“Saya memohon maaf, buat masa ni saya tidak dapat menjawabnya, tapi saya tunggu masa sesuai. Saya akui betul, 1MDB asalnya TIA, Terengganu Investment Authority bukan agensi yang modalnya berbayar dan saya dan kerajaan negeri yang bayar. "Tetapi apabila kita dapati hanky panky (perkara tidak betul), ada permasalahan yang tak boleh kita terima, termasuk saya boleh sebut di sini buat permulaan ini dulu. Inilah satu sebab kenapa saya dimarah Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak), termasuk kes-kes lain, akhirnya kita menarik diri dan kerajaan negeri tidak rugi apa-apa, saya minta balik wang RM1 juta sebagai modal berbayar ketika itu.
"Ini sebagai penjelasan permulaan, tiada yang tidak benar, melainkan benar belaka Yang
Dipertua,” jelas beliau dengan panjang lebar yang mendapat tepukan wakil pembangkang.
Showing posts with label politik. Show all posts
Showing posts with label politik. Show all posts
Home > Posts filed under politik
Ahmad Said Dedah Cubaan Cagar Hasil Minyak dan Gas Terengganu Part 1
Pak Lah bangun jelaskan masalah tidurnya
![]() |
| paklah |
Pak Lah bangun jelaskan masalah tidurnya
Dalam buku baru mengenainya Awakening, the Abdullah years in Malaysia (Kebangkitan, tahun-tahun Abdullah di Malaysia) beliau mendedahkan, beliau sebenarnya menderita masalah kesihatan dikenali "apnea tidur".
Abdullah, yang menulis menggantikan Dr Mahathir Mohamad pada 2003 berkata, beliau kemudian mendapatkan rawatan perubatan apabila bekas isterinya Endon Mahmood dan rakannya memaklumkan perkara itu.
"Isteri saya ketika itu, kakitangan dan rakan terdekat memberitahu bahawa saya ada kecenderungan untuk terlelap.
"Saya kemudian berunding dengan rakan baik Dr Balvinder di Putrajaya yang kemudiannya mencadangkan untuk membuat kajian pada tidur saya," tambahnya.
Abdullah (kiri) juga berkata, masalah apnea tidurnya dalam keadaan bahawa dan penghidap masalah sama terlelap ketika memandu kenderaan.
"Doktor memberi amaran supaya saya mengambil serius masalah itu. Saya kemudiannya terbang ke Australia (pada 2007) untuk pembedahan membuang polip dalam hidung yang menyebabkan masalah pernafasan," jelasnya.
Buku itu akan berada dalam pasaran bulan ini, Abdullah dijadual melancarkannya.
Disunting oleh Bridget Welsh dan James UH Chin, buku setebal 620 halaman itu diterbitkan oleh Strategic Information dan Research Development Centre (SIRD), Kuala Lumpur.
sumber:malaysiakini.com
Mursi akan dipenjara ekoran komplot dengan Hamas

Pihak berkuasa Mesir mengarahkan Mohammed Mursi, presiden yang digulingkan tentera, dipenjara 15 hari ekoran siasatan lanjut berhubung tuduhan bersubahat dengan pergerakan Islamis Palestin, Hamas, lapor akhbar milik negara al-Ahram online.
Arahan itu dibuat oleh hakim siasatan yang mendakwa Mursi bersubahat dengan Hamas atas "aksi permusuhan" dalam negara semasa puncak pemberontakan terhadap pendahulunya Hosny Mubarak pada 2011, menurut laporan itu.
Dakwaan itu, termasuk serangan terhadap bangunan keselamatan, memecah penjara, pembunuhan terancang anggota polis dan penculikan.
Hakim mempersoalkan Mursi dan mengemukakan bukti padanya, laporal-Ahram, seperti dipetik dpa.
Kuala Besut : ‘Kuala Ujian’
Kuala Besut : ‘Kuala Ujian’
Saya membaca keputusan Pilihanraya Kecil DUN Kuala Besut melalui akhbar tempatan hari ini yang menyaksikan PAS gagal menawan DUN Kuala Besut daripada penguasaan UMNO/Barisan Nasional. Dalam erti kata lain, tawaran PAS kepada rakyat Kuala Besut untuk posisi 16 : 16 ditolak oleh rakyat DUN Kuala Besut yang mengambil keputusan untuk terus memangkah UMNO kelmarin.
Saya secara peribadi tidak terkejut dengan keputusan ini. Pengalaman saya turun beberapa kali membantu calon PAS berkempen dalam pilihanraya kecil ini termasuk meninjau suasana hari pengundian memberikan gambaran kepada saya suasana kehidupan masyarakat di DUN ini. Kehidupan rata-rata rakyat Kuala Besut yang mencari pendapatan sebagai nelayan memberikan peluang yang cerah kepada UMNO/Barisan Nasional menabur sebanyak mungkin projek dan habuan wang ringgit.
Inilah rahsia sebenar kekuatan UMNO. Kesusahan dan kesempitan hidup rakyat diambil kesempatan sehabis mungkin bagi memberikan kemenangan kepada mereka. Perhatikan sahaja di seluruh Malaysia ini, kesemua ibu negeri ditawan oleh Pakatan Rakyat kecuali dua sahaja jatuh ke tangan Barisan Nasional. Secara logiknya, ibu negeri tentulah tempat berhimpunnya tenaga cerdik pandai dan berpendidikan tinggi. Dan di sinilah UMNO/Barisan Nasional gagal kerana kekuatan wang dan kebendaan ada sempadannya.
Di sinilah letaknya tugas PAS selaku parti yang membawa mesej perjuangan Islam. Di Kuala Besut yang rata-rata penduduknya bergantung kepada pencarian mata pendapatan cara kampung berada dalam tekanan hidup yang tinggi dan sukar untuk membuat pilihan yang terbaik untuk taraf kehidupan mereka sendiri dalam jangka masa panjang. Apatah lagi untuk berfikir demi kepentingan agama. Pada saya, apa yang disebut sebagai penyakit ghaplah (lalai) merajai benak fikir rata-rata penduduk sehingga mengenepikan tanggungjawab terhadap agama mereka sendiri.
Inilah tugas gerakan Islam. Menyambung tugas Rasulullah SAW yang memikul tugas menghapuskan penyakit ghaplah ini. Firman Allah SWT yang bermaksud : “Supaya engkau memberi peringatan dan amaran kepada kaum yang datuk neneknya telah lama tidak diberikan peringatan dan amaran; sebab itulah mereka lalai.” – Surah Yasin, ayat 6.
Perbezaan utama Kuala Besut dengan Pasir Puteh di Kelantan ialah budaya ilmu. Daripada budaya ilmu inilah akan lahirnya masyarakat yang sentiasa beringat-ingat tentang dosa dan pahala. Sebab itu di antara perkara terawal yang dilakukan di Kelantan setelah PAS mengambil alih teraju pemerintahan pada tahun 1990 ialah menubuhkan Unit Halaqat. Ini bukan satu kerja sambil lewa kerana hanya mahu mengharapkan peruntukan kerajaan. Ia sebenarnya misi kerajaan negeri untuk mendidik rakyat melalui pembudayaan ilmu di masjid-masjid yang dikendalikan oleh Unit Halaqat.
Manusia apabila berilmu akan menolak UMNO/Barisan Nasional yang jelas dan terang melawan aspirasi perjuangan Islam. Bukan mereka menolak UMNO/Barisan Nasional dengan emosi dan taksub, tetapi mereka menolak dengan pertimbangan ilmu yang dipelajari. Dengan ilmu, mereka membezakan intan dan kaca. Tanpa ilmu, jiwa akan kosong umpama tin kosong yang hanya dipenuhi oleh sampah sarap.
Lihat sahaja dakwah Rasulullah SAW di Mekah, ditolak habis-habisan oleh masyarakat Mekah yang rata-ratanya hidup dalam permusuhan panjang dan konflik sosial yang tinggi. Namun di Madinah yang agak maju sedikit dengan perkembangan ilmu dengan kehadiran ahli Kitab, Islam mudah diterima oleh penduduk di sana.
Nyata sekali Kuala Besut adalah ‘kuala ujian’. Ujian untuk penduduknya yang ditawarkan pembangunan ratusan juta yang akhirnya ramai yang lemas di ‘kuala ujian’ ini. Ia juga medan ujian kepada petugas-petugas parti PAS yang datang dari seluruh negara namun akhirnya terpaksa menerima keputusan tewas pada malam tadi.
Hakikatnya, ini bukan kali pertama PAS tewas di dalam pilihanraya. Saya mendoakan kesemua petugas parti PAS yang berpenat lelah di bulan Ramadhan ini demi kemenangan calon mereka diberikan ganjaran oleh Allah SWT. Inilah bekal kita yang paling berharga iaitu kita mengharapkan pahala daripada Allah SWT. Perhatikanlah ayat al-Quran yang bermaksud : Jangan kamu merasa hina (hilang semangat) memburu musuh kerana jika kamu merasa sakit mereka juga merasa sakit seperti kamu merasainya sedangkan kamu pula berharap kepada Allah apa yang mereka tidak harapkan.. (Surah al-Nisa’ ayat 104).
Kita bertanding di dalam pilihanraya untuk menang. Kita mungkin sedih jika tewas, tetapi jangan sesekali kita kecewa. Segera bangkit dan meneruskan perjuangan kerana perjuangan Islam sekiranya berpijak di lantai ikhlas pasti dihadiahkan dengan pahala!
Salam hormat.
Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
Al-Mursyidul Am,
Parti Islam Semalaysia (PAS)
Bertarikh : 16 Ramadhan 1434H bersamaan 25 Julai 2013M

Doa by prayers at Square Rabaa El Adaweya 04 July 2013 l Mursi Supporters
Doa by prayers at Square Rabaa El Adaweya 04 July 2013 l Mursi Supporters
Kata-kata Dr. Najla Mahmud, Isteri Presiden Mesir berkaitan suaminya
- Ini Kata-kata Dr. Najla Mahmud, Isteri Presiden Mesir berkaitan suaminya
"Dihari-hari yang penuh dengan ujian, tatkala aku masuk ke dalam bilik,
kelihatan beliau sedang sujud memohon pertolongan kepada ALLAH dalam
keadaan menangis mengadu halnya dan negaranya.
Apabila dia hendak tidur, tangisan itu masih kedengaran walaupun beliau
berada di atas katilnya, sehingga basahnya umpama mandi.
-->
- Demi
ALLAH wahai Dr Mursi, nescaya Allah tidak akan membiarkan kamu terus
bersedih dan meninggalkan kamu tanpa pertolongan daripada-NYA disebabkan
keadaan wajahmu yang bersinar dan hatimu yang bersih. Maralah wahai
Sang Presiden,
- Demi ALLAH , jika DIA menggoncangkan Sungai Nil dan laut, nescaya digoncangkan mereka bersamamu!"
- Ini Kata-kata Dr. Najla Mahmud, Isteri Presiden Mesir berkaitan suaminya
"Dihari-hari yang penuh dengan ujian, tatkala aku masuk ke dalam bilik, kelihatan beliau sedang sujud memohon pertolongan kepada ALLAH dalam keadaan menangis mengadu halnya dan negaranya.
Apabila dia hendak tidur, tangisan itu masih kedengaran walaupun beliau berada di atas katilnya, sehingga basahnya umpama mandi.
--> - Demi ALLAH wahai Dr Mursi, nescaya Allah tidak akan membiarkan kamu terus bersedih dan meninggalkan kamu tanpa pertolongan daripada-NYA disebabkan keadaan wajahmu yang bersinar dan hatimu yang bersih. Maralah wahai Sang Presiden,
- Demi ALLAH , jika DIA menggoncangkan Sungai Nil dan laut, nescaya digoncangkan mereka bersamamu!"
Fanpage TV3 Diserang Kerana Gelar Dr.Mursi Sebagai Diktator
Fanpage TV3 diserang kerana gelar Dr.Mursi sebagai diktator
Laman fanpage rasmi TV3
Malaysia semalam dan hari ini diserbu ramai penonton kerana stesyen
televisyen itu dikatakan menggelar Presiden Mesir, Dr Morsi, sebagai
diktator. Mereka juga menuntut permohonan maaf dibuat. Ramai yang memberikan fakta bahawa Dr Morsi adalah pemimpin yang berlandaskan Islam dan bukannya seorang diktator.
Kebiadapan TV3 yang amat keterlaluan menggelar Presiden Mesir yang sah dipilih rakyat secara demokrasi mengikut perlembagaan, Dr Mursi sebagai diktator itu juga telah mengundang amarah dari pendakwah muda yang tersohor kini, Ustaz Don Daniyal
SIAPA DR. MUHAMMAD MORSI SEBENARNYA?sumber:klik
INIKALILAH: Dari Parlimen l Pandikar sambut slogan 'Ini Kalilah'
KUALA LUMPUR - Yang di Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia hari ini menyatakan tekad untuk 'berubah' bagi sesi Parlimen 2013-2018.
Dalam ucapannya, Pandikar berkata, beliau mahu memberi tanggapan positif terhadap istilah-istilah yang sering dilaungkan oleh kedua-dua belah pihak sama ada pembangkang mahu pun kerajaan.
Menurutnya, seruan yang diungkapkan itu membawa kepada suatu tujuan iaitu mencapai "perubahan sikap untuk membuat kebaikan".
"Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, saya telah mendengar beberapa seruan yang seringkali dilaungkan oleh pemimpin dan rakyat akar umbi seperti "ubah", "transformasi", "reformasi", "ini kalilah", "kalau bukan kita siapa lagi?" dan "kalau bukan sekarang bila lagi?".
"Bagi mereka yang telah "mempopularkan" seruan ini, mungkin mereka mempunyai pengertian yang tersendiri tapi bagi saya ia untuk mengubah kepada kebaikan.
-->
"Jadi ayuh kita ubah, kita bereformasi, kita bertransformasi, kalau bukan kita siapa lagi, kalau bukan sekarang bila lagi? Ini kalilah," ujar beliau mengambil seruan yang dipopularkan PR itu untuk membudayakannya.
Mengulas lanjut, Pandikar juga berkata, perubahan turut dilakukan pada tempat duduk ahli Parlimen pembangkang daripada mengikut blok parti kepada penyatuan parti.
"Saya harap perubahan ini akan disusuli oleh pengwujudan barisan "Kabinet bayangan" untuk memudahkan pengendalian perbahasan dalam konteks mengenalpasti pembahas utama dari pihak tersebut," katanya.
Dalam pada itu, beliau juga turut menyatakan ikrar akan menjalankan tugas dengan adil dan saksama seperti sumpah yang dilafazkan.
sumber:klik

Pru13: Rebah di Kaki Gunung Kinabalu
Sepanjang tempoh berkempen PRU13 di Parlimen Pasir Mas
Antara yang acap ditanya oleh mereka adalah berkaitan keyakinan atau telahan saya mengenai kemenangan PR dalam PRU kali ini. Lebih menarik adalah kekuatan PAS di negeri Kelantan dan kerusi Parlimen Putrajaya yang begitu kuat gema dan hangatnya yang telah berjaya membakar semangat para petugas parti untuk mencipta kejayaan merampas Putrajaya dan membentuk kerajaan baru pilihan rakyat.
Jawaban saya untuk Kelantan adalah mudah. Sengit tetapi Kelantan akan terus kekal di bawah PAS. Mereka bertanya, mengapa sengit? Saya kata, politik Kelantan tak pernah tak sengit. Rakyat Kelantan celik politik lebih awal mendahului negeri-negeri lain. Apabila rakyat celik politik, maka ahli politik tidak lagi boleh tidur. Kelekaan akan dihukum.
Jawaban saya untuk Parlimen Putrajaya pula agak berbeza daripada keyakinan para wartawan sendiri yang melihat kilauan PR sepanjang kempen berjalan di sana. Saya kata, kami sedang berlawan dalam pilihan raya umum di seluruh negara kecuali di Parlimen Putrajaya. Bagi saya, ia adalah sebuah pilihanraya kecil dalam sebuah pilihan raya umum.
Sifat pilihan raya kecil adalah keramaian dan kebisingan. Tetapi yang ramai dan bising hanyalah para penyokong. Mereka memiliki segala kekuatan kecuali satu. Mereka tidak memiliki kertas undi. Adapun para pengundi, kebanyakan mereka berehat di rumah menunggu hari mereka memangkah dan menghukum. Jika di pedalaman, mereka menunggu wang. Di Putrajaya pula, mereka menunggu gaji kerajaan memerintah. PR tak bayar mereka gaji.
Maka saya beritahu wartawan, untuk ‘pilihanraya kecil Putrajaya’, saya kira sukar buat PAS.
Adapun untuk kemenangan PR dalam PRU13, saya gagal untuk memberi jawaban walaupun sekadar telahan. Saya hanya kata, saya tak tahu nak kata. Saya berikan mereka beberapa sebab;
Pertama, pergerakan undi kepada PR tidak menyeluruh di kalangan orang Melayu. Ia hanya diyakini bergerak di kalangan masyarakat bermaklumat di bandar dan kalangan anak muda. Oleh kerana PAS bertanding di banyak kawasan majoriti Melayu, manakala kemenangan PR pula banyak bergantung kepada kepada pertambahan kerusi PAS, maka agak sukar untuk saya membuat telahan kemenangan atau kekalahan bagi PR kali ini.
Kedua, jika pun PAS menang lebih baik di kerusi-kerusi majoriti Melayu yang ditandingi, kemenangan PR masih terlalu bergantung kepada lonjakan besar di Sabah dan Sarawak. Oleh kerana PAS, apatah lagi saya sendiri kurang maklumat lengkap mengenai pergerakan undi sebenar di Sabah dan Sarawak, selain hanya bergantung harap kepada kemenangan PKR dan DAP yang bertanding di banyak kawasan di sana, maka saya katakan kepada rakan-rakan dan wartawan, saya tak boleh nak kata apa-apa mengenai keputusan PRU13. Tunggu 5 haribulan nanti. Dalam menunggu, kita buat kerja termampu.
Keputusan yang diperolehi pada 5 haribulan adalah tidak mengejutkan saya. Saya mudah menerima takdir Allah dalam PRU kali ini berbanding kejutan takdir Allah dalam PRU 2004 yang begitu menggegar bahtera perjuangan PAS.
PAS menang lagi di Kelantan. Ia agak sengit kerana BN hanya memerlukan lagi 3 kerusi untuk menafikan majoriti dua pertiga PAS mentadbir Kelantan. Saya gembira menumpang kegembiraan rakyat Pasir Mas berjaya melunaskan nekad mereka untuk mengalahkan calon yang telah mengkhianati mereka pada 2008. Kuntuman bunga raya bertaburan di kuburan politik khianat dan rasis.
PAS kalah lagi di Putrajaya. Ia agak sukar diterima para penyokong yang begitu kuat bekerja. Tetapi tidak saya dan tidak bagi mereka yang melihat seperti saya lihat. Tetapi adakah kota Putrajaya tidak akan runtuh? Saya kata, Putrajaya adalah kota hijau. PAS akan tiba di sana pada PRU14 nanti. Go Green..
Keputusan PRU13 adalah kemenangan buat BN dan kekalahan buat PR. PAS melalui presidennya menyeru rakyat menerima kekalahan. Ia adalah takdir Allah. Dalam bahasa yang lebih lunak dan menjinakkan hati yang beriman, kita menerima takdir Allah bahawa kita kalah PRU13 melalui penipuan dan manipulasi undi oleh BN. Kita menerima takdir Allah bahawa perjuangan membersihkan SPR belum tamat.
Tinggal dulu perihal penipuan oleh BN. Kita bicara kemudian, atau anda boleh membacanya segera di dalam banyak artikel pendedahan dan pembongkaran.
PAS gagal memikat undi orang-orang Melayu di seluruh negara. Di Kelantan sendiri, PAS gagal membantu PKR mengekalkan kemenangan di 3 kerusi Parlimen yang dimenangi mereka pada 2008.
Ia adalah ketakutan yang dijangkakan walaupun tidak diharapkan berlaku. walaupun begitu, PR seperti diyakini, telah berjaya mengasak rapat BN di seluruh semenanjung Malaysia. PR menambahkan kerusi di DUN dan Parlimen semenanjung.
Adapun di Sabah dan Sarawak, PR tumbang. Sabah dan Sarawak melenyapkan harapan PR memenangi Putrajaya. BN Sarawak memenangi 25 daripada 31 kerusi, manakala di Sabah, BN menang 22 daripada 25 kerusi yang dipertandingkan.
Hakikatnya, janji DSAI perihal Sabah dan Sarawak hancur berkecai. Jika ia berdasarkan culaan dan makrifat yang kukuh dan berwibawa, maka ia membayangkan betapa lemahnya jentera DSAI mencula dan memakrifatkan. Jika ia sekadar janji manis menakluk harapan, maka lihatlah betapa ramai penyokong PR yang menjadi mangsa kencing manis akibat janji manis bergula DSAI.
Saya tidak faham politik janji manis dan harapan meranap gunung. Sepanjang saya berguru politik dengan dengan TGNA, TGHH dan guru-guru politik dalam PAS, saya tidak pula diajar begitu selain berkata benar dan tegas.
Ya, DSAI bukan PAS dan beliau tidak perlu mengguna pakai kaedah PAS. Tetapi saya jadi keliru melihat sebahagian mangsa adalah ahli dan pendukung PAS. Sesetengah sukar memahami maksud ‘menerima takdir Allah’ yang dianjur presiden PAS sehingga menganggapnya sebagai menyerah kepada kezaliman BN yang mempergunakan SPR. Saya sukar memahami sesetengah ahli PAS tidak memahami maksud beriman kepada takdir Ilahi.
Samada saya menyalahkan DSAI atau menyalahkan ahli dan pendukung PAS sendiri yang terlalu kemaruk janji manis DSAI, saya tangguhkan buat sementara. Kerana mungkin juga kedua-duanyalah yang bersalah.
Pada sekitar 2010, Dewan Pemuda PAS Malaysia merumuskan melalui dapatan yang dihasilkan kajian yang menyeluruh, bahawa PAS mestilah menumpukan usaha memikat hati orang Melayu yang masih liat untuk berubah. Pemuda mengingatkan semua jentera parti agar menjaga hati orang-orang Melayu agar PAS dilihat mampu menggantikan UMNO. PAS perlu bertegas dengan isu orang-orang Melayu sebagaimana UMNO dilihat begitu. Bezanya, PAS hanya perlu menampilkan penyelesaian cara Islam yang adil dan bersifat memakmurkan hubungan antara kaum tanpa faham rasis UMNO. Justeru ia akan menambah undi Melayu selain mengekalkan undi bukan Melayu kepada PAS.
Justeru Dewan Pemuda PAS Malaysia telah berusaha menjuarai isu-isu Melayu dan Islam. Saya yakin kami telah memperolehi hasil yang agak positif.
Sebelum PRU13 berlangsung, saya bertanya kenalan yang akses sumber BN. Dia yakin BN kekal dengan kemenangan lebih 140 kerusi. Saya cuba menolak dengan beberapa hujah. Tetapi beliau selamba menjawab, BN yakin menang besar di Sabah dan Sarawak. PAS akan hilang banyak kerusi, tak akan menambah di semenanjung. Saya senyap dalam keliru.
Bila PAS hilang hanya satu kerusi, saya terus menadah syukur. PAS tidak sebagaimana cula BN. Bila PR kalah teruk di Sabah dan Sarawak, saya terima takdir bahawa cula BN lebih berjaya dan cula kita hanya janji manis.
Pada tuan presiden, saya percaya. Pemuda PAS berjuang bersama di barisan hadapan.
sumber:detikdaily
Ahmad Said MB terbaik untuk menangkan PAS
Ke hadapan MB,Kami warga pengundi N25 Bukit Besi meyokong penuh usaha MB Terengganu, DS Ahmad Said yang tidak menyenaraikan kawasan-kawasan BN kalah dalam projek perumahan rakyat seperti mana dirakam dalam sidang media selaku MB, ehem. DS sungguh kacak dengan gaya bahasa yang sungguh lunak by-the-way.
Sewajarnya usaha ini mendapat dokongan segenap penyokong BN di seluruh Terengganu, termasuklah Dun yang kalah supaya sedar dan insaf supaya dalam PRU14 mereka berusaha dengan lebih gigih untuk bagi memenangkan BN di tempat tersebut. Ini merupakan satu proses tamrin, agar ahli BN di Dun yang kalah mendapat pengajaran. Benar sungguh teori DS, orang yang kalah tidak wajar diberi muka.
Jarang ada ahli BN yang berfikiran jauh seperti DS, sewajarnya pihak berwajib mengusahakan untuk ditubuhkan Institut Pemikir Ahmad Said (iPAS) bagi melahirkan lebih ramai orang yang berdaya-fikir tinggi seperti DS. Tidakkah DS terlintas untuk membuat ujian IQ, manalah tahu mungkin DS sudah termasuk di kalangan ahli genius dunia setaraf dengan Stephen Hawking?
Begitupun Datuk Seri, bukankah di kawasan yang BN menang pun terdapat penyokong PAS? Sepaptutnya DS menyaring dengan sungguh-sungguh agar orang PAS langsung tidak mendapat apa-apa sepanjang pemerintahan legasi DS. Ini amat penting sementelah mereka bukan pengundi BN dan pengundi PAS yang ramai inilah asbab kegagalan BN Terengganu mengekalkan 2/3 dewan.
Dalam pada itu, tidaklah kami terlupa untuk bersyukur kepada BN, kerana walaupun YB kami biasa-biasa sahaja, namun DS tetap memberikan beliau peluang untuk menjawat salah satu Exco Negeri. Ternyata, fitnah media alternatif yang menyifatkan DS tidak prihatin dan samseng adalah tidak berasas sama sekali.
Kami berazam dalam PRU14, kami akan menjadi key-player dan bukan lagi pemain import bagi memperhebatkan usaha bersama sekalian petugas Bukit Besi bagi menggiatkan dakyah betapa DS adalah MB yang terbaik untuk memenangkan PAS selepas ini.
Hidup 'Id !! Hidup 'Id !! Hidup 'Id !!
Sekian daripada saya.
Izzat Ghazali dan kawan-kawan.
Pengundi Dun Bukit Besi Luar Kawasan.