6 Cara Mudah Nak Elak Mengantuk Semasa Memandu
| |
|
Salah
satu punca kemalangan jalanraya ialah mengantuk ketika memandu
kenderaan. Naik motor pun kadang-kadang boleh terlelap juga. Maklum la
badan letih. Keadaan ini boleh berlaku tanpa dijangka. Justeru itu
korang haruslah tahu langkah-langkah untuk mencegah daripada mengantuk
ketika sedang memandu. Antaranya ialah:
- Bawalah
seseorang sebagai teman terutamanya jika menempuh perjalanan yang jauh.
Tak kisah la sahabat baik ataupun skandal korang.
- Pastikan
juga korang berbual-bual dengan teman yang dibawa dan cuba elak dari
teman yang jenisnya kaki tidur. Kesian korang lak nanti.
- Pasang radio dan sebaiknya dengarlah lagu-lagu rancak dan bukannya lagu yang boleh menyebabkan mengantuk.
- Buatlah sesuatu aktiviti seperti mengaji,menyanyi, bergendang atau apa saja apabila mula rasa mengantuk.
- Kemam
atau kulum gula-gula, asam kecut, layan makanan ringan.
Makan makanan berat sebelum atau semasa memandu akan mengundang rasa
mengantuk.
- Pastikan korang dah cukup tidur sebelum
memandu kerana semua panduan di atas tak memberi kesan jika korang dah
tiga hari tak tidur. :)
Kalau dah terlalu mengantuk sangat
tu, lebih baik berhenti dahulu kat tepi jalan atau pun kat mana-mana RnR
terdekat dan tidur dulu beberapa ketika. |
Ranking: 5
{ 1 comments... read them below or add one }
Info yang sangat berguna bagi para pemandu yang kerap mengantuk ketika memandu. Selain itu, untuk mencegah mengantuk semasa memandu, kita juga digalakkan mendapat rehat yang mencukupi sebelum memulakan perjalanan dan merancang masa perjalanan kita agar tidak tersekat di kesesakan jalan raya.
August 4, 2015 at 6:10 AM
Post a Comment