SEBARKAN "JOM OPS BERSIH 5" Bersih Kemaman-SEGERA-JUMAAT INI-BESOK

PAS Arah Semua Jentera Jayakan “Ops Bersih 5” Parlimen Kemaman

KEMAMAN – Seluruh petugas Unit Amal, para sukarelawan PAS dan ahli-ahli Badan Bukan Kerajaan (NGO) dikerah agar turun besar-besaran ke kawasan terjejas banjir di daerah Kemaman bagi menjayakan “Ops Bersih 5”.

Arahan Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang itu disampaikan oleh Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayob ketika beliau menziarahi mangsa banjir di beberapa lokasi dekat sini.

Salahuddin telah singgah dan bertemu dengan penduduk di Taman Sri Pauh, Surau Kampung Jaya Batu 21/2 dan Taman Fikri 2 Chukai, pada semalam Rabu 11 Disember.

Operasi membersih besar-besaran itu akan berlangsung selama tiga hari bermula Jumaat hingga Ahad dan melibatkan seluruh DUN yang terlibat dengan musibah banjir.

“Diminta kepada seluruh petugas-petugas Unit Amal dan sukarelawan PAS yang lain untuk turun secara besar-besaran ke Kemaman bermula pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad ini, untuk menjayakan operasi “Ops Bersih 5” yang meliputi empat Dun dan satu Parlimen.

“Saya sebagai Naib Presiden telah menerima arahan dari Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang untuk mengumumkan supaya petugas-petugas amal (Unit Amal) dan sukarelawan parti (PAS) dan mereka-mereka yang berkesempatan untuk hadir besar-besaran ke Kemaman dengan membawa pelbagai peralatan penting dalam kerja-kerja pembersihan,” tegasnya.

Bercakap pada siding medianya di Bilik Gerakan Operasi Banjir PAS Kemaman sebelum itu, beliau berkata, PAS menetapkan tiga prosedur operasi yang dinamakan 3M iaitu “Menyelamat, Melegakan dan Membaik-pulih”
Operasi tahap ketiga itu menurutnya adalah untuk membantu membersihkan rumah-rumah dan kawasan yang ditimpa bencana banjir serta mebaik [ulih sebarang kerosakkan.

“PAS Pusat mengambil tanggungjawab sepenuhnya untuk membantu meringankan kesan dari banjir yang melanda daerah Kemaman.

“Saya harap arahan ini dapat dilaksanakan secepat mungkin dan operasi bermula pada hari Jumaat (13 Disember) jam 8.00 pagi. Para petugas diminta melaporkan diri di Pejabat PAS Kemaman,” jelasnya dan menambah arahan akan dipanjangkan melalui Pesuruhjaya-pesuruhjaya PAS setiap negeri.

sumber:buletinonline

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Koleksi Banjir Di Kemaman Dan Kuantan 2013

 
© Gi Mari Gi Mari All Rights Reserved