Kelapa Bertanduk?

  • Dua kelapa pelik ditemuiIsmail menunjukkan dua biji kelapa unik yang ditanam Allahyarham bapanya.

KUALA PILAH – Pemilik pokok kelapa komeng terkejut apabila dua biji kelapa pelik ditemui sewaktu dia mahu menebang pokok itu kerana condong ke arah rumahnya di Johol, dekat sini.

Ismail Haron, 50, berkata, terdapat beberapa biji dalam satu tampuk kelapa berkenaan dan ada yang berbentuk seperti gabungan kelapa dengan bola ragbi.

Menurutnya, pokok kelapa itu ditanam arwah bapanya kira-kira 20 tahun lalu dan dia tidak pernah bertanya dari mana datang benih itu.

"Saya anggap pokok kelapa ini seperti biasa saja namun, selepas saya menebangnya, secara tiba-tiba, kedua-dua buah yang pelik itu jatuh.

“Memang terkejut melihat bentuk buah itu berbeza dengan buah yang biasa dilihat," katanya.

sumber:sinar harian
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Koleksi Banjir Di Kemaman Dan Kuantan 2013

 
© Gi Mari Gi Mari All Rights Reserved