Cissss,Ayah Celaka!!!!!!

  • Budak perempuan 7 tahun mati dikelar bapa  
  • Seorang lelaki mengelar hingga mati anak perempuannya yang berusia tujuh tahun dan mencederakan dua lagi anak perempuannya di rumah mereka di Seksyen 4 Bandar Baru Bangi di Kuala Lumpur, petang tadi. Kelihatan anggota polis menahan suspek yang juga bapa kepada mangsa terbabit untuk siasatan lanjut. - Foto Bernama
BANGI - Seorang lelaki mengelar hingga mati anak perempuannya yang berusia tujuh tahun dan mencederakan dua lagi anak perempuannya di rumah mereka di Seksyen 4 Bandar Baru Bangi di sini, petang tadi.
  
Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Abd Rahim Jaafar berkata dalam kejadian 4.15 petang itu, lelaki berkenaan mencederakan anak-anak perempuannya yang berusia 10 dan 12 tahun di tengkuk dan tangan hingga menyebabkan seorang daripadanya putus jari.
  
"Polis masih lagi mencari jari itu di dalam rumah suspek," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.
   
Beliau berkata seorang lagi anak perempuannya yang berumur 15 tahun dan anak lelakinya yang berusia 17 tahun dapat menyelamatkan diri daripada bapa mereka, yang bersenjatakan sebilah parang dalam kejadian itu.
  
Menurutnya anak perempuannya berusia 15 tahun itu, yang baru pulang dari sekolah menengah agama, terkejut apabila melihat bapanya sedang berdiri dengan memegang sebilah parang di dalam rumah teres dua tingkat itu.
  
"Budak perempuan itu melihat ada kesan darah di ruang tamu dan mendapati adik-adiknya cedera. Dia terus menjerit dan memanggil abangnya yang berada di tingkat atas.
  
"Abangnya meluru keluar dari bilik dan melihat keadaan di tingkat bawah lalu meminta adiknya itu segera berlari ke tingkat atas dan bersembunyi di dalam bilik sebelum dia menghubungi polis," katanya.
  
Abd Rahim berkata ketika tiba, polis mendapati dua anaknya yang cedera berada di ruang tamu dan segera membawa mereka ke Hospital Kajang dekat sini untuk rawatan.
  
Polis menjumpai mayat anak perempuannya yang dikelar di leher, di bilik tingkat bawah rumah itu
  
"Mayatnya dihantar ke Hospital Kajang untuk dibedah siasat," katanya.

Menurutnya semasa kejadian itu, ibu mangsa berada di tempat kerjanya di Cyberjaya.
  
Susulan kejadian itu, polis mencari lelaki berusia 44 tahun itu dan menemuinya di tebing sungai di belakang kawasan perumahan itu kira-kira 6 petang.
  
"Suspek dijumpai dalam keadaan murung, basah dan cedera di kepalanya. Polis percaya suspek telah terjun ke dalam sungai tetapi naik ke tebing kemudian," katanya.
  
Abd Rahim berkata polis turut merampas sebilah parang daripada lelaki itu.
  
Lelaki itu yang menganggur sejak dua tahun lepas, tidak mempunyai rekod jenayah dan mungkin mengalami masalah mental, katanya.
  
Sementara itu, seorang jiran keluarga itu, yang enggan dikenali, berkata ibu mangsa kini berada di Hospital Kajang bagi menemani anak-anaknya yang cedera.
  
Wanita itu berkata keluarga mangsa sangat dihormati oleh jiran-jirannya kerana mereka sekeluarga rajin solat berjemaah di surau kawasan perumahan itu. - Bernama

sumber:sinar harian
Budak perempuan 7 tahun mati dikelar bapa


Murid dirogol, diliwat, ditoreh kemaluan

MUAR - Seorang kanak-kanak menempuh detik hitam bukan hanya dirogol dan diliwat, tetapi menerima 18 jahitan di kemaluan akibat ditoreh dengan senjata tajam apabila enggan melakukan seks oral, oleh lelaki yang menculiknya di sini, kelmarin.

Kejadian kira-kira jam 3 petang itu berlaku ketika murid berusia 10 tahun berkenaan dalam perjalanan ke sekolah agama dengan menaiki basikal bersendirian melalui jalan pintas dari rumahnya.

Mangsa diculik di lorong dalam kebun getah pada jarak kira-kira 150 meter dari rumah penduduk.

Menurut sumber, mangsa didatangi lelaki berusia 37 tahun yang menariknya masuk ke dalam kereta sebelum dilarikan.

“Mangsa dibawa ke tempat pembuangan sampah lalu dirogol dan diliwat dalam kereta tersebut.

“Seorang pekebun ternampak mangsa diculik tetapi tidak sempat menghalang kerana kejadian berlaku dengan pantas,” katanya.

Sumber berkata, pekebun itu mencatat nombor pendaftaran kereta suspek sebelum menghubungi pihak polis.

Katanya, suspek berjaya diberkas kira-kira jam 5 petang kelmarin semasa berhenti di sebuah stesen minyak dipercayai untuk mengisi minyak.

Dalam pada itu, seorang penduduk tempatan yang enggan dikenali berkata, jalan pintas itu sememangnya sunyi kerana dikelilingi kebun getah.

“Tetapi penduduk tidak ada pilihan lain kerana laluan itu mempercepatkan perjalanan hantar anak  ke sekolah serta turut digunakan mangsa setiap hari,” katanya.

sumber:
Murid dirogol, diliwat, ditoreh kemaluan

Nik Aziz cabar Umno-BN tidak letak calon PRK Kajang

nik aziz pc rasuah 01

Nik Aziz cabar Umno-BN tidak letak calon PRK Kajang

KUALA LUMPUR, 29 JAN: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mencabar Umno-BN supaya tidak meletakkan calon pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang jika mereka berpandangan pengosongan kerusi itu satu pembaziran dan penghinaan terhadap proses demokrasi.

Beliau yang dipetik daripada Harakah Daily berkata, laporan akhbar pro-Umno bahawa langkah mengosongkan kerusi terbabit adalah cubaan memanipulasi demokrasi sangat memualkan kerana langkah Umno merampas Kerajaan Perak pada tahun 2009 lebih menjijikkan.

“Barangkali Umno lupa, langkah mereka di Perak pada tahun 2009 itulah langkah yang benar-benar jijik dengan membelakangkan terus demokrasi dan merampas kerajaan melalui pintu belakang. Umno jangan berlagak baik kerana dosa mereka di Perak masih segar dalam ingatan.

“Saya suka mencabar Umno dan Barisan Nasional, jika mereka berpandangan pengosongan kerusi di DUN Kajang itu satu pembaziran dan penghinaan terhadap proses demokrasi, jangan sekali-kali mereka meletakkan calon di dalam PRK itu nanti,” katanya dalam kenyataan di laman Facebook.

Beliau berkata, sudah pasti PKR mempunyaisebab tertentu sehingga langkah terbabit terpaksa dilakukan dan PAS menunggu penjelasan berhubung perkara itu.

“Ramai yang menghubungi saya untuk bertanyakan pandangan berkenaan isu DUN Kajang yang dikosongkan wakil rakyatnya. Saya tidak tahu menahu berkenaan strategi atau isu yang berlaku sehingga membawa kepada pengosongan terbabit.

“Justeru, saya perlu menunggu penjelasan daripada PKR sendiri yang pasti mempunyai sebab tertentu sehingga langkah ini terpaksa dilakukan. Dalam hal ini, sikap PAS tentunya lebih wajar diputuskan Presiden PAS selaku kuasa eksekutif di dalam parti berdasarkan pertimbangan semasa,” katanya.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semalam mengumumkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon parti itu pada PRK DUN Kajang.

Kerusi Dun Kajang kosong berikutan perletakan jawatan ADUNnya, Lee Chin Cheh yang diisytiharkan Speaker Dewan Negeri Selangor (DNS), Hannah Yeoh kelmarin.

Asyik Nak Seronok jerr- Tidak pernah serik!


  • Dua beradik terlampau, khalwat bersama 5 lelaki 
  • Dua beradik masing-masing berumur 15 dan 18 tahun diarahkan menjalani hukuman selama enam bulan di Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan, Selangor oleh Mahkamah Rendah Syariah Kuala Terengganu, semalam.
KUALA TERENGGANU - Tidak pernah serik! Dua beradik yang sebelum ini pernah ditangkap berkhalwat bersama lima lelaki di dalam sebuah bilik hotel sekali lagi dicekup penguat kuasa selepas didapati tinggal sebumbung dengan seorang peniaga, kelmarin.

Bagaimanapun, perbuatan tidak bermoral dua beradik yang masing-masing berusia 15 dan 18 tahun itu menerima padah apabila diarahkan menjalani hukuman selama enam bulan di Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan, Selangor oleh Mahkamah Rendah Syariah, di sini, semalam.

Hakim Syarie Kamalruazmi Ismail membuat keputusan itu selepas dua beradik berkenaan  mengaku bersalah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 31 (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 kerana berkhalwat.

Dua beradik itu bersama seorang lelaki berusia 26 tahun yang bekerja sebagai peniaga mengaku bersalah melakukan khalwat di dalam sebuah rumah di Kondo Rakyat, di sini, 27 Januari lalu.

Berdasarkan fakta kes, sepasukan pegawai dan anggota membuat serbuan di rumah berkenaan kira-kira jam 10.45 pagi.

Ketika sampai, pintu rumah serta tingkap berkunci sebelum dibuka seorang lelaki dan hasil pemeriksaan, mereka bukan pasangan suami isteri atau mahram.

Sebelum ini, satu waran tangkap dikeluarkan mahkamah bagi menahan dua beradik itu selepas keduanya gagal hadir ke mahkamah.

Kedua mereka sebelum ini turut didakwa melakukan khalwat bersama lima lelaki berusia antara 19 hingga 22 tahun di dalam sebuah bilik hotel, di sini, kira-kira jam 2.30 pagi pada 7 Jun 2013.

Bagi setiap pertuduhan, Kamalruazmi mengarahkan dua beradik berkenaan menjalani hukuman enam bulan di Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan, Selangor, bagaimanapun beliau membenarkan hukuman itu berjalan serentak.

Dua rakan lelaki tertuduh masing-masing berusia 19 dan 21 tahun sudah pun menjalani hukuman sementara satu waran tangkap dikeluarkan terhadap tiga lagi tertuduh selepas gagal hadir ke mahkamah.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Ketua Pendakwa Syarie, Jabatan Undang-undang dan Pendakwaan Terengganu.

sumber:
Ditahan kali kedua berkhalwat bersama peniaga


Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menjadi calon untuk bertanding di Dun Kajang


  • Anwar Ibrahim  
  • Anwar Ibrahim
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menjadi calon untuk bertanding di Dun Kajang.

Pengumuman tersebut telah dibuat oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim di Pejabat  Pusat PKR sebentar tadi.

Menurut Khalid, PKR dan rakan komponennya iaitu Pas dan DAP bersetuju untuk meletakkan Anwar sebagai calon di Dun tersebut.

"Selepas perbincangan dilakukan, PKR dan rakan parti komponen yang lain, kami telah bersetuju untuk meletakkan Datuk Seri (Anwar) sebagai calon di Dun tersebut.

"...kita letak calon PKR, kerana itu bekas kerusi PKR sebelum ini," katanya.

Turut hadir Anwar, Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Kerusi Dun Kajang dikosongkan oleh bekas penyandangnya, Lee Chin Cheh dari PKR dengan meletakkan jawatan semalam.

Chin Cheh memenangi kerusi itu pada PRU Mei lepas dengan majoriti 6,824 undi dalam pertembungan enam penjuru dengan BN, Berjasa dan tiga calon bebas.

sumber:
Anwar bertanding di Dun Kajang

kongsi dari rakan fb-Sila sebarkan sahabat-sahabatku yang baik hati -copypaste

Sila sebarkan sahabat-sahabatku yang baik hati

Message dari En Razaimie (ex UDPA INTAN) 23/01/14.
Assalamualaikum wrt. Saya tak tahu macamana nak mulakan. Anak saya skrg berada di IJN dan sy baru shj mendapat keputusan ujian echo.

Jantung anak sy makin lemah dan kata doktor jantungnya sedang berjuang untuk sisa2 hidup. Doktor baru sahaja memberitahu tiada apa yg mampu dilakukan melainkan memberikan anak saya keselesaan berada di ijn dan menasihati agar memenuhi sahaja permintaannya. 

Doktor membayangkan mungkin hari ini atau seminggu dua lagi perjuangan anak sy mungkin berakhir. Apapun mesin tunjuk dan doktor rumuskan, mereka bukanlah tuhan. 

Saya seorang yg percaya bahawa keajaiban itu wujud, b mungkin talian hayat terakhir, ikhtiar terakhir mungkin, saya memohon sumbangan saudara saudari sekalian, tolong sedekahkan Alfatihah untuk Nur'aina Wafa', dan niatkan untuk meringankan sakit dan menyembuhkannya.

Saya perlukan sebanyak mungkin alfatihah untuk Nur'aina Wafa'. tuan puan org yg baik dan mungkin doa itu akan Allah makbulkan. S aya terhutang budi atas bantuan ini. Terima kasih.
razaimie

P/s: sy tolong forward kan shj...tq

AL-FATIHAH Tuan Guru Harun Taib Meninggal Dunia

  • Harun Taib  
  • Datuk Harun Taib
25-01-2014
Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu 12.10 tengah malam tadi.

Allahyarham meninggal dunia akibat penyakit kencing manis yang dihidapinya.



LPT 2-Jajaran Bukit Besi Ke Paka DiBuka 25 Januari 2014

LPT 2-Jajaran Bukit Besi Ke Paka DiBuka 25 Januari 2014

Sejuk Wehhhh: Besut Mencecah 19 darjah celcius


  • Pantai Timur catat suhu terendah dalam sejarah  
  • Keadaan cuaca di ruang udara di Kota Bharu yang redup dan berkabus. Pada jam 7 pagi suhu bandar ini mencatatkan 24 darjah Celsius berbanding 20 darjah Celsius hari sebelumnya.
KOTA BHARU - Keadaan suhu sejuk dan mendung seharian mencetuskan suasana baharu yang tidak pernah dialami masyarakat negara ini.

Tidak terkecuali di Kelantan, apabila beberapa lokasi di negeri ini mencatatkan suhu terendah dalam sejarah.

Pengarah Pejabat Meteorologi Kelantan dan Terengganu, Jenuwa Husin berkata, penurunan suhu dan udara yang sejuk dialami beberapa daerah di negeri ini merupakan satu rekod baharu.

mukadimah zina l berada di atas tubuh seorang perempuan yang bukan isteri

Mukadimah zina: Guru besar, guru diarah bela diri
  • Diarah bela diri atas tuduhan mukadimah zina  
  • Guru besar (kanan) dan tertuduh wanita tersebut turut keluar sambil menutup muka mengelak wajahnya dirakam media.
KOTA BHARU - Seorang guru besar dan guru sebuah sekolah rendah di Pasir Mas diarah Mahkamah Tinggi Syariah di sini, semalam supaya membela diri atas tuduhan mukadimah zina, April lalu.

Perintah dibuat Hakim Syarie, Nik Najib Che Hassan terhadap guru besar berusia 54 tahun dari Kampung Perupok, Chetok, Pasir Mas, dan pasangan berusia 26 tahun dari Taman Lubok Jong, daerah sama.

60 tahun tidak mandi

Tak mandi 60 tahun
  • Tak mandi 60 tahun
FARS - IRAN. Seorang lelaki warga Iran dipercayai tidak pernah mandi sejak 60 tahun lalu kerana percaya ‘kebersihan itu sebagai punca penyakit’.
Haji, 80, dari Dejgah, berang jika beliau terkena air.

Keadaan itu menyebabkan kulitnya menyamai warna tanah dan berkerak.
Penduduk berkata, Haji lebih suka memakan daging landak busuk dan meminum 5 liter air sehari dari air takungan bekas karat.

“Dia mengisi rokok dengan najis haiwan,” katanya.
Menurutnya lagi, Haji tinggal di ‘rumah’ dalam lubang tanah seperti kubur.
"Haji mengalami tekanan emosi hingga membuatkan dia memilih cara kehidupan seperti itu,” katanya yang dipetik  TNews

Pohon Sumbangan Ikhlas- Bob Lokman Daei Oley

Bob Lokman Daei Oley

1. Siapa tak kenal Bob Lokman. Seorang selebriti terkenal yang telah sepenuh masa bersama perjuangan Islam. Beliau menyertai PAS dan menyerahkan borang keahliannya melalui saya kepada Al Marhum Ust Azizan Abd Razak di pentas Himpunan 30K Pemuda PAS di Kota Sarang Semut Kedah Darul Aman pada tahun 2011.

2. Kini beliau terlantar di Hospital UiTM Sungai Buloh sejak sebulan yang lalu ekoran paru - paru berair dan jantungnya yang lemah. Namun semangat perjuangannya terus kental dan meminta supaya saya mendoakannya agar beliau kembali mampu meneruskan usaha dakwahnya seperti biasa. Pastinya beliau memerlukan doa dari semua agar kembali sembuh seperti biasa.

3.Mengenangkan beliau seorang yang gigih berdakwah dipelbagai wajah pentas dan memanafaat sepenuhnya ruang untuk menyampaikan kesedaran Islam kepada ummah, saya mewakili Lajnah Dakwah mengambil kesempatan menyeru semua ummat Islam agar mendoakan kesihatan beliau yang seorang pendakwah yang telah menjayakan projek dakwah kontemporary melalui filem Oley 1 dan Oley 2.

Kepada insan budiman yang ingin menyumbang untuk meringankan beban beliau boleh salurkan sumbangan anda ke akaun isteri beliau :

Public Bank
4416206406
Relawati binti Daud
 
Bob Lokman Daei Oley

1. Siapa tak kenal Bob Lokman. Seorang selebriti terkenal yang telah sepenuh masa bersama perjuangan Islam. Beliau menyertai PAS dan menyerahkan borang keahliannya melalui saya kepada Al Marhum Ust Azizan Abd Razak di pentas Himpunan 30K Pemuda PAS di Kota Sarang Semut Kedah Darul Aman pada tahun 2011.

Apa Ada Pada Kangkung?

Apa Ada Pada Kangkung?
1. Gastronomy - kangkung Sayuran semiakuatik, dalam istilah saintifik "Ipomoea aquatica"; juga digelar "water morning glory", dan sangat baik untuk kurangkan diabetes dengan inhibitasi intestinal nyunyahan atau absopsi glukosa.

2. Warisan - Kangkung Sebagai motif awan larat dalam ukiran dan tenunan Melayu yang merujuk kepada makna "rukun", "muhibbah" dan "cergas serta sihat" serta keupayaan untuk bergerak secara mandiri dengan teguhnya kepercayaan terhadap asal usul seperti agama dan adat resam melalui "akar menjejak air" dan tingginya nilai, cita-cita, harapan, akhlak dan keperibadian melalui "pucuk menunjuk langit"; serta cekal, sihat dan pragmatik melalui "bungnya berkembang pagi".

Jadikan kangkung sebagai minyak kenderaan....perkongsian rakan fb

Jadikan kangkung sebagai minyak kenderaan....

Cara caranya ialah....

1. Ambil kangkung....
2. Bersihkan kangkung tadi menggunakan air yang bersih
3. Ikat kangkung tadi menggunakan tali
4. Jual kangkung yang telah siap diikat tadi di pasar
5. Duit hasil jualan kangkung tadi boleh la digunakan untuk membeli minyak petrol untuk di isi dalam kenderaan...

Selamat Mencuba

JOM rAMAI-RAmAi kiTE uCAPKAN tERIMA kasih kpd Kerajaan BN kerana hARGE k...

pm meminta kite terimaksih kepada kerajaan kerana harge kangkong dah turunnnn.

JOM rAMAI-RAmAi kiTE uCAPKAN tERIMA kasih kpd Kerajaan BN kerana hARGE kANGKONG daH TURUN

Panjang Umurrrrrrr.Ini Yang Tinggal

  • Berpantang maut sebelum ajal  
  • Keadaan mangsa yang tersepit di dalam keretanya sejurus kemalangan
MUAR - Seorang lelaki terselamat meskipun kereta mewah dipandunya remuk dan terputus dua dalam kemalangan berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Pagoh, dekat sini, semalam.

Lim Lik Wei, 40. yang memandu kereta Lotus, dipercayai hilang kawalan, terbabas dan melanggar kawasan tinggi di sebelah kiri lebuh raya.

Kami sedar kerja ayah berisiko

‘Kami sedar kerja ayah berisiko’
  • ‘Kami sedar kerja ayah berisiko’   
  • Asmah Laily Yusoff, 40, (tengah) ditenangkan oleh anaknya Shahrul Muie, 20, selepas suaminya Koperal Abdul Halim Mat Ali, 48, ditembak selepas mengejar dua lelaki bersenjatakan dua laras senapang patah di kawasan ladang Lembaga Kemajuan Perusahaan Pertanian Pahang (LKPP) dekat Jaya Gading di Kuantan, hari ini. - Foto Bernama
KUANTAN - "Saya dan keluarga sedar dan tahu kerja ayah sememangnya berisiko tetapi tidak menyangka kejadian seperti ini menimpa keluarga kami".
      
Demikian kata anak kedua Koperal Abdul Halim Mat Ali yang ditemui mati ditembak di Ladang Lembaga Kemajuan Perusahaan Pertanian (LKPP) Pandan Jaya, Jaya Gading di sini hari ini.

Kunci Syurga : Kisah batu-batu yang aneh

Kisah batu-batu yang aneh
arafah
Dalam sebuah hadith menceritakan pada zaman dahulu ada seorang lelaki wukuf di Arafah. Dia berhenti di lapangan luas itu.

Pada waktu itu orang sedang melakukan ibadat haji. Wukuf di Arafah adalah salah satu rukun haji. Bahkan wukuf di Arafah disebut sebagai haji yang sebenarnya kerana apabila seseorang itu berwukuf di Padang Arafah dianggap hajinya telah sempurna walaupun yang lainnya tidak sempat dilakukan.

seks di dalam bilik di rumah tertuduh tempat mayat wanita itu ditemui dalam almari pakaian


Masih ingat susulan Kes Cinta Tiga Segi (Kes Bunuh Fazlina Ahmad)
Saksi pendakwaan kelima yang juga kekasih kepada Mohafri Mohamed, 38, tertuduh yang didakwa membunuh isterinya, Fazlina Ahmad, 39, memberitahu Mahkamah Tinggi di sini semalam, mereka mengadakan hubungan seks di dalam bilik di rumah tertuduh tempat mayat wanita itu ditemui dalam almari pakaian.

Sebelum itu, saksi Nazratul Annis Zainal Abidin, 23, dalam keterangannya berkata, dia dijemput Mohafri, 38, di Hentian Bas Jalan Duta, Kuala Lumpur sebaik tiba dari Parit Buntar, Perak pada pukul 5 petang, 30 Disember 2009.

Kelapa Bertanduk?

  • Dua kelapa pelik ditemuiIsmail menunjukkan dua biji kelapa unik yang ditanam Allahyarham bapanya.

KUALA PILAH – Pemilik pokok kelapa komeng terkejut apabila dua biji kelapa pelik ditemui sewaktu dia mahu menebang pokok itu kerana condong ke arah rumahnya di Johol, dekat sini.

Ismail Haron, 50, berkata, terdapat beberapa biji dalam satu tampuk kelapa berkenaan dan ada yang berbentuk seperti gabungan kelapa dengan bola ragbi.

Menurutnya, pokok kelapa itu ditanam arwah bapanya kira-kira 20 tahun lalu dan dia tidak pernah bertanya dari mana datang benih itu.

"Saya anggap pokok kelapa ini seperti biasa saja namun, selepas saya menebangnya, secara tiba-tiba, kedua-dua buah yang pelik itu jatuh.

“Memang terkejut melihat bentuk buah itu berbeza dengan buah yang biasa dilihat," katanya.

sumber:sinar harian

"Ya ALLAH, berikanlah adik ini ketabahan hati dan kekuatan utk meneruskan pengajiannya..." Amiin


Hari kedua adik Nik Damia di SK Telemong, Hulu Terengganu. Kaulah insan paling istimewa didalam dunia ni. Tabahkan hati. Kami mendoakan semoga adik berjaya di dunia dan akhirat.

Jom aminkan doa ini,

"Ya ALLAH, berikanlah adik ini ketabahan hati dan kekuatan utk meneruskan pengajiannya..." Amiin....

sumber:fb kakinovel

Tolong Makkkk, Adik Tersepit Kerusi

SHAH ALAM - Hari ini merupakan hari pertama untuk sesi persekolahan bagi tahun 2014 bagi sesetengah negeri, pelbagai ragam dan keletah murid-murid yang menarik perhatian lensa kamera.
Carian Sinar Harian Online di laman sosial Facebook mendapati ‘keterujaan serta kegembiraan’ murid yang baru memasuki alam persekolahan terselit dengan adegan ‘mencuit hati' tak kurang juga yang mencemaskann. Mana tidaknya tindakan segelintir murid yang dirakam lensa kamera dari seluruh pelusuk negara melihatkan pelbagai ragam.
Ada yang menangis, tertidur, gembira malah ada yang tersepit di kerusi. Benarkah gambar-gambar yang dikongsikan ini adalah senario sebenar, mungkin pembaca di luar sana ada jawapannya. Kepada pembaca, sekiranya anda maklumat sahih mengenai ‘kejadian’ ini bolehlah berkongsi bersama kami.
sumber:sinar harian

Sembang Ambang 2014 Butterworth Pulau Pinang Bersama Ustaz Azhar Idrus-photo tq fb ustazazharidrus (original)

Sembang Ambang 2014 Butterworth Pulau Pinang Bersama Ustaz Azhar Idrus-photo tq fb ustazazharidrus (original)

Koleksi Banjir Di Kemaman Dan Kuantan 2013

 
© Gi Mari Gi Mari All Rights Reserved