5 Tip Memilih Madu Lebah Asli



1. Kental, tidak berbuih dan tentunya manis
Kental atau likat merujuk kepada kadar air dalam madu. Kadar maksimun air dalam madu hanya 20 peratus. Tidak berbuih dan sekiranya berbuih ia terlalu lama dibiar terdedah di tempat terbuka dan rasanya boleh menjadi sedikit masam.

2. Tidak menembusi kertas
Madu yang terbaik mempunyai kekentalan yang tinggi dengan kandungan air yang sedikit. Kalau dititiskan ke atas kertas surat khabar ia tidak akan tembus menitis.

3. Sukar larut dalam air
Apabila madu asli dituang ke dalam gelas berisi air, madu asli akan lebih sukar larut berbanding madu bercampur gula.

4. Tidak kering apabila dijemur
Letakkan setitik madu di permukaan panas terik matahari. Madu yang bercampur gula akan mengering dan boleh terbentuk lapisan kerak tetapi sebaliknya jika ia madu asli. Ia tidak mengering.
Semoga ia bermanafaat. Madu asli amat baik untuk kesihatan sekiranya diamalkan meminumnya  dalam kehidupan seharian.

5. Menggelembung apabila dipanaskan.
Buat perbandingan madu dan gula apabila dipanaskan. Gula yang dipanaskan akan berbuih sebaliknya madu asli akan menghasilkan gelembung-gelembung yang lebih besar dan meletus apabila dipanaskan.

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Koleksi Banjir Di Kemaman Dan Kuantan 2013

 
© Gi Mari Gi Mari All Rights Reserved