Kalau
sebelum ini, arkitek dari Singapura menyebut [di sini] bagaimana kereta dipandu Lim Chin Aik
berkecai seumpama tenaga tujuh bas yang bergerak pada kelajuan 130
kilometer sejam (130km/j) dan melanggarnya secara serentak.
Kali ini
bekas Pengerusi Institut Jurutera Malaysia (cawangan utara) Lim Kok Khong
berpendapat mayat Lim Chin Aik dipercayai terbenam sekurang-kurangnya sedalam
40 meter atau setinggi 13 tingkat bangunan di bawah tanah dan di bawah konkrit
bertetulang dengan kepanjangan 30m.
Panjang
konkrit penebat kilat ialah 38m dan ia telah memberi impak secara langsung terhadap
bahagian tempat duduk pemandu, Kok Khong.
“Ia
betul-betul mengenai bahagian pemandu dan menyebabkan mangsa terbenam jauh ke
dalam tanah,” kata Kok Khong.
“Dia akan
terbunuh serta-merta.”
“Bayangkan
sebatang pensil gergasi jatuh terbenam ke dalam tanah, suku di bahagian atas
pecah dan memecahkan permukaan sekitarnya, manakala selebihnya tertanam di
bawah tanah.
“Bahagian-bahagian
kereta itu diseret turun pada kedalaman lapan hingga sembilan meter.”Hanya 10
meter bahagian konkrit yang jatuh boleh dikenal pasti,” katanya.”Selebihnya
masih tertanam bersama mangsa.” – mStar
Kerja-kerja
penggalian juga tidak dapat diteruskan melebihi 9 meter kerana struktur tanah
yang lemah dan ini boleh menjejaskan integriti struktur bangunan berdekatan,
kata Khok Khong. – Rujuk mStarOnline
sumber:klik
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment