Salam…
Ustaz Love menerima pertanyaan daripada Nisa berkenaan puasa sunat Arafah :
“Saya nak puasa Sunat Arafah..ustaz bgtau niat nya boleh? tq“
Walaupun pertanyaannya cuma nak tahu
niat je, tapi Ustaz Love nak panjangkan sket entry ni supaya dapat
cerita sket kelebihan puasa sunat Arafah ni.. juga Ustaz Love skip dulu
entry2 bagi soalan yg lain.. memandangkan esok dah waktunya puasa sunat
Arafah.. Kalau Ustaz Love buat entry ni lusa, dah tak menepati peristiwa
plak.. sbb lusa dah raya haji.. InsyaAllah, esok Ustaz Love sambung
rally entry pasal soal jawab..
Berkenaan niat puasa hari Arafah ini,
cukup sekadar berniat puasa sunat secara mutlak iaitu “sahaja aku puasa
sunat” tanpa menentukan (ta’yin) jenis2 puasa itu (spt puasa sunat
Arafah).. tetapi menurut Imam Nawawi rahimahullah, sewajarnya kena
menentukan jenis2 puasa sunat itu, sama juga mcm solat sunat, kena
tentukan solat sunat ba’diyyah (selepas solat fardhu) berbanding solat
sunat lain (spt solat sunat hajat dsb).
Jadi, takde masalah nak niat “puasa
sunat” saja, atau niat “puasa sunat Arafah”.. nak lafaz niat pun takpe,
tak nak lafaz niat pun takde masalah.. yg penting, ada lintasan niat di
hati (nak puasa sunat) sbb niat itu adalah perbuatan hati.. tujuan
membaca niat di mulut adalah supaya niat tu dapat hadir ke hati (kira
mcm niat solat jugak la.. sebut usolli2 tu belum kira niat lagi.. bila
dah angkat takbir dan ada lintasan hati nak solat fardhu sekian2, maka
itu baru dikatakan niat)
Waktu berniat adalah sebelum Subuh
sehingga sebelum Zohor hari ke 9 Zulhijjah.. kiranya, kalau dah bangun
solat Subuh, lepak2 tengok TV, tiba2 teringat nak puasa.. maka boleh
berniat puasa. Dengan syarat, selepas Subuh tu, tak melakukan sebarang
perkara yg membatalkan puasa (spt jimak ke, onani ke, makan sarapan ke
dsb).
Dan tahanlah diri daripada makan dan
minum dan perkara2 yg membatalkan puasa sampai la masuk Maghrib..
begitulah kira2nya kaedah nak puasa sunat Arafah.
Puasa sunat Arafah ini adalah bersempena
dengan Hari Wuquf di Arafah (berkumpul di Arafah yg merupakan rukun
haji).. tapi cuma disunatkan berpuasa bagi mereka2 yg tak melakukan
Haji. Bagi mereka2 yg melakukan Haji, maka tak disunatkan untuk berpuasa
pada hari itu.. Malah ada dinyatakan dalam hadis yg Nabi s.a.w. menegah
jemaah haji ini melakukan puasa sunat pada hari itu.
Jadi, sama2 la kita berpuasa esok ye..
Ganjarannya sangat hebat.. puasa sehari, diampunkan dosa 2 tahun.. mana
nak dapat? Tapi dosa2 kecil je la.. dosa2 besar takkan terampun kecuali
melalui taubat.
Tak lama mana pun.. lepak2 dengan
facebook, tau2 dah azan Maghrib (itu kalau gaya orang tak solat la)..
maksudnya, nak dibandingkan ganjaran yg besar itu, apa la sangat puasa
nan sehari.. lusanya kita dah bleh makan2 sampai kembung (sbb dah raya
Haji). Jadi, jangan lepaskan peluang sehari dalam setahun ni.
sumber:http:// ustazlove.com/blog/2011/11/soal-jawab-puasa-sunat-hari-arafah/
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment