerima maklumat tersebut, pengawal keselamatan itu dengan ditemani salah seorang rakan sejawat terus ke lokasi dimaklumkan sebelum mendapati wanita dimaksudkan telah melalui kaunter tanpa membuat sebarang pembayaran.

Wanita itu ditahan di luar kawasan kaunter pembayaran dan hasil pemeriksaan berjaya menjumpai kesemua jenis coklat yang dicuri, sebelum diserahkan kepada polis.

Selain itu, Noor Shila Mamat, 28, dari Jalan Kamaruddin, Kampung Banggol, di sini, turut berdepan hukuman penjara selama sebulan lagi sekiranya gagal menjelaskan jumlah denda berkenaan.

Kesemua keputusan itu dibuat selepas Noor Shila mengaku bersalah telah mencuri lima keping coklat Cadbury Cashewnut 175 gram; lima keping coklat Cadbury Almond 175 gram; lima keping coklat Cadbury Mired Nuts 175gram dan lima keping coklat Cadbury Dairy Milk H/Nut Praline 175 gram.

Dia mengaku bersalah mencuri coklat yang bernilai keseluruhan RM150 bersama dengan seorang lagi yang telah dituduh di Pasaraya Giant, Jalan Sultan Mohamad, di sini, pada 6 Febuari 2010 di antara jam lebih kurang 5.35 petang hingga 5.45 petang.

Dengan itu, Noor Shila mengaku bersalah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri di dalam bangunan yang memperuntukkan hukuman penjara boleh sampai 14 tahun dan denda, jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Inspektor L Rathna di hadapan Majistret Rozianti Mohamed Hanaphi manakala Noor Shila tidak diwakili peguam bela.

sumber:sinar harian

SEBARKAN "JOM OPS BERSIH 5" Bersih Kemaman-SEGERA-JUMAAT INI-BESOK

PAS Arah Semua Jentera Jayakan “Ops Bersih 5” Parlimen Kemaman

KEMAMAN – Seluruh petugas Unit Amal, para sukarelawan PAS dan ahli-ahli Badan Bukan Kerajaan (NGO) dikerah agar turun besar-besaran ke kawasan terjejas banjir di daerah Kemaman bagi menjayakan “Ops Bersih 5”.

Arahan Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang itu disampaikan oleh Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayob ketika beliau menziarahi mangsa banjir di beberapa lokasi dekat sini.

Salahuddin telah singgah dan bertemu dengan penduduk di Taman Sri Pauh, Surau Kampung Jaya Batu 21/2 dan Taman Fikri 2 Chukai, pada semalam Rabu 11 Disember.

Operasi membersih besar-besaran itu akan berlangsung selama tiga hari bermula Jumaat hingga Ahad dan melibatkan seluruh DUN yang terlibat dengan musibah banjir.

“Diminta kepada seluruh petugas-petugas Unit Amal dan sukarelawan PAS yang lain untuk turun secara besar-besaran ke Kemaman bermula pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad ini, untuk menjayakan operasi “Ops Bersih 5” yang meliputi empat Dun dan satu Parlimen.

“Saya sebagai Naib Presiden telah menerima arahan dari Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang untuk mengumumkan supaya petugas-petugas amal (Unit Amal) dan sukarelawan parti (PAS) dan mereka-mereka yang berkesempatan untuk hadir besar-besaran ke Kemaman dengan membawa pelbagai peralatan penting dalam kerja-kerja pembersihan,” tegasnya.

Bercakap pada siding medianya di Bilik Gerakan Operasi Banjir PAS Kemaman sebelum itu, beliau berkata, PAS menetapkan tiga prosedur operasi yang dinamakan 3M iaitu “Menyelamat, Melegakan dan Membaik-pulih”
Operasi tahap ketiga itu menurutnya adalah untuk membantu membersihkan rumah-rumah dan kawasan yang ditimpa bencana banjir serta mebaik [ulih sebarang kerosakkan.

“PAS Pusat mengambil tanggungjawab sepenuhnya untuk membantu meringankan kesan dari banjir yang melanda daerah Kemaman.

“Saya harap arahan ini dapat dilaksanakan secepat mungkin dan operasi bermula pada hari Jumaat (13 Disember) jam 8.00 pagi. Para petugas diminta melaporkan diri di Pejabat PAS Kemaman,” jelasnya dan menambah arahan akan dipanjangkan melalui Pesuruhjaya-pesuruhjaya PAS setiap negeri.

sumber:buletinonline

"Dakwaan kagum dengan Khomeini, saya ucap terima kasih.-Mat Sabu



'Ya, saya kagum Khomeini, tapi bukan Syiah'

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu mengakui kagum dengan kepimpinan bapa revolusi Iran Ayatullah Khomeini serta pemimpin Lubnan Hassan Nasrallah.

Bagaimanapun beliau tetap menafikan mengikuti fahaman Syiah.

"Dakwaan kagum dengan Khomeini, saya ucap terima kasih.

"Saya memang kagum dengan kepimpinan Khomeini kerana dia seorang pemimpin yang boleh bawa orang Islam berdiri sendiri.

"Saya juga kagum dengan Hassan Nasrullah," kata beliau dalam kenyataan ringkas hari ini.

Mohamad yang lebih dikenali dengan nama Mat Sabu turut menyatakan akan menyerahkan isu tersebut untuk diteliti peguamnya.

sementara itu

Saifuddin dalam tulisan di Twitter berkata, beliau juga mengagumi Khomeini, dan juga tokoh revolusi lain seperti tokoh anti-apartheid Nelson Mandela, pemimpin gerila Bolivia Che Guevara, dan pejuang kebebasan India Mahatma Gandhi.

"Saya kagum Mandela, Che Guevara, Ghandi, Mother Theresa. Adakah bermakna saya Kristian, komunis, Hindu?


"Saya juga kagum Khomeini. Adakah saya Syiah?," tulisnya.

koleksi video banjir terburuk di Kemaman Dan Kuantan

Pasca Banjir Di Kemaman

 
Agihan bantuan & gotong royong pembersihan rumah penduduk di Kemaman.

Sama-sama kita bantu ringankan beban mereka.

Banjir: Jom Derma mangsa banjir di DUN RANTAU ABANG

Dalam persiapan agihan kepada mangsa banjir yang pulang ke rumah masing-masing.Petugas pemuda sedang menyiapkan bungkusan untuk lebih kurang 200 keluarga.Sumbangan daripada orang ramai bagi membantu mangsa banjir di DUN RANTAU ABANG amatlah
diharapkan.Kepada para penyumbang boleh memberi sumbangan melalui...

1. MAYBANK - 163091056151 ( AHMAD FAUZI BIN ALI )
Ketua Lajnah Kebajikan PAS DUN Rantau Abang Dungun

2. BIMB -MTD PAS RANTAU ABANG
Pemegang Amanah :-
130440-100-24711
JAMALUDDIN ISMAIL : 019-9836202
HJ ANUAR ABU BAKAR : 019-9562190


Sila nyatakan jumlah kepada penama diatas untuk sebarang sumbangan."BERKAT UNTUK SEMUA" "INFIRU"

 sumber fb Penerangan R Abng


Bukit Kuang Kemaman : 30 Nyaris Maut Awal Pagi Ini

KEMAMAN - Seramai 30 penumpang nyaris maut apabila bas yang mereka naiki terbalik di Kilometer 140.8 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan berhampiran Kampung Bukit Kuang di sini awal pagi tadi.

Kejadian berlaku kira-kira 3 pagi, apabila bas eskpres tersebut yang dalam perjalanan dari Kelantan menuju Johor Baharu dikatakan cuba mengelak dari melanggar seekor babi yang sedang melintas jalan.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Che Suza Che Hitam berkata ekoran itu pemandu bas tersebut yang berusia 54 tahun gagal mengawal basnya lalu merempuh penghadang jalan sebelum bas itu terbalik ke dalam tebing sedalam tiga meter.

"Ketika kejadian, jalan agak basah selepas hujan dan akibat mahu mengelak itulah, menyebabkan bas berkenaan menggelongsor di bahu jalan lalu terbalik," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata lapan penumpang cedera ringan dan dihantar ke Hospital Kemaman manakala pemandu bas berkenaan turut cedera ringan. - Bernama

Langkah Terbaik : Mangsa banjir di Dungun lebih bersedia, kreatif

Mangsa banjir di Dungun lebih bersedia, kreatif

DUNGUN - Lazimnya mangsa yang ditempatkan di pusat perpindahan banjir 'berteduh sementara' di kawasan yang terbuka dan berselerak dengan disediakan tikar dan selimut selain makan minum oleh pihak berwajib.
 
Namun begitu, apabila terlampau ramai mangsa banjir ditempatkan di sesebuah pusat perpindahan, ini pastinya mendatangkan rasa kurang selesa, terutamanya kepada kaum wanita untuk tidur dan menukar pakaian.
 
Tinjauan Bernama mendapati lain pula keadaannya di pusat penempatan banjir di Dewan Majlis Sukan Negeri (MSN) Dungun di Balai Besar apabila kebanyakan mangsa banjir dari Kawasan Perumahan Taman Rakyat Jaya mempunyai alternatif sendiri dengan memasang khemah di dalam dewan pusat perpindahan itu.
 
Seorang daripada mangsa banjir yang ditemui, Norida Barudin, 41, berkata, penggunaan khemah turut memberi keselesaan kepada mereka dan anak-anak serta kelihatan lebih tersusun, sekali imbas bagaikan perkhemahan keluarga.
 
"Kalau nak tukar pakaian lebih senang sikit daripada asyik pergi ke bilik mandi, lepas tu kalau anak nak tidur pun senang dan kita pun tidak menyusahkan orang.

 "Lagipun kalau orang luar tengok lebih tersusun sedikitlah. Kita dah biasa banjir di kawasan ini maka kami rasakan ini adalah cara yang terbaik daripada kita duduk dan tidur berselerak," katanya.
 
Norida, bertugas sebagai Penolong Pegawai Institut Sukan Negara (ISN) cawangan Terengganu berkata, rata-rata keluarga di pusat perpindahan itu pastinya ada sekurang-kurangnya satu khemah kerana kawasan perumahan mereka sering dilanda banjir terutama semasa musim tengkujuh.
 
Sementara itu Mohd Nasir Othman, 51, berkata, dia membeli sendiri khemah yang mampu memuatkan empat orang pada 2010 yang hanya berharga RM80 sebuah dan ia sangat berguna kepada keluarganya terutama dalam menghadapi situasi sedemikian.
 
"Saya hanya tidur di luar sahaja dengan hamparkan karpet. Biarlah isteri dan dua anak perempuan saya tidur di dalam.
 
"Bila sebut pasal banjir je, apa yang terlintas di kepala kami kalau nak ke pusat perpindahan ialah yang pastinya tidak dilupakan ialah khemah, karpet, kipas dan sambungan plug," katanya.
 
Sementara itu Pengerusi Taman Rakyat Jaya, Mustaffa Fakir Mohamad berkata, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) itu turut menyediakan 15 buah khemah untuk kemudahan mangsa dan merupakan perintis kepada penggunaan khemah kepada mangsa banjir di kawasan itu sejak 2008.
 
"Kita dah perkenalkan pakai khemah sejak tahun 2008 lagi. Saya rasa di negara ini hanya kita sahaja yang mempraktikkan sebegini dan untuk kesinambungannya wanita diberi hak yang istimewa sedikitlah terutamanya bagi ibu yang mahu menyusu badan anaknya.
 
"Takkan bila ibu nak menyusu badan kena asyik pergi ke bilik air? Jadi kalau tiada khemah pasti agak kurang selesa buat mereka kan," katanya.
 
Beliau berkata apabila kaedah penggunaan khemah buat mangsa banjir mendapat maklum balas positif, penduduk sekitar kemudiannya membeli sendiri menjelangnya musim banjir pada tahun berikutnya.
 
Tinjauan turut mendapati lebih 50 khemah dipasang di pusat perpindahan yang baru dibuka sejak malam tadi.
 
Khemah berkenaan diguna oleh golongan wanita manakala kaum lelaki pula tidur di luar khemah.
 
Sejak banjir melanda negara seminggu lalu, laman sosial Facebook dan laman sosial lain memuatkan foto yang memaparkan perbezaan mangsa bencana di Jepun dan Malaysia.
 
Langkah menggunakan khemah ini diharap akan menjadi trend terbaru mangsa banjir di negara ini agar penempatan banjir lebih mematuhi syariah dan lebih teratur. - Bernama

sinar harian

Gambar terkini Banjir Di Kemaman 6/12/2013 04:00PM

Gambar terkini Banjir Di Kemaman 6/12/2013 04:00PM
sekitar taman desa solehah dan kg mak chili

Banjir Terburuk di KEMAMAN pada 05 dis 2013-sekitar mak chili-desa solehah

banjir-klik sini
Banjir Terburuk di KEMAMAN pada 05 dis 2013-sekitar mak chili-desa solehah

Banjir di Kemaman semakin buruk 05/12/2013



Beberapa kawasan termasuk Kampung Bukit Mentok dan Pengkalan Pandan mendapati penduduk kawasan itu telah meninggalkan kediaman masing-masing kerana kebanyakan rumah mereka ditenggelami air hingga ke paras bumbung.

Seorang penduduk Bandar Baru Bukit Mentok, Norita Abdul, 38, menyifatkan banjir tahun ini lebih ganas berbanding sebelumnya hingga sebahagian kawasan didiaminya tenggelam dek banjir besar.

sempadan chendor kemaman pagi ni 05/12/2013

Banjir disempadan chendor kemaman sebelum Shell
Pukul 7 lebih pagi ni dan air makin deras
sumber:fb Bandar Cukai Kemaman

Sekitar Banjir di Kuantan yg menjadi semakin buruk l 04 DIS 2013

masjid alfatah
Banjir melanda Kuantan l terburuk l 04 DIS 2013

Terkini: Bandar Kemaman Dari Udara 04/12/2013-JUMLAH MANGSA Banjir Terengganu TERKINI 5115-7.30ptg

BANDAR Chukai, Kemaman dari udara pada petang ini. 
sumber:Gambar oleh Fauzi Adam

BANJIR DI SEKITAR Terminal Sentral KUANTAN dan UCSA 03/12/2013

BANJIR DI SEKITAR Terminal Sentral KUANTAN dan UCSA 03/12/2013 

Keadaan Banjir Di Sekitar Kuantan PAHANG 03/12/2013 - video gambar baru

Keadaan Banjir Di Sekitar Kuantan PAHANG 03/12/2013 - video gambar

Keadaan Banjir Di Sekitar Kuantan PAHANG 03/12/2013-updated

Bunuh Lagi: Budak 12 tahun dibunuh selepas dirogol 10 lelaki

sarawak-gambar hiasan
SARATOK 1 Dis. - Nasib malang menimpa seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun yang menghadiri majlis pertunangan saudaranya apabila dia ditemui mati dipercayai dirogol dan dibunuh oleh sekumpulan 10 lelaki di tepi Jalan Kabong dekat sini semalam.

Mayat kanak-kanak malang berketurunan Iban, Rinnie Tiew Kutei itu ditemui terbaring dalam keadaan separuh bogel oleh orang awam yang melalui jalan berkenaan pada pukul 6.30 pagi.

Pendakwah bebas mudah 'dimakan serigala'-Tuan Guru Nik Abdul Aziz

Nik Aziz: Pendakwah bebas mudah 'dimakan serigala'
Nik Aziz Nik Mat 

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menegaskan seorang pendakwah sebenarnya tidak mungkin bebas kerana baginya seseorang (pendakwah) itu semestinya mempunyai pendirian masing-masing.

Jelas Nik Aziz, Seorang pendakwah wajib memilih untuk menyeru manusia kepada kebenaran atau kebatilan. Oleh itu seseorang pendakwah itu tidak boleh bebas tanpa apa-apa pendirian politik.

“Di dalam Islam, cuma ada iman atau kufur. Di akhirat kelak, cuma ada neraka atau syurga. Begitu juga di dunia, yang ada ialah benar atau batil.

“…dalam kiasan ini kita boleh membaca jika dia(pendakwah) itu benar-benar menjadi bebas dari sudut pendiriannya, lambat laun mudahlah ia dimakan oleh 'serigala'.

“Justeru, saya tidak pelik jika mana-mana 'pendakwah bebas' tiba-tiba dimakan oleh 'serigala'.katanya memetik laman Facebook miliknya.

Sehubungan dengan itu, kata Nik Aziz dalam arus politik kini, seseorang itu semestinya mempunyai pendiriannya masing-masing apatah lagi seorang pendakwah yang bertanggungjawab membawa kebaikan kepada masyarakat.

sumber:sinar harian

ALFATIHAH-Tragis & Memilukan: Remaja Perempuan Dirogol Dan Dibunuh, Dua Adik Ditemui Mati Di Sungai

Foto

ALOR SETAR 1 Dis. - Mayat seorang remaja perempuan yang dipercayai dirogol dan dibunuh ditemui di kawasan bendang di Alor Senibong dekat sini semalam manakala dua adiknya dilapor hilang.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, ACP Mohd Nashir Ya berkata mayat remaja berusia 14 tahun itu ditemui orang awam dalam keadaan separuh bogel kira-kira pukul 3.45 petang.


Noor Syafikah Nadia Abdullah, 14, dibunuh selepas dipercayai dirogol dan ditemui di kawasan bendang di Alor Senibong dekat sini semalam manakala dua adiknya hilang. Jenazah Noor Syafikah Nadia dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk bedah siasat. - Foto Bernama
Noor Syafikah Nadia Abdullah, 14, dibunuh selepas dipercayai dirogol dan ditemui di kawasan bendang di Alor Senibong dekat sini semalam.

"Polis belum mendapat petunjuk tentang dua adik mangsa yang dilapor hilang.

Operasi mencari mereka sedang dijalankan dengan bantuan unit anjing pengesan," katanya kepada pemberita di tempat kejadian hari ini.


Remaja tersebut bersama dua adiknya yang berumur tiga dan 12 tahun dilapor keluar dari rumah mereka di Jalan Datuk Kumbar dengan motosikal kira-kira 7.30 malam untuk ke rumah rakan mangsa di Kampung Gelam yang berdekatan bagi mengambil gajinya yang bekerja membotol bahan pencuci.


Mohd Nashir berkata setelah ketiga-tiga anaknya tidak pulang dan gagal ditemui setelah puas dicari, ibu mereka Siti Aishah Arifin, 40, membuat laporan polis di di Balai Polis Langgar kira-kira pukul 2 pagi.


Sementara itu laporan terkini menyebut, dua adik remaja yang dilaporkan hilang itu disahkan maut selepas mayat mereka ditemui di terusan Kg Padang Petani di sini petang ini.

Koleksi Banjir Di Kemaman Dan Kuantan 2013

 
© Gi Mari Gi Mari All Rights Reserved