RAHSIA BESAR MASJID NABAWI YANG DISEMBUNYIKAN!
RAHSIA BESAR TANDA KEAGUNGAN MASJID NABI YANG DISEMBUNYIKAN | Amat malang umat Islam hari ini apabila tidak lagi mengambil berat walaupun masjid yang amat dikasihi oleh Nabi s.a.w itu sendiri, iaitu Masjid an-Nabawi. Mereka tidak mahu mencungkil pengajaran yang terdapat di masjid nabi itu sendiri.
Apakah umat Islam lalai atau ia sengaja di sembunyikan oleh pihak-pihak tertentu?
Umat Islam kini lebih mengambil tahu apakah Rahsia Da Vinci Code
daripada mengambil pengajaran yang telah terpahat di tempat-tempat suci
Islam terutama di Mekah dan Madinah. Da Vinci Code adalah cerita dongeng
kisah Nabi Isa a.s yang direka oleh yahudi bagi memesongkan manusia
tetapi segala tulisan yang terdapat disekeliling masjid an-Nabawi dan
juga Masjidil Haram adalah bertujuan untuk memberi pengajaran kepada
umat Islam.
Tetapi kenapakah tiada usaha untuk memeliharanya, seperti di Masjid
an-Nabawi sendiri banyak tulisan-tulisan itu sengaja di cat supaya tidak
kelihatan dan banyak pula telah ditutup sama sekali supaya tidak
kelihatan, apakah rahsianya?
Janganlah ditanya tentang ayat-ayat yang terdapat di Masjidil Haram
Mekah, semuanya telah hancur menjadi debu. Mereka menganggap pembangunan
yang tersergam indahlah yang menawan berbanding ayat-ayat peringatan
dan puisi-puisi yang memuji dan mengagungkan Allah yang dilahirkan
dengan penuh tawadhuk oleh alim ulamak terdahulu dan diabadikan bagi
penghayatan umat Islam yang kemudian.
Itulah harapan oleh ulamak yang mulia yang hampir dengan zaman nabi
terhadap umat Islam akhir zaman, tetapi sayangnya semua itu tidak
dihargai oleh kita umat Islam.
Tidak seperti peninggalan Nabi s.a.w di Masjid Nabawi dan Masjidil Haram, peninggalan kaum Thamud di Madain Saleh mendapat penjagaan rapi oleh pihak berkuasa Saudi. (http://saudi-archaeology.com) |
Tulisan piramid dipelihara dengan rapi tapi peninggalan Nabi s.a.w diabaikan. |
Umat Islam lebih mengkagumi Piramid dan berusaha memelihara sebaik
mungkin tulisan-tulisan yang dibuat oleh Firaun kerana kononnya untuk
mencari rahsia Piramid, padahal tulisan-tulisan tersebut hanyalah memuja
Firaun yang di anggap tuhan oleh mereka seperti telah di terangkan
dalam banyak ayat quran.
Amat hairan kenapa langkah yang sedemikian tidak diambil terhadap segala
peninggalan Rasulullah bukan setakat tempat tinggal Rasulullah tetapi
tempat baginda bertahajjud dalam masjid nabi pun disembunyikan.
Tulisan didinding timur makam dihapuskan. (Dalam petak merah) |
Tulisan didinding sebelah dinding barat juga dihapuskan. |
Tulisan khat asal telah ditutup dengan bingkai besi. |
Tulisan asal sebelum diletakkan bingkai berada dibelakang tirai. |
Timbul persoalan apakah tujuan menyembunyikan tempat yang mempunyai
nilai yang tinggi untuk umat Islam dalam menghayati perjalanan hidup
Rasulullah s.a.w.
Mehrab Tahajjud ditutupi dengan rak buku. (http://www.islamiclandmarks.com) |
Inilah Mehrab Tahajjud yang asal sebelum ditutup oleh pihak berkuasa Saudi. |
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment