Pengerusinya, Tan Sri Leo Moggie, berkata kerajaan telah memberikan subsidi tarif yang besar sekarang khususnya bagi gas.
"Jadi, keputusan sama ada tarif akan kekal sama atau dinaikkan, tidak akan dibuat oleh TNB, tetapi akan diputuskan oleh kerajaan.
"Sebagai sebuah negara, sukar bagi kita mengekalkan tahap subsidi yang dinikmati sekarang.
"Jadi, kesan ke atas kos tarif kuasa bergantung kepada kedudukan subsidi ini," katanya pada satu sidang akhbar selepas mengumumkan keputusan kewangan suku ketiga syarikat itu hari ini.
Moggie berkata demikian sebagai jawapan kepada spekulasi bahawa syarikat utiliti kuasa negara itu mungkin menaikkan tarif elektrik selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 yang diadakan pada 5 Mei.
Kerajaan memberikan subsidi tarif kuasa sejak 2008 dan isi rumah yang menggunakan elektrik sebanyak RM20 ke bawah sebulan dikecualikan daripada membayar bil.
Moggie berkata penggunaan kuasa dengan cekap oleh pengeluar dan pengguna adalah faktor utama untuk menyokong industri kuasa.
"Jika semua orang aktif menggunakan tenaga elektrik dengan cara yang lebih cekap selagi mungkin, ini akan membantu mengurangkan sebarang kesan," tegas beliau.
Pada Januari, kerajaan berkata rebat ke atas bil bulanan tenaga elektrik di bawah RM20 telah diperluaskan kepada semua pengguna domestik yang layak hingga Disember tahun ini.
Tahun lepas, kerajaan membelanjakan RM146 juta bagi 1.1 juta pengguna domestik di seluruh negara. - Bernama
Moggie berkata demikian sebagai jawapan kepada spekulasi
bahawa syarikat utiliti kuasa negara itu mungkin menaikkan tarif elektrik
selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 yang diadakan pada 5 Mei.
Kerajaan memberikan subsidi tarif kuasa sejak 2008 dan
isi rumah yang menggunakan elektrik sebanyak RM20 ke bawah sebulan dikecualikan
daripada membayar bil.
Moggie berkata penggunaan kuasa dengan cekap oleh
pengeluar dan pengguna adalah faktor utama untuk menyokong industri kuasa.
"Jika semua orang aktif menggunakan tenaga elektrik
dengan cara yang lebih cekap selagi mungkin, ini akan membantu mengurangkan
sebarang kesan," tegas beliau.
Pada Januari, kerajaan berkata rebat ke atas bil bulanan
tenaga elektrik di bawah RM20 telah diperluaskan kepada semua pengguna domestik
yang layak hingga Disember tahun ini.
Tahun lepas, kerajaan membelanjakan RM146 juta bagi 1.1
juta pengguna domestik di seluruh negara. - Bernama
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment