keputusan Mahkamah Rayuan yang mensabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersalah dalam kes meliwat

Suasana sedih menyelubungi Mahkamah ketika hukuman dijatuhkan. Gambar terkini DSAI.

SHAH ALAM - Beberapa pemimpin pembangkang hari ini melahirkan rasa sedih berhubung keputusan Mahkamah Rayuan yang mensabitkan  Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersalah dalam kes meliwat pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Memetik komen Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dari laman mikro Twitternya,  beliau berkata, keputusan yang dilakukan oleh mahkamah adalah satu lagi episod hitam.

Sebentar tadi, Mahkamah Rayuan Putrajaya mendapati Anwar bersalah terhadap pertuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, enam tahun lalu.

Semasa membenarkan rayuan pihak pendakwaan, Hakim Datuk Balia Yusof Wahi berkata Hakim Mahkamah Tinggi telah khilaf dalam membuat penghakimannya bahawa sampel DNA telah dicemari.

Panel tiga hakim yang dipengerusikan Datuk Balia Yusof Wahi turut dianggotai Datuk Aziah Ali dan Datuk Mohd Zawawi Salleh sebulat suara mengumumkan keputusan itu selepas dua hari mendengar hujahan pendakwa raya dan peguam bela.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli pula menyatakan ia adalah keputusan yang dijangkakan.

"Perasan yang paling buruk adalah saya tidak terkejut dan telah bersedia dari segi mental," katanya.
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Koleksi Banjir Di Kemaman Dan Kuantan 2013

 
© Gi Mari Gi Mari All Rights Reserved