[ Terkini Isu Semasa Mesir ] Ahad | 18 Ogos 2013 | 10.57 malam

Mufti yang benar-benar berani.
[ Terkini Isu Semasa Mesir ]

Ahad | 18 Ogos 2013 | 10.57 malam

Mufti Mesir, Syeikh Syeikh Syauqi Ibrahim : Tidak Wajar Menggunakan Senjata Dalam Demonstrasi Aman.

Beliau turut menegaskan, rakyat Mesir perlu mempertahankan Mesir dari terus bergolak dan menyeru kepada semua golongan agar bersatu menentang kekejaman yang berlaku.

Tindakan mengangkat senjata dalam perhimpunan ini haram di sisi syarak, bahkan berdosa besar, kerana menyebabkan berlakunya pertumpahan darah saudara seislam. Sabda Rasulullah SAW: "Mencela muslim itu fasik dan membunuhnya itu kafir".

Beliau juga meminta agensi yang terlibat berusaha untuk mengembalikan ketenteraman awam. Meskipun sukar, agensi tersebut perlu bertahan sehingga keamanan mesir dipulihkan. Rakyat Mesir perlu cakna dengan isu semasa yang berlaku dan tidak mudah terpedaya dengan khabar angin serta berita palsu.

Semoga Allah memelihara Mesir dari segala keburukan yang terzahir ataupun tersembunyi.

"Memartabat Keilmuan Memimpin Kesatuan"

#pray4egypt
#persekutuanmelayurepublikarabmesir
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Koleksi Banjir Di Kemaman Dan Kuantan 2013

 
© Gi Mari Gi Mari All Rights Reserved