Kenyataan akhbar mengenai kemungkinan Hosni Mubarak akan dibebaskan:
KAHERAH - Bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak bakal dibebaskan dari
penjara tidak lama lagi, selepas pihak pendakwa raya dilaporkan
melepaskannya dari pertuduhan kes rasuah. Pendedahan daripada peguam
Hosni itu hari ini menimbulkan kejutan terkini di negara yang sedang
dalam darurat tersebut.
Negara Arab di benua Afrika itu kini sedang berdepan dengan konflik
berdarah berikutan pasukan tentera yang menurunkan kuasa Presiden
Mohamed Mursi dari tampuk pentadbirannya pada 3 Julai lalu giat memberi
tekanan kepada kelompok Ikhwanul Muslimin.
Hosni, 85, telah ditahan dan didakwa di mahkamah selepas digulingkan
pada Februari 2011 iaitu ketika dunia Arab berdepan dengan rentetan
kekacauan politik. Hosni dilihat muncul di mahkamah untuk dibicarakan
atas pelbagai pertuduhan termasuk rasuah dan pembunuhan para
penentangnya. Peguamnya, Fareed el-Deeb, menyatakan bahawa proses
perbicaraan kes rasuah tersebut dapat diselesaikan dengan lancar.
"Apa yang tinggal kini hanyalah prosedur pengurusan yang dapat
diselesaikan dalam tempoh 48 jam. Dia (Hosni) bakal dibebaskan pada
penghujung minggu ini," ujar Fareed. - Reuters
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment