Pihak berkuasa Mesir mengarahkan Mohammed Mursi, presiden yang digulingkan tentera, dipenjara 15 hari ekoran siasatan lanjut berhubung tuduhan bersubahat dengan pergerakan Islamis Palestin, Hamas, lapor akhbar milik negara al-Ahram online.
Arahan itu dibuat oleh hakim siasatan yang mendakwa Mursi bersubahat dengan Hamas atas "aksi permusuhan" dalam negara semasa puncak pemberontakan terhadap pendahulunya Hosny Mubarak pada 2011, menurut laporan itu.
Dakwaan itu, termasuk serangan terhadap bangunan keselamatan, memecah penjara, pembunuhan terancang anggota polis dan penculikan.
Hakim mempersoalkan Mursi dan mengemukakan bukti padanya, laporal-Ahram, seperti dipetik dpa.
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment