Motosikal + Kereta

SWITZERLAND - Sebuah kenderaan ganjil yang terdiri daripada gabungan komponen kereta dan motosikal telah dicipta oleh seorang budak lelaki Switzerland berusia 17 tahun. Bagaimanapun, kenderaan ganjil itu telah diharamkan polis selepas mendapati ianya membahayakan para pemandu jalan raya yang lain.

Markus Sell, dari Jonschwil, Switzerland, didapati memandu dengan cara yang amat pelik dan melucukan. Tempat duduk kenderaan ganjil itu adalah bahagian belakang kereta manakala steering pula menggunakan bahagian hadapan motosikal.

Ketika pertama kali memandu kenderaan itu di atas jalan raya, beliau sudah menguji keupayaannya pada kelajuan lebih daripada 110km/h. Bagaimanapun, beliau telah disekat oleh polis trafik ketika memandu di jalan raya dan akhirnya kenderaan itu diharamkan.

Menurut polis, budak lelaki itu sebelum ini sudah banyak kali melanggar undang-undang ditambah pula dengan kenderaan ganjil yang dipandunya tidak mengambarkan samada ianya sejenis kenderaan atau bukan.
sumber:klik
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Koleksi Banjir Di Kemaman Dan Kuantan 2013

 
© Gi Mari Gi Mari All Rights Reserved