Sebuah kisah benar dr seorang sahabat....
Sayu hati...
Hari
ini saya mandikan dua jenazah. Jenazah yg pertama adalah seorang bayi
keguguran dan hanya baru berusia 6 bulan tetapi dah cukup sifatnya.
Yg
kedua, saya mandikan anak kecil baru berusia 11tahun. Saya nak share
dengan teman2 pasal anak kecil yg mulia ini. Anak ini anak yatim. Hanya
ada ibu tunggal, mak saudara dan dua adik perempuan yg masih kecil.
Bapanya meninggal
empat tahun yg lalu.
Diagnosis
(punca) kematian anak ini adalah demam panas. Yg menarik nak dikongsi
adalah cerita ibu saudaranya tentang kisah beberapa hari sebelum arwah
"pergi buat selamanya".
Arwah asyik mengira duit2 raya yang diperolehinya. Kadang2 sampai lima kali sehari sehingga ditegur oleh ibu saudaranya.
Apabila
ditanya, abang nak beli apa? Ditanya kembali kepada ibu
saudaranya....Maksu, cukup tak duit ni nak beli baju kurung ibu dgn
tudung?
Ibu
saudaranya bertanya, kenapa? Anak kecil ini menjawab...dia takut kalau
dia mati, tapi ibunya tidak menutup aurat dan tidak berhijab sedangkan
dia anak lelaki sulung. Ibu saudara hanya mampu terdiam dan mengalirkan
air mata. Hari
ini...semasa dia meninggal dunia, anak itu meninggalkan semua duit
rayanya bersama sekeping nota...
"Ibuku
sayang, duit yg along tinggalkan ini utk ibu. Ibu gunalah utk beli baju
kurung yg tidak terbelah. Along harap sangat ibu beli dan pakai tudung.
Bukan tudung yg nampak rambut...tapi hanya nampak wajah ibu yg cantik
shj. Along
syg ibu...along tak nak ibu masuk neraka. Ustazah kata, kalau tak tutup
aurat nanti kepala dibakar. Along taknak ibu dibakar api neraka. Along
sygkan ibu dan family kita semua... Sayang Ibu, ALONG"...
Kalau
anak sekecil ini, takut akan api neraka...takkan kita tidak terasa akan
bahangnya dan masih sanggup melakukan dosa kepadanya. Wallahualam.
Alfatihah
buat Along Muhammad Fiqry. Terima kasih kepada Maksu yg sudi share
cerita ini selepas saya kafankan jenazah along sebentar tadi. Moga Allah
ampunkan dosa along, ibunya dan kita semua. Al Fatihah!
Amir Muttakin
Hospital Ampang, Selangor
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment