Bunuh Lagi: Budak 12 tahun dibunuh selepas dirogol 10 lelaki

sarawak-gambar hiasan
SARATOK 1 Dis. - Nasib malang menimpa seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun yang menghadiri majlis pertunangan saudaranya apabila dia ditemui mati dipercayai dirogol dan dibunuh oleh sekumpulan 10 lelaki di tepi Jalan Kabong dekat sini semalam.

Mayat kanak-kanak malang berketurunan Iban, Rinnie Tiew Kutei itu ditemui terbaring dalam keadaan separuh bogel oleh orang awam yang melalui jalan berkenaan pada pukul 6.30 pagi.


Menurut sumber, sebelum itu, mangsa keluar bersama bapa dan abangnya pada malam Jumaat lalu untuk menghadiri majlis pertunangan seorang saudaranya di Rumah Robert Sungai Pasir iaitu tidak jauh dari rumah mereka.

"Mangsa bersama bapa dan abangnya pergi ke rumah saudaranya itu menaiki motosikal.
"Namun kanak-kanak terbabit tidak pulang ke rumah selepas selesai kenduri kerana mahu bermalam di rumah saudaranya," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Lee Thai Lein ketika dihubungi, mengesahkan kejadian kejadian tersebut.

Beliau berkata, berdasarkan kesan lebam pada muka dan tubuh mangsa, pihaknya tidak menolak kemungkinan kanak-kanak tersebut dirogol sebelum dibunuh dan mayatnya ditinggalkan di tepi jalan.

"Polis masih menjalankan siasatan dan menunggu laporan bedah siasat dari Hospital Sibu untuk mengenal pasti punca kematian mangsa.
"Setakat ini, belum ada suspek ditahan tetapi polis yakin dapat mengenal pasti identiti penjenayah terlibat melakukan perbuatan kejam itu dalam tempoh terdekat," katanya.

Beliau berkata, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh.

sumber:utusan malaysia

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Koleksi Banjir Di Kemaman Dan Kuantan 2013

 
© Gi Mari Gi Mari All Rights Reserved