Oleh busuk
Prof
Leopold Werner von Ehrenfels, seorang psikiater dan sekaligus neurology
dari Austria, menemui sesuatu yang menakjubkan terhadap wudhu. Ia
mengemukakan satu fakta yang sangat mengejutkan.
Bahawa pusat-pusat saraf yang paling peka dari tubuh manusia ternyata berada di sebelah dahi, tangan, dan kaki.
Pusat-pusat
saraf tersebut sangat sensitif terhadap air segar. Dari sini ia menemui
hikmah di sebalik wudhu yang membasuh pusat-pusat saraf tersebut. Malah
ia mencadangkan agar wudhuk bukan hanya milik dan kebiasaan umat Islam,
tetapi untuk umat manusia secara keseluruhan.
Dengan
sentiasa membasuh air segar pada pusat-pusat saraf tersebut, maka
bererti orang akan memelihara kesihatan dan keselarasan pusat sarafnya.
Pada akhirnya Leopold memeluk agama Islam dan mengganti nama menjadi Baron Omar Rolf Ehrenfels.
Ulama
Fekah juga menjelaskan hikmah wudhu sebagai bahagian dari usaha untuk
memelihara kebersihan fizikal dan rohani. Anggota badan yang dibasuh
dalam air wudhu, seperti tangan, kawasan muka termasuk mulut, dan kaki
memang paling banyak bersentuhan dengan benda-benda asing termasuk
kotoran. Kerana itu, wajar kalau anggota badan itu yang harus dibasuh.
Ulama
tasawuf menjelaskan hikmah wudhu dengan menjelaskan bahawa anggota
badan yang dibasuh air wudhu memang daerah yang paling sering berdosa.
Kita tidak tahu apa yang pernah diraba, dipegang, dan dilakukan tangan
kita.
Banyak pancaindera tersimpul di bahagian muka.
Berapa
orang yang jadi korban setiap hari dari mulut kita, berapa kali
berbohong, memaki, dan membicarakan aib orang lain. Apa saja yang
dimakan dan diminum. Apa saja yang baru diintip mata ini, apa yang
didengar oleh telinga ini, dan apa saja yang baru dicium hidung ini? Ke
mana sahaja kaki ini berjalan setiap hari?
Tegasnya, anggota badan yang dibasuh dalam wudhu ialah anggota yang paling berisiko untuk melakukan dosa.
Organ
tubuh yang menjadi anggota wudhu disebutkan dalam ayat Al-Maidah :Ayat
6, adalah wajah, tangan sehingga siku, dan kaki sehingga hujung kaki.
Dalam
hadis riwayat Muslim juga dijelaskan bahawa, air wudhu mampu
mengalirkan dosa-dosa yang pernah dilakukan oleh mata, hidung, telinga,
tangan, dan kakinya, sehingga yang berkaitan bersih dari dosa.
Kalangan
ulama melarang mengeringkan air wudhuk dengan kain kerana dalam redaksi
hadis itu dikatakan bahawa proses pembersihan itu sampai titisan
terakhir dari air wudhu itu (ma'a akhir qathr al-ma').
Wudhu
dalam Islam masuk di dalam Bab al-Thaharah (penyucian rohani), seperti
halnya tayammum, syarth, dan mandi junub. Tidak disebutkan Bab
al-Nadhafah (pembersihan secara fisik). Rasulullah SAW selalu berusaha
mempertahankan keabsahan wudhunya.
Yang
paling penting dari wudhu ialah kekuatan simboliknya, yakni memberikan
rasa percaya diri sebagai orang yang ‘bersih' dan setiap waktu dapat
menjalankan ketaatannya kepada Tuhan, seperti mendirikan solat,
menyentuh atau membaca mushaf Al-Quran.
Wudhu
sendiri akan menghalang diri untuk menghindari apa yang secara
spiritual merosak citra wudhu. Dosa dan kemaksiatan berkontradiksi
dengan wudhu.
|
||
Fakta Menakjubkan Mengenai Wudhuk
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment