Terkini 13/08/2013:Kemalangan Berhampiran Jambatan Pendek,Rantau Abang,Dungun,Terengganu


Kereta terbabas, terbalik, tayar keatas, hancur.....dekat Jambatan Pendek Rantau Abang pagi tadi.

Seorang maut apabila kereta yang dipandunya terbabas dan dilanggar lori tangki minyak. Kejadian berlaku di km55.5 Jalan Kuala Terengganu- Kuantan berhampiran Kampung Jambu Bongkok, Marang.

Kejadian lebihkurang jam 7 pagi itu berlaku apabila mangsa yang dikenal pasti sebagai Muhammad Hazwan bin Kamarudin berusia 27 tahun dikatakan datang daripada Kuala Terengganu telah gagal mengawal kenderaannya menyebabkan kereta terbabas ke laluan bertentangan. Selepas itu kenderaan mangsa dirempuh sebuah lori tangki yang datang dari arah bertentangan dan mangsa mati di tempat kejadian dan jenazah dihantar ke HSNZ untuk bedah siasat.

Mangsa berasal daripada Kuala Lumpur dan bertugas sebagai kakitangan Petronas di Kerteh.
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Koleksi Banjir Di Kemaman Dan Kuantan 2013

 
© Gi Mari Gi Mari All Rights Reserved