Presiden Kesatuan Ulamak Islam Sedunia Syeikh Yusuf
Qaradhawi mengeluarkan kenyataan terbaru seperti yang disiarkan oleh
"Al-Jazeera". Antara mesej yang disampaikan oleh beliau ialah:
1) Kepada Menteri Pertahanan, Abdul Fatah As Sisi yang
telah mengkhianat janji sewaktu mengangkat sumpah dilantik ke jawatan itu di
hadapan Mursi. Sisi juga beranggapan dia telah diberikan "kuasa"
melalui himpunan menyokongnya Jumaat lepas manakala selain mereka itu bukan
rakyat Mesir bahkan bukan manusia. Lalu dia menggunakan "kuasa" itu
melakukan apa yang disukainya.
2) Menyifatkan Adly Mansour, Presiden sementara sebagai
"boneka"dan kerajaan kudeta pimpinan Perdana Menteri Hazim Beblawi
sebagai "kerajaan zalim".
3) Sisi sebelum menyingkir Mursi telah memansuhkan
perlembagaan 2012 yang telah diperakui dengan sokongan 64 peratus pengundi.
Lalu Sisi membentuk jawatankuasa penggubal yang terdiri hanya 10 orang dalam
tempoh hanya sebulan bagi mengadakan pindaan perlembagaan. Sedangkan pada zaman
Mursi tahun lalu, perlembagaan dibincang oleh 100 orang panel yang mewakili
pelbagai lapisan masyarakat dalam tempoh 6 bulan sebelum diadakan pungutan
suara pada Disember 2012.
4) Syeikh Qaradhawi turut menyalahkan Sisi terlibat
dengan pembunuhan terbesar yang membunuh lebih 140 orang dan mencederakan 4,500
yang lain.
5) Beliau mempersoalkan pendirian Syeikh Al-Azhar,
Dr.Ahmad Toyyib. "Siapa yang kata bunuh manusia merupakan perkara yang
lebih ringan dari dua dhoror (kaedah akhaffu dhororoin)? Pernahkah anda meminta
pandangan Haiah Kibar Ulamak Al-Azhar? Wajib bagi anda untuk undur kembali dari
pendirian ini. Saya menyeru saudara-saudara saya dalam Haiah Kibar Ulamak dan
Lembaga Penyelidikan Islam untuk sama-sama mengkaji pendirian Syeikh
Al-Azhar."
6) Mengecam media Mesir yang tidak profesional dalam
melaporkan kejadian yang berlaku. "Saya menyeru Majlis Keselamatan PBB,
mereka yang mulia di seluruh dunia untuk datang sendiri ke Mesir bagi melihat
apa yang sebenarnya berlaku."
7) Menyeru kepada rakyat Mesir untuk turun ke Raba'ah dan
"jangan takut". Turun bersama-sama keluarga dengan penuh berani.
"Termasuk warga Kristian juga datang bersama-sama orang Islam lain ke
Raba'ah."
Terjemahan Oleh : Ustaz Abdul Malik
Sumber : AlJazeera
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment